KELATEBOLA

LESEN

Lesen Creative Commons
karya ini dilesen dibawah satu Lesen Pengiktirafan 2.5 Malaysia Creative Commons.

Khamis, 26 September 2013

Piya dipancing lima pasukan



Kapten pasukan Kelantan Mohd Badri Mohd Radzi.
Kapten pasukan Kelantan Mohd Badri Mohd Radzi mengesahkan lima pasukan termasuk dua kelab melamar beliau untuk saingan Liga Malaysia (Liga-M) musim depan.
Mohd Badri, yang lebih mesra disapa 'Piya', bagaimanapun berkata beliau enggan membuat keputusan secara terburu-buru kerana khidmatnya selaku pemain tengah, masih diperlukan oleh pasukan 'The Red Warriors'.
"Memang ada lima pasukan menawarkan kontrak kepada saya. Bagaimanapun, memandangkan kempen Watsons Piala Malaysia masih berlangsung sekarang, elok rasanya saya tidak bercakap apa-apa mengenai perkara ini.
"Soal kontrak (sama ada kekal atau berhijrah) saya mahu letak tepi dahulu. Fokus saya ialah mahu membantu Kelantan  mempertahankan kejuaraan bagi memastikan Watsons Piala Malaysia kekal di Kota Bharu," katanya kepada pemberita selepas menghadiri pelancaran produk 'Secretleaf-Men', yang mana beliau adalah duta jenama tersebut.
Hadir sama Pengarah Urusan Secretleaf International Sdn Bhd., Amir Ramadzan Ibrahim.
Akhbar baru-baru ini melaporkan beberapa tonggak utama Kelantan seperti Mohd Badri, Mohd Shakir Shaari, Indra Putra Mahayuddin dan Mohd Norfarhan Muhammad bakal dilamar pasukan lain.
Kali pertama, Piya, selaku 'Pemain Terbaik Perlawanan Akhir Piala FA 2013' itu berhijrah ialah pada 2007 dengan mewakili pasukan PDRM namun hanya semusim sebelum mengambil keputusan kembali ke pangkuan Kelantan pada tahun berikutnya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Catatan Popular