KELATEBOLA

LESEN

Lesen Creative Commons
karya ini dilesen dibawah satu Lesen Pengiktirafan 2.5 Malaysia Creative Commons.

Ahad, 31 Oktober 2010

'Lautan merah' kuasai Stadium Nasional


SEORANG penyokong Kelantan, Mai Sarah Maimanah (kiri) melukis muka Shafiq Azwan sambil diperhatikan penyokong Kelantan dan Negeri Sembilan sebelum berlangsung perlawanan akhir Piala Malaysia di Stadium Nasional Bukit Jalil, semalam.


KUALA LUMPUR - 'Lautan merah' penyokong Kelantan menenggelamkan sorakan penyokong Negeri Sembilan pada perlawanan akhir Piala Malaysia di Stadium Nasional Bukit Jalil, semalam.

Kehadiran penyokong 'Hoben Jang Hoben' hanya sekitar 30,000, jelas tidak dapat menandingi jumlah penyokong Red Warriors seramai 60,000 orang.

'Gelombang merah' ribuan penyokong Kelantan tiba di di pekarangan Stadium Nasional seawal pukul 8 pagi dan mendahului memenuhi ruang stadium bermula pukul 4 petang.

Keghairahan penyokong Kelantan sukar dibendung kerana sebaik pukul 7.30 malam, bahagian tempat duduk yang dikhaskan untuk mereka, telahpun dipenuhi 'lautan merah'.

Sementara kebanyakan penyokong Negeri Sembilan pula memilih untuk datang sedikit lewat, iaitu kira-kira setengah jam sebelum perlawanan bermula yang pada pukul 8.45 malam.

Walaupun kalah dari segi jumlah bilangan, penyokong Negeri Sembilan tetap bersemangat ditambah kehadiran kumpulan gendang mengiringi sorakan Hoben Jang Hoben.

Penyokong Red Warriors yang banyak mendiamkan diri pada mulanya, tiba-tiba gamat apabila pemain Kelantan melangkah ke dalam padang untuk melakukan latihan ringan.

Apa yang menarik, penyokong Kelantan dan Negeri Sembilan bersama-sama melakukan 'gelombang Mexico' atau Mexico wave, membuktikan semangat kesukanan di antara kedua-dua penyokong.

Kelantan Layak Menang Piala Malaysia


Kelantan Juara Piala Malaysia 2010

Pasukan Red Warriors pamer aksi konsisten sejak awal musim

JURULATIH Kelantan, B Sathianathan berkata, pasukannya sememangnya layak bergelar juara Piala Malaysia, kerana memberikan prestasi terbaik sepanjang musim.

Menurutnya, rekod hanya tewas dua kali dalam saingan Liga Malaysia (Liga-M) sepanjang musim ini, akhirnya diiktiraf dengan kejayaan memenangi Piala Malaysia, apabila mengalahkan Negeri Sembilan 2-1 pada perlawanan akhir di Stadium Nasional Bukit Jalil, malam tadi.

Mengulas aksi sengit dan mendebarkan semalam, Sathia berkata, pasukannya bermula agak gugup sehingga pasukan Negeri Sembilan berjaya mengambil peluang.

Katanya, pasukan lawan bersemangat kerana menyangka skuad Kelantan kali ini adalah barisan yang sama ketika perlawanan akhir musim lalu.

”Sebab itulah pada babak kedua saya membuat pertukaran beberapa pemain, juga menukar corak permainan, sehingga akhirnya memberi tekanan kepada Negeri Sembilan.

”Akhirnya kita berjaya bangkit sehingga memperoleh dua gol.

”Kemenangan ini membuktikan Kelantan bukanlah pasukan yang hanya mampu bertahan atau beraksi baik selama 20 minit saya, kita tetap beraksi baik di sepanjang 90 minit perlawanan,” katanya.

Tambah bekas pengendali pasukan kebangsaan ini, kejayaan menjulang Piala Malaysia cukup manis kerana ini adalah pertama kali beliau berjaya melakukannya.

”Ya ini merupakan kenangan paling manis dalam karier saya sebagai jurulatih.

”Namun, kejayaan ini adalah hasil daripada misi Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA), Tan Sri Annuar Musa.

”Beliau adalah individu yang membawa bola sepak Kelantan ke puncak.

”Tidak lupa juga para penyokong Kelantan yang tidak jemu-jemu memberi sokongan dan akhirnya mereka memang layak untuk bergembira di atas kemenangan ini.

”Saya akui di awal perlawanan, ketika kami ketinggalan, saya tertekan tetapi dengan sokongan padu para penyokong yang membanjiri stadium, kami bangkit.

”Saya juga rasa amat bertuah kerana memiliki para pemain yang amat berdedikasi, berlatih bersungguh-sungguh.

”Kini tiba masanya mereka menuai hasil yang mereka usahakan selama ini,” katanya. — Utusan Malaysia

Juara: Kelantan Umum Cuti


Kelantan Juara Piala Malaysia 2010

Hadiah kerajaan negeri selepas pasukan Kelantan muncul juara Piala Malaysia 2010

HARI ni diisytiharkan sebagai cuti umum peristiwa buat seluruh negeri Kelantan sebagai meraikan kejayaan bersejarah skuad Wira Merah menjulang Piala Malaysia buat kali pertama dengan menewaskan Negeri Sembilan 2-1 pada perlawanan akhir, malam tadi.

Ia disampaikan oleh seorang pegawai kerajaan negeri yang mewakili Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat ketika ditemubual oleh RTM dalam siaran langsung perlawanan edisi ke-44 di Stadium Nasional, Bukit Jalil menerusi TV1.

“Kemenangan ini adalah untuk semua rakyat Kelantan dan saya mewakili Menteri Besar, mengumumkan esok (hari ini) sebagai cuti umum peristiwa buat seluruh negeri ini,” katanya.

Sementara itu, penjaring gol penyamaan Kelantan, Hairuddin Omar yang mencetuskan kebangkitan mereka daripada ketinggalan 1-0 untuk menjulang gelaran berprestij bola sepak negara itu, berterima kasih kepada seluruh penyokong dan mengucapkan tahniah kepada rakan sepasukan.

