KELATEBOLA

LESEN

Lesen Creative Commons
karya ini dilesen dibawah satu Lesen Pengiktirafan 2.5 Malaysia Creative Commons.

Khamis, 8 November 2012

KAFA sedia lepas Mat Yo


Perpindahan perlu ikut peraturan ditetapkan FAM dan FIFA








Foto
Mat Yo (kiri) dijangka menyertai skuad Johor selepas dapat lampu hijau daripada KAFA.


Kota Bharu: Hajat Johor untuk mendapatkan khidmat Norshahrul Idlan Talaha musim depan semakin menjadi kenyataan apabila Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) semalam memberi bayangan akan melepaskan Pemain Paling Bernilai Liga Malaysia (Liga M) itu.

Penasihat KAFA, Tan Sri Annuar Musa, berkata beliau akan berbincang dengan jawatankuasa persatuan itu dalam masa terdekat dan tidak menolak kemungkinan Norshahrul atau lebih dikenali sebagai Mat Yo akan dijual.
Beliau yang dianggap sebagai Bapa Pembangunan bola sepak Kelantan bagaimanapun berkata, perpindahan penyerang itu perlu mengikut peraturan yang ditetapkan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dan Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA).


“Saya tidak menolak kemungkinan Mat Yo akan dijual kepada pasukan Johor tetapi selepas perbincangan dengan semua pihak selesai.

“Kita akan buat keputusan selepas mengambil kira semua aspek, kita bincang dengan Mat Yo dan Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ). Pematuhan kepada peraturan perpindahan pemain yang ditetapkan sangat penting dalam perkara ini,” katanya selepas majlis menyambut kepulangannya daripada mengerjakan haji di kediamannya di Bukit Marak, dekat sini, semalam.

Bangga ramai pemain Red Warriors dipancing

Annuar berkata, perpindahan pemain dalam bola sepak adalah satu perkara yang positif kerana ia menunjukkan dunia bola sepak sebenar dan menegaskan beliau menjadi orang pertama yang berbangga kerana berjaya melahirkan pemain yang bernilai dan cuba dibeli pasukan lain.
“Perpindahan pemain adalah perkara yang baik dalam bola sepak kerana ia menunjukkan kualiti bola sepak kita sekarang ini sudah meningkat dan semakin maju.

“Saya berbangga kerana banyak pasukan mahukan pemain yang kita lahirkan, dan ini adalah satu kejayaan buat Kelantan yang berjaya melahirkan pemain yang diingini pasukan lain.

“Bukan hanya Mat Yo, tetapi jika ada pasukan lain yang mahu mendapatkan pemain Kelantan lain, mereka boleh menghantar surat kepada KAFA. Kita akan bincang dan pertimbangkan tawaran mereka mengikut prosedur yang ditetapkan," katanya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Catatan Popular