KELATEBOLA

LESEN

Lesen Creative Commons
karya ini dilesen dibawah satu Lesen Pengiktirafan 2.5 Malaysia Creative Commons.

Sabtu, 31 Julai 2010

Terima Kasih Anakku!!

emel

"Terima Kasih Anakku" itulah ungkapan yang mampu diucapkan oleh seorang ayah kepada anaknya yang terlalu fanatik pada pasukan The Red Warriors yang sanggup datang bertongkat dan dipimpin ke stadium menyaksikan Kelantan menentang KL Plus semalam.

Sikap yang ditunjukkan ini amat dikagumi dan dihargai sebagai mewakili penyokong Kelantan untuk menghantar mesej kepada seluruh penyokong di Malaysia bahawasanya penyokong Kelantan sanggup berkorban jiwa, tenaga dan wang ringgit demi pasukan kesayangan.

Sikap peduli apa orang kata sekiranya apa yang kita lakukan tidak menyusahkan atau bertentangan dengan orang lain ini harus ada dijiwa seluruh rakyat Kelantan. Alhamdullilah kesihatan Pok Su sudah beransur pulih daripada kesakitan akibat "Stroke" tempoh hari. Semangat yang membara sentiasa ada dijiwa Pok Su sejak dizaman muda lagi, malah beliau sendiri kagum dan akan berasa rugi sekiranya tidak dapat menyaksikan perlawanan Kelantan di Kota Bharu dan terpaksa akur tidak dapat hadir sekiranya perlawanan di luar Kelantan. Beliau juga turut menyatakan kesyukuran kerana penyokong Kelantan lebih berdisplin sekarang dan tidak menyusahkan orang seperti beliau ke stadium. Beliau turut mengingatkan penyokong Kelantan menghargai dan menjaga kehadiran penyokong-penyokong wanita, kanak-kanak dan golongan kurang upaya.

Melihat pada perkembangan ini, Tan Sri Annuar Musa dan Dato' Ahmad Sabri Chek sendiri turut teruja apabila berkongsi pengalaman beliau berdua disapa oleh seorang remaja buta yang menyatakan kekaguman beliau dengan kejayaan The Red Warriors dibawah pengurusan Tan Sri Annuar Musa. Situasi ini bila difikirkan secara logik sememangnya pelik bagaimana seorang buta boleh menyaksikan dan menilai prestasi The Red Warriors namun semua terjawab apabila memikirkan mungkin beliau mengikuti melalui radio internet atau media khas untuk orang buta atau melalui gambaran kawan-kawan.

Inilah antara rentetan yang berjaya dicipta oleh The Red Warriors sebagai pencetus zaman kegemilangan bolasepak Kelantan dan Malaysia. Kehebatan Seorang Pemain Hebat mungkin tidak lahir daripada hasil kehebatan ibubapa dalam arena bolasepak tetapi ianya tidak mustahil lahir daripada semangat yang membara kedua ibubapa yang meminati dan mengkagumi bolasepak. Oleh itu sama-sama kita menjadikan bola sepak hak milik bersama tanpa prejudis pada kaum, jantina, umur dan sebagainya.

KAMI MENGHARGHAI SOKONGAN ANDA.

Sokong Bia Bijok , Napok Bijok , Betindok Bijok , Main Bijok , Bijok Sokmo...... Gomo Kelate Gomo

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Catatan Popular