“Terima kasih kerana semua pihak bersungguh-sungguh yang mencipta kejayaan ini biarpun mulanya kami ketinggalan. Piala ini berhak dihadiahkan kepada semua rakyat Kelantan sama ada yang hadir beramai-ramai di Stadium Nasional dan di negeri ini yang tidak henti-henti menyokong pasukan ini,” katanya.

Pemain kelahiran Setiu, Terengganu berusia 31 tahun ini, menanduk masuk pada babak kedua untuk memadam gol pendahuluan penyerang Negeri Sembilan, Shahurain Abu Samah sebelum Badri Radzi memastikan Piala Malaysia milik Kelantan dengan rembatan kencangnya.

Kejuaraan kali ini turut lebih manis dan pasti terpahat sebagai kenangan indah yang tersendiri dalam karier Hairuddin selepas meraihnya bersama Terengganu pada 2001 dan sebagai pemain Negeri Sembilan yang dipinjamkan oleh kelab negeri asalnya, T-Team, tahun lalu.

Malah jika bekas rakan sepasukan Negeri Sembilan, Shukor Adan diumumkan sebagai Pemain Terbaik Perlawanan Akhir tahun lalu, gol penyamaan semalam membawa Hairuddin pula selaku pemilik terbaru gelaran istimewa individu itu.

Penjaring gol kemenangan yang pernah mengetuai Wira Merah, musim lalu, Badri pula menerima anugerah khas penaja, Atasi Diri Anda 100PLUS sambil membawa pulang ganjaran bernilai RM1,000. — Utusan Malaysia

Kelantan Juara Baru Piala Malaysia


Kelantan Juara Piala Malaysia 2010

The Red Warriors bangkit pada babak kedua benam juara bertahan 2-1

KESUNGGUHAN para pemain untuk muncul juara dianggap jurulatih Kelantan, B Sathianathan sebagai kunci utama kejayaan skuad Red Warriors itu menundukkan Negeri Sembilan 2-1 malam tadi.

Kata-kata Sathianathan di bilik persalinan ketika waktu rehat separuh masa pertama nyata membuatkan para pemain tidak patah semangat biarpun mereka ketinggalan 0-1 menerusi sepakan penalti Shahurain Abu Samah pada minit ke-13.

“Saya bangga dengan pemain kerana nak menang buat kali pertama bukan sesuatu yang mudah. Tapi semua pemain mahukan kemenangan pada perlawanan ini.

“Memang kami ketinggalan 0-1 tetapi gol Negeri Sembilan itu diperoleh terlalu awal dan masih ada masa untuk kami cari gol. Itu sebab kami tak berasa risau,” kata Sathianathan pada sidang media selepas perlawanan.

Biarpun berjaya membawa Kelantan muncul juara Piala Malaysia dan naib juara Liga Super musim ini, Sathianathan menyerahkan kepada pengurusan Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) sama ada mahu terus menggunakan khidmatnya bagi musim depan atau tidak.

Ini memandangkan dia masih berisiko untuk digantung enam bulan oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) andai rayuannya ditolak.

“Saya akan rehat dahulu dan bercuti. Terpulang kepada Tan Sri Annuar Musa (Presiden Kafa) untuk buat keputusan. Apa pun boleh jadi. Saya tak pasti lagi. Kena tunggulah dahulu keputusan FAM,” jelas Sathianathan.

Pada perlawanan akhir edisi ke-84 malam tadi, Kelantan bangkit dengan menghasilkan dua gol pada babak kedua menerusi tandukan Hairuddin Omar pada minit ke-56 dan rembatan Badhri Radzi pada minit ke-64 untuk memastikan kemenangan mutlak 2-1.

Sementara itu, jurulatih Negeri Sembilan, Wan Jamak Hassan pula menyifatkan ketiadaan kapten, Aidil Zafuan Radzak yang mengalami kecederaan pada awal babak kedua sebagai punca pertahanan mereka tiba-tiba rapuh.

Kelantan Cipta Sejarah


FINAL Piala Malaysia 2010: Kelantan 2-1 Negeri Sembilan

Skuad B Sathianathan muncul juara Piala Malaysia buat kali pertama

KELANTAN akhirnya berjaya mencipta sejarah baru apabila muncul selaku juara Piala Malaysia buat julung kalinya sejak 89 tahun lalu.

Kejayaan itu dicatat selepas menang tipis 2-1 ke atas juara bertahan, Negeri Sembilan pada aksi final edisi ke-84 di Stadium Nasional, Bukit Jalil malam tadi.

Disaksikan kira-kira 75,000 penonton kedua-dua pasukan, Kelantan menamatkan penantian untuk menjadi pasukan ke-14 berjaya menjuarai kejohanan berprestij yang mula diperkenalkan pada tahun 1921 itu.

Selepas tiga kali gagal di pentas final iaitu pada tahun 1955, 1970 dan 2009, kejayaan itu turut dianggap hadiah paling istimewa buat Sultan Muhammed Ke-V yang baru saja ditabalkan sebagai Sultan Kelantan yang baru pada 13 September lalu.

Bagi Negeri Sembilan pula, mereka kempunan untuk mempertahankan kejuaraan yang dimenangi tahun lalu, sekali gus gagal untuk muncul juara buat kali ketiga setelah kali pertama melakukannya pada tahun 1948.

Ternyata, tuah lebih memihak kepada skuad The Red Warriors yang dilihat tampil dengan semangat juang yang begitu tinggi biarpun suatu ketika ketinggalan 0-1 kepada Negeri Sembilan.

Pada aksi semalam, Negeri Sembilan yang di bawah kendalian Wan Jamak Wan Hassan terlebih dahulu membuka tirai jaringan menerusi penyerang, Shahurain Abu Samah pada minit ke-13 hasil daripada sepakan penalti yang diperoleh selepas penjaga gol Kelantan, Khairul Fahmi Che Mat menjatuhkan S. Kunanlan di dalam kotak penalti.

Tersentak dengan jaringan awal pihak lawan, Kelantan kembali memperkemaskan jentera serangan mereka bagi mencari gol penyamaan namun masih gagal memecah kebuntuan sehinggalah tamat babak pertama perlawanan.

