KELATEBOLA

LESEN

Lesen Creative Commons
karya ini dilesen dibawah satu Lesen Pengiktirafan 2.5 Malaysia Creative Commons.

Jumaat, 2 November 2012

Dali Selar Tindakan Mat

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjSBzb3Ija-l8X8CZ9XERM8siIY3Gs8IKkUC5bVQHwDHqD3qSSXtEV15HbLvxBIrEpsi17b642R5xY3FCRW5U20d_iW9nOHslrphbwAVLk2mrCocwG5gKOwN8khvZCLwtcpicBzz-yWJlg/s400/Dali.jpg
Dali Omar


 LEGENDA bola sepak negara, Dali Omar 66, lantang mengkritik Norshahrul Idlan Talaha apabila menasihatkan ‘pemain paling bernilai’ itu supaya sedar diri sebelum mengeluarkan kenyataan mahu mencuba angin baru bersama Johor ketika kontraknya bersama Kelantan masih berbaki setahun.

Isu perpindahan penyerang berbisa itu mendapat perhatian Dali malah beliau menyifatkan kenyataan dikeluarkan Norshahrul atau ‘Mat Yo’ mengguris perasaan penyokong dan pengurusan Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa).

Dali berkata, Norshahrul tidak sepatutnya mengeluarkan kenyataan seumpama itu ketika kontraknya masih berbaki setahun dan menggambarkan penyerang kebangsaan itu hanya mahu mengejar wang ringgit.

Katanya, Norshahrul perlu sedar dia berada di mana ketika namanya mula dikenali dan semakin ‘harum’.
“Saya terkilan apabila dia mengatakan mahu cuba ‘angin baru’ sedangkan kontraknya masih berbaki setahun bersama Kelantan. Dia perlu sedar di mana dia naik.

“Dia mempunyai hak untuk pindah namun biarlah tamat kontrak dulu, barulah pemergiannya mendapat penghormatan daripada peminat dan pengurusan. Kita perlu ingat penghormatan seorang pemain bola sepak tidak terletak pada wang ringgit,” katanya.

Katanya, jika Norshahrul berkeras untuk berpindah ke pasukan lain, Kafa perlu melepaskannya kerana tiada guna menyimpan pemain yang tidak mempunyai kesetiaan malah yakin Kafa mampu mencari pengganti lebih berbakat.

“Memang dia memberi sumbangan kepada Kelantan pada final Piala Malaysia tempoh hari tapi jika dia tetap berkeras untuk berpindah, Kafa perlu lepaskan. Tiada guna simpan pemain yang tidak mempunyai hati kepada pasukan.

“Kepada Kafa saya nasihatkan carilah bakat baru. Ramai lagi bakat baru berada di ceruk kampung boleh bermain bola dan saya yakin Kelantan tetap hebat biarpun tanpa Norshahrul.”
Sebelum ini, akhbar melaporkan, pasukan Johor sedia menebus kontrak setahun Norshahrul bersama Kelantan dan menawarkan gaji lumayan hingga RM80,000 sebulan bagi memancingnya menyarung jersi Harimau Selatan musim depan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Catatan Popular