KELATEBOLA

LESEN

Lesen Creative Commons
karya ini dilesen dibawah satu Lesen Pengiktirafan 2.5 Malaysia Creative Commons.

Selasa, 13 November 2012

Apa Pendirian FAM terhadap Teguran Tengku Abdullah?

Annuar telah dihukum oleh FAM kerana meluahkan pandangannya terhadap skuad negara kepada media.



PEDAS juga bunyi ‘nasihat’ Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah terhadap jurulatih skuad bola sepak negara, Datuk K. Rajagobal.

Baginda mahukan Rajagobal turunkan barisan terbaik dalam setiap aksi persahabatan bagi mencari keserasian dalam pasukan.

Bila terbaca ‘nasihat’ Tengku Abdullah di beberapa dada akhbar semalam, ada sesuatu yang menjadi persoalan dalam fikiran saya.

Adakah komen baginda itu berbentuk ‘nasihat’ atau kritikan?

Pada saya, pandangan Tengku Abdullah seolah-olah berbunyi kritikan terhadap Rajagobal ekoran kegagalan skuad Harimau Malaya dalam beberapa siri perlawanan persahabatan kebelakangan ini.

Tengku Abdullah mahukan jurulatih skuad Harimau Malaya itu lebih berhati-hati dalam memilih pemain dalam kesebelasan utama.

Teguran Tengku Abdullah itu mengingatkan saya terhadap perkara yang sama dilakukan oleh seorang lagi Timbalan Presiden FAM, Tan Sri Annuar Musa sebelum ini.

Annuar juga melemparkan pandangan yang hampir sama terhadap skuad negara tetapi dia terus ‘digam’ oleh FAM.

Sebenarnya, pandangan atau kritikan itu adalah untuk kebaikan pasukan dan bukannya untuk menjahanamkan keadaan.

Ekoran kritikan tersebut, Annuar dihukum oleh FAM kerana meluahkan pandangannya terhadap skuad negara kepada media.

Justeru, apabila Tengku Abdullah membuat teguran yang sama, adakah baginda juga bakal menerima nasib yang sama seperti Annuar?

Kalaulah peraturan itu hanya membenarkan Presiden dan Timbalan Presiden sahaja boleh memberi kenyataan kepada media terhadap prestasi skuad negara, kenapa Annuar dihukum sedangkan dia juga salah seorang Timbalan Presiden.

Apakah FAM akan mengambil tindakan terhadap ‘nasihat’ Tengku Abdullah seperti mana yang dilakukan ke atas Annuar.

Saya bukan nak menyebelahi sesiapa tetapi sekadar mempersoalkan pendirian FAM terhadap individu yang melontarkan ‘nasihat’ kepada skuad negara.

Bagi saya, tidak salah mengeluarkan kritikan jika ia lebih terjurus untuk membawa kebaikan kepada pasukan.

Individu yang berani mengeluarkan kritikan itu sebenarnya sayangkan bola sepak negara.
Jika mereka tidak mahu sukan No. 1 negara itu menikmati kejayaan di pentas antarabangsa, mereka tidak akan tampil membuat teguran.

Kerana sayangkan bola sepak, sebab itulah Tengku Abdullah mahupun Annuar tampil dengan pandangan tersendiri, dengan harapan skuad negara terus menikmati kemajuan.

Teguran Annuar sebelum ini pun menjurus ke arah kebaikan dan bukannya menjahanamkan keadaan.
Ekoran hukuman yang cukup berat ke atas Annuar itu, saya pun mula bimbang seandainya Tengku Abdullah juga bakal menerima nasib yang sama.

Apa pun, kita tengoklah apa pendirian FAM terhadap teguran Tengku Abdullah ke atas skuad negara.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Catatan Popular