Sebaik babak kedua, bersambung Kelantan yang dibimbing B. Sathianathan terus melancarkan serangan bertali arus ke arah kubu pertahanan Negeri Sembilan.

Kerja keras barisan kesebelasan utama Kelantan akhirnya membuahkan hasil apabila bekas penyerang kebangsaan, Hairuddin Omar berjaya meledak gol penyamaan buat skuad The Red Warriors selepas menanduk masuk hantaran lintang daripada Norshahrul Idlan Talaha pada minit ke-56.

Selang lapan minit kemudian, skuad The Red Warriors membuktikan betapa mereka berhak memenangi perlawanan tersebut selepas Mohd. Badri Mohd. Rodzi muncul sebagai wira apabila meledak gol kemenangan buat pasukannya, sekali gus menambah derita buat Negeri Sembilan yang dikendalikan oleh Wan Jamak Wan Hassan.

Permainan cantik, penyokong terbaik

KOTA BHARU – Motto “Permainan Cantik, Penyokong Terbaik”. Begitulah slogan yang disuarakan oleh Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa), Tan Sri Annuar Musa dalam memastikan perlawanan akhir Piala Malaysia, pertemuan Negeri Sembilan menentang Kelantan di Stadium Nasional Bukit Jalil malam ini, menjadi perlawanan paling menarik dalam sejarah sejak ianya di pertandingan pada tahun 1921.

“Saya mahu pasukan Kelantan menunjukkan satu permainan cantik dan penyokong Kelantan juga perlu membuktikan mereka adalah penyokong terbaik di negara ini. Mereka harus mengetepikan telahan pihak tertentu yang melemparkan pelbagai tuduhan terhadap mereka. Saya percaya penyokong Kelantan tidak akan bersikap agresif kerana mereka juga cintakan bola sepak.

“Kalau kita mahu pasukan kita menjulang piala, para penyokong mestilah menunjukkan semangat kesukanan yang tinggi serta memberi sokongan tidak berbelah bahagi terhadap pasukan kesayangan mereka. Justeru, saya merayu kepada seluruh penyokong Kelantan untuk mengubah persepsi tersebut dengan menunjukkan sokongan luar biasa pada malam ini

“Biar kita ketinggalan dari segi jaringan sekali pun, para penyokong tidak harus berganjak memberi sokongan. Tidak ada mana-mana pasukan yang bertanding untuk kalah. Pemain kita pasti akan turun untuk menang. Mereka memerlukan kekuatan tambahan daripada sokongan peminat kita,” katanya dalam sidang akhbar, semalam.

Annuar yang juga Timbalan Presiden FAM berkata, bagi memastikan perlawanan malam ini berjalan lancar, pemeriksaan badan yang lebih ketat turut dilakukan ke atas setiap penyokong yang akan memasuki stadium.

“Saya menyarankan para penyokong memasuki stadium lebih awal. Pintu masuk stadium akan dibuka tepat jam empat petang. Saya mengingatkan mereka untuk menjaga tatatertib semasa berada di dalam stadium dan juga di luar stadium selepas perlawanan. Segala tindak-tanduk penyokong kita dalam waktu tersebut adalah dib awah tanggungjawab pihak Kafa.

“Mereka perlu ingat, FAM meminda peraturan sebelum ini. Sama ada penyokong pasukan tuan rumah mahu pun pelawat yang membuat onar, pihak FAM tidak teragak-agak mengenakan hukuman ke atas kita.

“Justeru, saya merayu kepada semua penyokong Kelantan jagalah disiplin dan elakkan daripada membuat kekacauan.

“Saya menasihatkan kepada semua penyokong Kelantan, sekiranya terdapat di kalangan mereka yang cuba mencetuskan kekecohan dengan cuba membakar mercun dan sebagainya, mereka perlu mengambil pendekatan menasihati penyokong yang cuba melakukan tindakan tersebut," katanya.

Kemenangan bersejarah

NEGERI SEMBILAN 1
Shahurain Abu Samah (pen m-14)

KELANTAN 2
Hairuddin Omar (m-57)
Muhd Badhri Radzi (m-65)

KUALA LUMPUR – Kelantan muncul juara Piala Malaysia edisi kali ke-84 setelah mengalahkan juara musim lalu, Negeri Sembilan dengan kemenangan 2-1 dalam perlawanan akhir yang berlangsung di Stadium Nasional, Bukit Jalil, Kuala Lumpur malam tadi.

Lebih manis, kejayaan muncul juara pertama kali itu merupakan hadiah istimewa sempena pemasyhuran Sultan Kelantan yang baru, Sultan Muhammad Ke-V. Kejayaan malam tadi membolehkan nama Kelantan terpahat dalam senarai pemenang kali pertama dalam perebutan piala paling berprestij itu sejak ianya dipertandingkan pada tahun 1921.

Beraksi di hadapan hampir 90,000 penonton, dengan didominasi sokongan penyokong setia Merah Putih, The Red Warriors jelas membuktikan mengapa mereka tidak boleh digelar sebagai kuasa baru dalam arena bola sepak tempatan apabila mempamerkan aksi kelas yang tersendiri biarpun ketinggalan satu gol pada separuh masa yang pertama.

Sementara kekalahan malam tadi memaksa barisan pemain Negeri Sembilan menelan kepahitan gagal mempertahankan kejuaraan yang dimenanginya musim lalu apabila terpaksa merelakan piala tersebut untuk dibawa pulang ke bumi Negeri Cik Siti Wan Kembang buat pertama kali.

Dua gol dalam tempoh lapan minit pada awal babak kedua menerusi jaringan Hairuddin Omar dan Muhd Badhri Radzi akhirnya menjulang Kelantan sebagai juara baru Piala Malaysia edisi kali ke-84.

Seawal minit pertama, Kelantan terlebih dahulu menguji pintu gol Negeri Sembilan apabila sepakan percuma Ketua Pasukan, Indra Putra Mahayuddin dari sebelah kanan penjuru pintu gol ditanduk tinggi oleh Mohd Rizal Fahmid Abd Rosid melepasi palang gol Negeri Sembilan.

