KELATEBOLA

LESEN

Lesen Creative Commons
karya ini dilesen dibawah satu Lesen Pengiktirafan 2.5 Malaysia Creative Commons.

Ahad, 4 November 2012

RM1 Juta Berbaloi Untuk Dapatkan Mat Yo

Norshahrul Idlan Talaha

KOTA BHARU – Isu bayaran perpindahan RM1 juta tidak timbul sekiranya Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ) berminat mendapatkan penyerang sensasi negara, Norshahrul Idlan Talaha atau lebih dikenali sebagai Mat Yo.

Bagi Kelab Penyokong The Red Warriors Kota Bharu (TRW KB) bayaran tersebut setimpal dengan ‘harga’ yang dibayar oleh Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) untuk mengilap bakat Norshahrul sehingga menjadi penyerang yang disegani dan paling bernilai dalam Liga Malaysia.
“Bagi saya soal jumlah itu tidak menepati peraturan yang ditetapkan oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) tidak perlu timbul. KAFA berhak meletakkan harga kerana pemain ini masih mempunyai kontrak bersama pasukan.

“Ia perkara biasa dalam bola sepak, lihat sahaja contoh di Eropah bagaimana proses ini berlaku. Bila lagi kita hendak lihat perkara yang sama berlaku dalam saingan liga tempatan,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini, semalam.

Laporan akhbar kelmarin melaporkan pengurusan PBNJ tidak boleh membayar RM1 juta kepada KAFA 
untuk menebus kontrak pemain yang digelar ‘The Linesman’ itu kerana ia dikatakan menyalahi peraturan FAM.

Sebelum itu, KAFA dikatakan ‘sudah berlembut’ untuk memenuhi hasrat Norshahrul Idlan berpindah ke Johor pada musim depan.

Sementara itu, Mohd. Zainy memberitahu, walaupun TRW KB merupakan peminat setia pasukan The Red Warriors, pihaknya menerima keputusan yang dibuat oleh pemain dengan hati terbuka sekiranya mereka mahu berhijrah ke pasukan lain.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Catatan Popular