KELATEBOLA

LESEN

Lesen Creative Commons
karya ini dilesen dibawah satu Lesen Pengiktirafan 2.5 Malaysia Creative Commons.

Rabu, 18 September 2013

Kelantan hidupkan peluang ke suku akhir


Mohd Badhri Mohd Radzi melengkapkan malam gemilang Kelantan selepas menjaringkan gol ketiga pasukan itu di minit ke-86 ketika bertemu Terengganu.
Kelantan berjaya menjinakkan jiran tetangganya Terengganu 3-1 dalam aksi Watsons Piala Malaysia 2013 yang berlangsung di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu.
Kelantan meninggalkan Terengganu 1-0 seawal minit ke-28 apabila pemain Terengganu Hasnizam Kamaruddin menjaringkan gol sendiri ketika cuba menampan bola hataran pemain lawan.
Kelantan dilihat mempamerkan permainan bersahaja dan kurang bersemangat biarpun pihak lawan menunjukkan kesungguhan hingga tamat permainan.
Stadium tiba-tiba gamat di minit ke-30 ketika sepakan percuma Jean-Emmanuel Effa Owona menerjah gawang Kelantan, bagaimanapun peminat dihampakan apabila jaringan tersebut tidak diiktiraf kerana salah seorang pemain Terengganu berada dalam positif ofsaid.
Pengadil terpaksa menghentikan perlawanan seketika kerana sebahagian penonton Terengganu melontarkan objek ke arah padang akibat tidak puas hati dengan pembatalan jaringan Effa Owona.
Dalam kesungguhan Terengganu mencari gol pembukaannya, Indra Putra Mahyuddin pula muncul menghukum pasukan itu apabila tandukannya menewaskan penjaga gol lawan di minit ke-56.
Corak serangan Kelantan semakin tajam apabila Dickson Nwakaeme dimasukkan di separuh masa kedua dengan banyak peluang-peluang dapat dihasilkan.
Pada minit ke-86, Mohd Badhri Mohd Radzi meletakkan Kelantan dalam keadaan selesa apabila menyempurnakan hantaran cantik daripada Nwakaeme.
Terengganu meraih gol saguhati menerusi Mohd Ashaari Shamsuddin di minit ke-74 setelah dia melakukan rembatan deras menewaskan Khairul Fahmi Che Mat.
Sementara itu, satu lagi perlawanan dalam kumpulan C menyaksikan Pahang menewaskan Negeri Sembilan 3-0 di Stadium Darul Makmur.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Catatan Popular