Selang seminit kemudian, Negeri Sembilan melakukan serangan balas menerusi lorongan bola Abdul Halim Zainal kepada rakan sepasukan namun Khairul Fahmi Che Mat bijak meluru keluar menyelamatkan situasi tersebut.

Pada m-7, Negeri Sembilan sekali lagi mempunyai peluang terbaik apabila hantaran lintang S Kunalan disambut Idris Abdul Karim tetapi tampanan kurang kemasnya mudah diselamatkan Khairul Fahmi.

Pada m-14, Negeri Sembilan dihadiahkan sepakan penalti setelah Khairul Fahmi menjatuhkan pemain Negeri Sembilan dalam kotak penalti dalam usahanya menyelamatkan pintu gol Kelantan daripada dibolosi. Penyerang, Shahurain Abu Samah yang mengambil sepakan tersebut mudah menewaskan Khairul Fahmi seterusnya menghasilkan gol pertama Negeri Sembilan.

Walau bagaimanapun, gol pendahuluan tersebut tidak mematahkan semangat pemain Kelantan. Pada m-29, Kelantan mempunyai peluang terbaik merapatkan jurang apabila Hairuddin Omar berjaya melepasi perangkap ofsaid namun penjaga gol, Mohd Sani Annuar Kamsani terlebih dahulu meluru keluar menyelamatkan bola.

Sebaliknya, Negeri Sembilan lebih ghairah memburu jaringan apabila dilihat lebih banyak menjanakan corakan serangan melalui rangkaian penyerang muda, Shahurain Abu Samah dan Abdul Halim Zainal yang mendapat sokongan jentera tengah mereka.

Dua peluang terbaik Negeri Sembilan hadir pada m-30 dan 34 perlawanan menerusi percubaan jarak jauh Idris dan Kunalan yang menyaksikan ianya sekadar tersasar dan terus ke dakapan Khairul Fahmi.

Minit-minit akhir separuh masa pertama, Kelantan mempunyai tiga peluang terbaik merapatkan jurang menerusi percubaan Hairuddin, Indra Putra dan Mohd Norfarhan namun ketangkasan Mohd Sani Annuar menghampakan peluang tersebut.

Babak kedua, Kelantan seakan mendapat aura baru apabila menguasai hampir keseluruhan tempo permainan. Pada m-51, Hairuddin mempunyai peluang terbaik menjaringkan gol menerusi tandukan tetapi sempat ditampan keluar oleh pemain pertahanan Negeri Sembilan manakala rembatan susulan Muhd Badhri selepas itu sekadar melepasi palang.

Detik malang bagi Negeri Sembilan bermula enam minit kemudian. Bermula larian bola Norshahrul Idlan Talaha dari sebelah kanan pintu gol, beliau melakukan hantaran lintang kepada Hairuddin yang menanduk cantik ke penjuru sebelah kanan pintu gol menewaskan Mohd Sani Annuar.

Gol penyamaan tersebut ternyata membakar semangat juang pemain Kelantan sementara Negeri Sembilan terus tertekan selepas kehilangan bek kental mereka, Aidil Zafuan Abdul Radzak yang terpaksa diusung keluar selepas itu kerana mengalam kecederaan.

Pada m-62, Negeri Sembilan sekali lagi mencemaskan pintu gol Kelantan menerusi percubaan Shahurain yang merembat kencang tetapi diselamatkan Khairul Fahmi.

Pada m-65, Stadium Nasional Bukit Jalil kembali bergema dengan sorakan 70,000 penyokong setia Kelantan apabila Muhd Badhri Radzi berjaya menjaringkan gol kemenangan Kelantan.

Kelalaian benteng pertahanan Negeri Sembilan sekali lagi terhukum apabila beliau yang menerima umpanan Mohd Norfarhan sebelum itu hanya memerlukan tiga langkah sebelum melepaskan rembatan kencang dalam kotak penalti menewaskan Mohd Sani Annuar buat kali kedua.

Negeri Sembilan yang kian tertekan memasukkan penyerang muda, Mohd Shafik Abdul Rahman menggantikan Qhairil Anwar Roslani namun tidak cukup membantu mencari gol penyamaan.

Dua percubaan terbaik mereka pada m-80 dan masa tambahan masing-masing menerusi Shahurain dan Idris menyaksikan Khairul Fahmi sekali lagi menjadi penghalang dalam usaha mereka mencari gol penyamaan.

Sementara itu, sepakan percuma Indra Putra pada m-85 sekadar tersasar ke sebelah kanan pintu gol Negeri Sembilan.

Tiupan wisel penamat pengadil, Subkhiddin Mohd Salleh mengakhiri penantian Kelantan selama 89 tahun menjulang Piala Malaysia dan piala paling berprestij itu akan disimpan di negeri Cik Siti Wan Kembang buat pertama kalinya.

Sementara itu, penjaring gol pertama Kelantan, Hairuddin Omar diumumkan Pemain Terbaik perlawanan akhir itu.

Kelantan catat sejarah
Julang Piala Malaysia selepas tumpaskan juara bertahan, Negeri Sembilan

KELANTAN melakar sejarah tersendiri apabila buat julung kali menjulang Piala Malaysia, setelah menewaskan juara musim lepas Negeri Sembilan 2-1, pada perlawanan akhir yang berlangsung di Stadium Nasional, Bukit Jalil malam tadi.

Kemenangan itu turut menebus kehampaan tewas 1-3 kepada Negeri Sembilan pada saingan akhir piala paling berprestij Liga Malaysia itu musim lepas, selain menamatkan penantian selama 89 tahun untuk membawa pulang piala tersebut ke bumi Cik Siti Wan Kembang.

14,000 tiket habis dijual dalam masa dua jam


SEBANYAK 14,000 tiket perla:wanan akhir bagi peminat di Lembah Klang, habis dijual dalam tempoh dua jam selepas kaunter dibuka seawal jam 9 pagi, di Stadium Nasional Bukit Jalil.

Keadaan cuaca yang tidak menentu pada sebelah pagi dengan hujan renyai, nyata tidak menggusarkan ribuan penyokong yang membanjiri pekarangan luar stadium untuk mendapatkan tiket.

Sebaik hujan reda pada 9.30 pagi, ribuan penyokong terus menyerbu kaunter tiket sehingga menyebabkan anggota pasukan polis dan Unit Simpanan Persekutuan (FRU) terpaksa campur tangan bagi mengawal keadaan.

Naib Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) Datuk Hamidin Mohd Amin berkata, beliau berpuas hati dengan kelancaran penjualan tiket pagi ini.

“Keadaan semuanya terkawal kerana para penyokong memberi kerjasama,” katanya.

Menurut Hamidin, keseluruhan 85,000 tiket habis dijual termasuk di Stadium Paroi, Negeri Sembilan dan Stadium Sultan Muhammad ke-IV, Kelantan.


Penantian berakhir


KELANTAN mencipta sejarah baru apabila b:angkit dalam perlawanan yang penuh dramatik untuk menewaskan Negeri Sembilan 2-1, pada aksi final Piala Malaysia di Stadium Nasional Bukit Jalil,semalam.

Negeri Sembilan memperolehi gol pertama seawal minit ke-13 menerusi sepakan penalti disempurnakan oleh Shahurain Abu Samah.

Pengadil perlawanan Subkhiddin Mohd Salleh memberi sepakan itu kepada Negeri Sembilan setelah penjaga gol Kelantan, Khairul Fahmi Che Mat menjatuhkan S Kunalan dalam kotak penalti.:

Negeri Sembilan terus mengasak pintu gol Kelantan menerusi beberapa serangan namun gagal menembusi kekentalan benteng lawan yang dibarisi Mohd Daudsu Jamaludin, Mohd Farisham Ismail dan Rizal Fahmi Abdul Rosidi.

Bersambung babak kedua, The Red Warriors yang ditemani sekurang-kurangya 60,000 penyokong terdesak untuk mencari gol dan melakukan beberapa asakan yang akhirnya membuahkan gol penyamaan pada minit ke-57.

Hantaran luar Norshahrul Idlan Talaha tidak disia-siakan Hairuddin Omar yang menanduk dan merobek gol Negeri Sembilan.

Kelantan semakin garang apabila Mohd Badri Mohd Radzi menambah jaringan pada minit ke-65 hasil hantaran cantik Mohd Norfarhan Muhamad.

Bagi mengukuhkan kubu pertahanan, jurulatih Kelantan B. Sathianathan mengambil tindakan bijak memasukan Akmal Rizal Ahmad Rakhli dan Khairan Eroza Razali.

Strategi itu berjaya apabila tamat masa permainan menyaksikan Kelantan muncul juara Piala Malaysia musim ini selepas berjaya mempertahankan kedudukan 2-1 menewaskan Negeri Sembilan.

Kemenangan bertambah manis apabila penyerang mereka, Hairuddin Omar turut dinobatkan Pemain Terbaik perlawanan akhir Piala Malaysia.

Semangat pemain julang Red Warriors



PARA pemain Kelantan meraikan kejayaan menjulang trofi Piala Malaysia selepas menewaskan Negeri Sembilan 2-1 di Stadium Nasional Bukit Jalil malam tadi.


KESUNGGUHAN para pemain untuk muncul juara dianggap jurulatih Kelantan, B. Sathianathan sebagai kunci utama kejayaan skuad Red Warriors itu menundukkan Negeri Sembilan 2-1 malam tadi.

Kata-kata Sathianathan di bilik persalinan ketika waktu rehat separuh masa pertama nyata membuatkan para pemain tidak patah semangat biarpun mereka ketinggalan 0-1 menerusi sepakan penalti Shahurain Abu Samah pada minit ke-13.

“Saya bangga dengan pemain kerana nak menang buat kali pertama bukan sesuatu yang mudah. Tapi semua pemain mahukan kemenangan pada perlawanan ini.

“Memang kami ketinggalan 0-1 tetapi gol Negeri Sembilan itu diperoleh terlalu awal dan masih ada masa untuk kami cari gol. Itu sebab kami tak berasa risau,” kata Sathianathan pada sidang media selepas perlawanan.

Biarpun berjaya membawa Kelantan muncul juara Piala Malaysia dan naib juara Liga Super musim ini, Sathianathan menyerahkan kepada pengurusan Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) sama ada mahu terus menggunakan khidmatnya bagi musim depan atau tidak.

Ini memandangkan dia masih berisiko untuk digantung enam bulan oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) andai rayuannya ditolak.

“Saya akan rehat dahulu dan bercuti. Terpulang kepada Tan Sri Annuar Musa (Presiden Kafa) untuk buat keputusan. Apa pun boleh jadi. Saya tak pasti lagi. Kena tunggulah dahulu keputusan FAM,” jelas Sathianathan.

Pada perlawanan akhir edisi ke-84 malam tadi, Kelantan bangkit dengan menghasilkan dua gol pada babak kedua menerusi tandukan Hairuddin Omar pada minit ke-56 dan rembatan Badhri Radzi pada minit ke-64 untuk memastikan kemenangan mutlak 2-1.

Sementara itu, jurulatih Negeri Sembilan, Wan Jamak Hassan pula menyifatkan ketiadaan kapten, Aidil Zafuan Radzak yang mengalami kecederaan pada awal babak kedua sebagai punca pertahanan mereka tiba-tiba rapuh.


Mimpi 'Piya' jadi kenyataan


  BADRI  meraikan gol kemenangan Kelantan  pada separuh masa kedua perlawanan akhir Piala Malaysia di Stadium Nasional Bukit Jalil, malam tadi.
BADRI meraikan gol kemenangan Kelantan pada separuh masa kedua perlawanan akhir Piala Malaysia di Stadium Nasional Bukit Jalil, malam tadi.
Hairuddin dinobat pemain terbaik final bantu Kelantan tewaskan NS

MIMPI menjulang Piala Malaysia pada malam sebelum aksi final di Stadium Nasional Bukit Jalil ternyata menjadi kenyataan buat Mohd Badri Mohd Radzi apabila gol jaringannya pada minit ke-65 menjulang Kelantan sebagai juara ketika menewaskan Negeri Sembilan 2-1 malam tadi.
“Semalam saya bermimpi menjulang trofi kejohanan ini, dan saya bersyukur ia benar-benar menjadi kenyataan,” kata Mohd Badri, pemain tengah berusia 28 tahun itu. “Walaupun pada babak pertama kami ketinggalan, saya tetap yakin kami mampu bangkit menebus kecewa tahun lalu.
Mohd Badri yang lebih dikenali sebagai ‘Piya’ sebelum ini menjaringkan gol dalam gaya sama ketika melengkapkan kemenangan 3-0 ke atas Selangor dalam suku akhir kedua di Kota Bharu.

Pada perlawanan final malam tadi, Mohd Badri meledak gol kemenangan Kelantan selepas menerima hantaran cantik daripada Mohd Norfarhan Mohamad. Sebelum itu Hairuddin Omar yang dinobatkan sebagai Pemain Terbaik kejohanan menyamakan kedudukan pada minit ke-55.

“Saya gembira dapat melunaskan tanggungjawab untuk Kelantan tahun ini,” kata Hairuddin yang tahun lalu menjulang piala sama ketika dipinjamkan kepada Negeri Sembilan oleh T-Team. Pada final 2009, Hairuddin turut menyumbangkan gol ketika kemenangan 3-1 ke atas Kelantan.

“Sebelum kejohanan lagi, saya mempunyai keyakinan tinggi Kelantan akan muncul juara malam ini (malam tadi), tetapi pada babak pertama kami masih gugup sehingga membawa kepada gol pertama oleh Negeri Sembilan,” kata Hairuddin

Sejarah tercipta

pix_gal0
The Red Warriors tamat badi 40 tahun

PEMAIN Kelantan me lutut dan berdoa tan da syukur sejurus wisel penamat apabila mencipta bangga muncul juara baru Piala Malaysia menewaskan Negeri Sembilan 2-1 dalam final di Stadium Nasional, Bukit Jalil, malam tadi
Dua gol menerusi tandukan padu Hairuddin Omar pada minit ke-57 dan Mohd Badhri Mohd Radzi, m-65 berjaya mengikis jari ngan awal lawan menerusi sepakan penalti oleh Shahurain Abu Samah (m-13) - sekali gus menamatkan badi 40 tahun yang diiri ngi dentuman mercun me ngiringi kejayaan manis The Red Warriors.
Kejayaan ini memboleh kan Kelantan meletakkan diri dalam kumpulan unik yang kini bertambah kepada 14 pasukan yang pernah menjulang piala keagungan bola sepak tanah air itu termasuk sebelum ini yang dikenali Piala HMS Malaya dan Piala Malaya.

Namun, skrip itu tidak kelihatan begitu pada awal saingan babak pertama apabila Shahurain yang dinaikkan kepada posisi serangan berikutan ke tandusan penye rang akibat kecederaan yang menimpa Zaquan Adha Abd Radzak me ngulangi jaringan awal ke atas lawan sama, apabila mudah menyempurnakan penalti mengatasi Khairul Fahmi Che Mat selepas penjaga gol itu menjatuhkan S Kunalan dalam ko tak penalti.

Shahurain yang mele dakkan gol cantik dalam laluan kejayaan 3-1 musim lalu berjaya mengelirukan penjaga gol itu yang semakin meningkat naik dalam skuad kebangsaan pada percubaan kedua selepas pengadil, Sub khiddin Mohd Salleh me ngarahkannya diambil semula.

Pada masa kecederaan babak pertama, gerakan pantas Mohd Badri Mohd Radzi dengan Indra Putra Mahayuddin hampir menjelmakan gol penyamaan, tetapi tendangan lencong kapten Kelantan itu berjaya ditumbuk penjaga gol, Sani Anuar Kamsani.
Hairuddin menceriakan pasukan apabila berjaya mengelakkan diri daripada kawalan pertahanan untuk menghalakan han taran lintang Norshahrul dengan jaringan penya maan menerusi tandukan untuk menghidupkan api perjuangan the Red Warriors dan hampir 60,000 penyokong mereka.

Momentum beralih arah kepada Kelantan yang mengambil alih tam puk penguasaan de ngan Mohd Badri men cetuskan dentuman mer cun oleh penyokong hasil gol kemenangan buat mencipta sejarah baru mereka.
Sathianathan puas dapat julang trofi



DI sebalik kemelut yang melandanya sejak dua minggu lalu, ketua jurulatih Kelantan, B Sathianathan tampak begitu tenang ketika meraikan kejayaan anak didiknya menewaskan Negeri Sembilan 2-1 pada aksi final Piala Malaysia, malam tadi.

Namun, jauh di lubuk hatinya tersimpan perasaan puas dapat menjulang trofi berprestij itu kali ini.

Sathia melalui tempoh memeritkan apabila digantung enam bulan yang kemudiannya ditangguhkan sebelum mengetuai pasukannya mara ke separuh akhir yang disusuli kejayaan manis, malam tadi.
“Saya yakin kami akan menang walaupun pada babak pertama kami ketinggalan 0-1. Tekanan sentiasa membelenggu saya.

“Tetapi apa yang membantu saya adalah Tan Sri Annuar Musa (Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan). Dia kata jika apa-apa berlaku kepada saya, dia tetap akan bersama saya,” kata Sathia pada sidang akhbar pasca perlawanan.

Di sebalik kejayaannya membawa pulang Piala Malaysia buat pertama kali ke Kelantan, Sathia bagaimanapun tidak mahu menganggap dirinya wira. “Saya bukan wira Kelantan, wira sebenar adalah Tan Sri,” katanya yang baru mengendali pasukan itu sejak 13 bulan lalu.

Menurut Sathia, Kelantan tidak akan meningkat mendadak seperti sekarang sekiranya Annuar tidak memberikan kepercayaan penuh kepada jurulatih untuk mengendali pasukan.

Sabtu, 30 Oktober 2010

Percaturan terakhir

pix_gal0
Wan Jamak, Sathianathan pasang strategi ampuh hadapi final

DI ANTARA dua pe ngen dali, Wan Ja mak Wan Hassan dan B Sathianathan, ma sing-ma sing mempunyai percaturan terakhir untuk menewaskan lawan masing-masing apabila Negeri Sembilan bertemu Kelantan di pentas final Piala Malaysia di Stadium Nasional Bukit Jalil, malam ini.
Kedua-duanya kehilangan tonggak tetapi mereka masih mampu menurunkan kesebelasan utama yang mantap bagi memenuhi impian puluhan ribu pe nyokong setia masing-masing.
Kelantan, yang dikecewakan Negeri Sembilan di pentas yang sama musim lalu, kali ini turun sebagai pasukan tuan rumah tetapi perlu mencari semangat sama seperti di Stadium Sultan Muhammed IV untuk berdepan Negeri Sembilan yang masih segar dengan kejayaan 3-1 musim lalu, malah turun dengan reputasi juara Piala FA musim ini.

Wan Jamak kehilangan ketua pasukan, Rezal Zambery Yahya dan Zaquan Adha Abd Radzak yang masih cedera tetapi Sathianathan juga kehilangan Azizi Mat Rose dan S Subramaniam.

“Saya tidak lihat mereka memiliki masalah di bahagian serangan kerana mereka menjaringkan gol dalam (hampir) setiap perlawanan. Shukor (Adan) menjaringkan gol, Aidil (Zafuan) pun menjaringkan gol,” katanya.

Sejak kejayaan 3-1 pada final tahun lalu, kedua-dua pasukan bertemu empat kali dengan Kelantan memenangi kedua-dua pertemuan dalam Liga Super manakala Negeri Sembilan menang sekali dan seri sekali dalam saingan Kumpulan A Piala Malaysia ini.
“Daripada final tahun lalu, kami belajar untuk memperkuatkan pasukan. Kami sudah belajar daripada pengalaman. Kami bukan pasukan yang hanya boleh beraksi 20 minit pertama. Kini masa kami menunjukkan apa yang sudah kami pelajari,” kata Sathianathan.

Dengan 60,000 tiket sudah habis dijual, Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) memperuntukkan 15,000 lagi untuk dijual di Stadium Nasional bermula jam 9 pagi ini.

NS tak kebal: Indra Putra

 SATHIANATHAN (tengah) memberi arahan kepada pemainnya ketika latihan terakhir menjelang final Piala Malaysia di Stadium Nasional, semalam.
SATHIANATHAN (tengah) memberi arahan kepada pemainnya ketika latihan terakhir menjelang final Piala Malaysia di Stadium Nasional, semalam.
Pengalaman final musim lalu mendewasakan kapten Kelantan

PENGALAMAN beraksi pada final tahun lalu mendewasakan pasukan Kelantan dengan kapten, Indra Putra Mahayuddin mahu menjadikan gol tunggal jaringannya pada aksi final Piala Malaysia bertemu Negeri Sembilan tahun lalu sebagai pemangkin untuk memburu kemenangan di Stadium Nasional, Bukit Jalil malam ini.
“Ia bukti nyata gawang Negeri Sembilan bukan kebal untuk dibolosi,” kata Indra sebelum sesi latihan terakhir di Stadium Nasional Bukit Jalil, semalam.
“Jika tahun lalu kami memperoleh peluang itu pada masa kecederaan, saya akan pastikan kali ini ia muncul lebih awal.

“Kami akan cuba memastikan permainan berakhir dalam tempoh 90 minit, tetapi jika perlu bermain pada masa tambahan atau penentuan penalti, kami sudah bersedia.”

Tahun lalu, Kelantan berputih mata apa lawan mendahului tiga gol untuk merangkul kejuaraan dengan kemenangan 3-1.

“Banyak yang kami pelajari daripada kekalahan pada tahun lalu. Nasihat saya kepada rakan sepasukan, jangan terlalu tertekan dan main seperti biasa," kata Indra yang menjadi tulang belakang Kelantan untuk memburu kejuaraan pertama dalam kancah bola sepak tempatan sejak Piala Malaysia yang dulunya dikenali sebagai Piala HMS Malaya dan sebelum itu Piala Malaya pada 1921.
Indra mengakui, walaupun ada kalangan pemerhati meletakkan Kelantan sebagai pasukan pilihan kali ini, dia dan rakan sepasukannya tidak akan cepat mendabik dada, sebaliknya tetap menghormati lawan yang turun selaku penyandang juara dan juara Piala FA musim ini.

Masa terbaik untuk cipta sejarah


BUDAYA 'jogho' (juara) perlu dimulakan skuad Kelantan dengan memenangi final Piala Malaysia tahun ini jika mahu menjadi pasukan gergasi seperti Selangor, kata ketua jurulatihnya, B Sathianathan.

“Sekali sejarah tercipta, ia akan menjadi lebih mudah untuk generasi seterusnya mengikut jejak langkah,” kata Sathia. “Jika Kelantan menang kali ini, saya percaya pembangunan bola sepak di Kelantan akan meningkat mendadak.

“Ia (kejuaraan) bukan semata-mata untuk kegemilangan tahun tertentu, tetapi bakal menjadi pemangkin kepada kesinambungan sukan bola sepak di Kelantan. Berdasarkan pengamatan saya sejak berada di sini, budaya bola sepak di Kelantan cukup kuat.
“Saya percaya satu hari nanti Kelantan mampu melahirkan ramai pemain berkualiti untuk mewakili negara.”

Kelantan memperoleh peluang kedua merangkul Piala Malaysia di Stadium Bukit Jalil malam ini apabila bertemu lawan sama Negeri Sembilan yang menewaskan mereka 3-1, tahun lalu.

Menurut Sathia, peluang kali ini adalah yang terbaik buat Kelantan untuk mencetus kejuaraan memandangkan barisan pemain kali ini rata-rata pernah merasai pengalaman final tahun lalu.

“Saya yakin kali ini mereka dapat mengatasi perasaan gugup beraksi di pentas final,” katanya.
Pada final tahun lalu, Kelantan lambat menguasai permainan sehingga menyebabkan Negeri Sembilan mengambil kesempatan menerusi gol Shahurain Abu Samah (minit ke-18), Hairuddin Omar (m46) dan penalti Mohd Zaquan Adha Abd Radzak (m59) manakala gol tunggal Kelantan dijaringkan Indra Putra Mahayuddin menerusi sepakan percuma pada masa tambahan.

“Jika pemain bermain seperti biasa dan pantas menyesuaikan diri dalam tempoh 10 minit pertama, saya yakin Kelantan mampu membawa pulang trofi berprestij itu kali ini,” kata Sathia yang mula mengambil alih Kelantan pertengahan tahun lalu.

“Kami turun sebagai underdog, jadi tekanan tentunya lebih berat ke atas penyandang juara Negeri Sembilan. Walaupun mereka cuba menghilangkan tekanan itu dengan mengatakan perkara sama (underdog), hakikatnya mereka adalah juara bertahan dan pastinya menjadi pilihan utama.”

Indra tak rela Kelantan pulang tangan kosong


INDRA (depan) dan Badri (kanan) antara tonggak utama skuad Kelantan musim ini.


DUA musim bersama Kelantan, Indra Putra Mahayuddin pasti berasa cukup bertuah kerana dapat beraksi di pentas final Piala Malaysia.

Namun secara statistik, ia adalah aksi keempat Indra di final Piala Malaysia kerana sebelum ini dia pernah menggalas tanggungjawab bersama Perak.

"Tahun lepas kami tewas kepada Negeri Sembilan, jadi saya tidak mahu episod yang sama berulang. Melihatkan barisan pemain yang ada, saya cukup yakin kami mampu melakukannya tetapi kami kena bekerja lebih keras.

"Saya minta semua rakan bersedia. Negeri Sembilan bukan sebuah pasukan yang mudah untuk dijinakkan, jadi kami perlu memberikan tumpuan dan fokus yang tinggi sepanjang perlawanan tersebut," kata Indra.

Tambahnya, perlawanan malam esok dijangka sengit memandangkan Negeri Sembilan tampil sebagai penyandang juara dan juara Piala FA musim ini.

"Saya akui Negeri Sembilan sebuah pasukan yang kuat, mereka mempunyai ramai pemain yang berpengalaman tetapi saya juga percaya bahawa kami mampu mencipta sejarah baru bola sepak Kelantan dan kami sedang ke arah itu.

"Jika mereka menganggap bertemu Kelantan adalah tugas mudah, ini bermakna telahan mereka kurang tepat. Kami akan pasti- kan kali ini giliran mereka pula pulang kosong," ujar kapten Kelantan itu.

Sementara itu, bagi perancang Kelantan, Badri Radzi yang terlepas aksi final tahun lalu akibat kecederaan, berazam menjulang The Red Warriors di puncak kejayaan.

"Tahun lalu saya tidak dapat beraksi kerana terpaksa berehat panjang. Kali ini saya dapat beraksi, jadi saya mahu menggunakan kesempatan yang ada untuk memberikan yang terbaik.

"Ini merupakan penampilan pertama saya di pentas akhir Piala Malaysia bersama Kelantan dan saya mahu menjadikannya momen paling indah dalam karier saya sebagai seorang pemain bola sepak," katanya.

Jelasnya, selaku anak jati Kelantan, dia bertekad untuk menebus kembali maruah The Red Warriors selepas diaib- kan Negeri Sembilan 1-3 pada aksi final tahun lalu.

"Jika mereka mahu mengekalkan piala tersebut, kami pemain-pemainThe Red Warriors pula berazam merampas dan membawanya pulang ke Kota Bharu," tegasnnya.


Hairuddin sedia jadi pemusnah lawan

KOTA BHARU – Kalau dalam perlawanan akhir Piala Malaysia musim lalu, beliau menjadi pemusnah kepada cita-cita Kelantan untuk mendakap piala, tetapi berbeza pula musim ini. Kini beliau bersama Kelantan, pasukan yang pernah dikecewakan beliau pada pentas final Piala Malaysia musim lalu.

Masih ingat lagi, jaringan Hairuddin Omar seawal babak kedua menerusi tandukan cantik yang memerangkap penjaga gol veteran, Halim Napi akhirnya membunuh semangat juang pemain Kelantan dalam perlawanan itu.

Sebaik sahaja skuad Jang memperoleh gol kedua tersebut, penyokong setia Kelantan terdiam seketika di Stadium Nasional Bukit Jalil. Tapi itu cerita lama, kali ini anak kelahiran Kampung Saujana, Setiu itu mahu menjadi ‘wira’ baru bersama majikannya, Kelantan.

Kini beliau sudah bersedia sepenuhnya memusnahkan impian pasukan pinjamannya musim lalu, Negeri Sembilan dalam usaha mempertahankan kejuaraan musim lalu dalam pentas final malam esok.

“Jika tahun lepas saya membantu Negeri Sembilan menjulang piala, tahun ini saya berazam untuk membantu Kelantan membawa pulang piala tersebut buat pertama kali ke Kota Bharu.

“Saya sudah sedia sepenuhnya menggempur pintu gol Negeri Sembilan sekiranya diberi peluang turun beraksi dalam kesebelasan utama pemain malam esok.

“Ini merupakan penampilan kali ketiga dalam saya dalam pentas final. Sudah pasti saya mahu ianya berakhir dengan kegembiraan. Saya pernah membantu Terengganu muncul juara pada tahun 2001 diikuti Negeri Sembilan pada musim lalu. Kali ini saya mahu melakukannya untuk Kelantan ,” katanya ketika ditemui Sinar Harian semalam.

Hairuddin berkata, soal sama ada siapa yang menjaringkan gol itu tidak penting kerana yang lebih penting ialah mencipta kemenangan dalam perlawanan tersebut.

“Saya percaya rakan-rakan sepasukan sudah bersedia sepenuhnya menghadapi perlawanan malam esok. Mereka sudah mempunyai pengalaman kerana beraksi dalam pentas akhir musim lalu. Jadi saya berharap kita akan bermain sebagai satu pasukan.

“Pasukan yang berjaya meminimumkan kesilapan, mendominasi perlawanan serta menjaringkan gol awal mungkin berpeluang menjadi juara malam esok,” katanya.

Tanpa sebarang tekanan, skuad Kelantan dijangka berlepas ke ibu negara dengan menaiki pesawat pada pagi ini sebelum turun dalam sesi memanaskan badan di Stadium Nasional Bukit Jalil pada sebelah petang.

Catatan Popular