Hidup Dikota Mentaliti Jauh Berdisplin Penyokong Di Kota Bharu | ||
|
Apa yang ingin dikupaskan berkaitan topik ini adalah berkenaan sikap penyokong Kelantan yang sengaja ingin KAFA didenda. Menyaksikan perlawanan bola sepak Kelantan bersama ahli keluarga dan kawan-kawan memang menyeronokkan tetapi tidak dapat bayangkan sekiranya yang melintasi atas kepala kita itu sebuah kerusi dan sebiji mercun yang dilontarkan ke padang atau secara bebas. Mengapa rendahnya mentaliti segelintir penyokong jakun ini malah jauh berbeza dengan sikap penyokong di Kota Bharu yang jauh lebih berdisplin. Ada juga segelintir yang menyalahkan ibubapa kenapa membawa anak-anak ke stadium. Pernahkah mereka ini meneliti liga-liga eropah yang menyaksikan stadium-stadium mereka dipenuhi penyokong cilik ini. Mentaliti anak kecil dan perempuan duduk dirumah perlu diubah di zaman ini, minat bola sepak bukan lagi menjadi hak mutlak penyokong lelaki sahaja malah sudah menjadi hak umum. Sekiranya perkara-perkara ini dijadikan isu di media massa dan sahabat dari luar Kelantan mungkin akan menimbulkan kemarahan seluruh penyokong Kelantan walaupun ianya ditujukan pada segelintir yang jakun ini sahaja. Namun sekiranya penyokong Kelantan terus menyalahkan pihak media dan orang luar Kelantan kerana memburukkan imej Kelantan tanpa penyokong Kelantan sendiri berusaha mengwujudkan satu suasana tontonan perlawanan yang lebih tenang dan selamat dari letupan mercun dan balingan objek atau penyokong Kelantan berusaha menasihati antara satu sama lain dalam hal ini, Siapa lagi yang mampu lakukan? Gejala membaling objek apabila setiap kali meraikan kemenangan atau provokasi menggambarkan penyokong Kelantan masih lagi ditakuk lama walaupun KAFA sentiasa berbangga dengan perubahan baru yang diciptanya. Ramai penyokong Kelantan yang meluahkan reaksi terkejut mereka dengan perilaku membaling mercun dan kerusi. Sampai bila kita harus dilabel sebagai penyokong penjahanam harta benda awam. Susahkah untuk memahami perasaan orang lain yang datang semata-mata ingin meluahkan perasaan setelah seminggu penat berkerja. Apakah penyokong ganas ini akan membaling kerusi atau mercun ketika menyaksikan perlawanan ini dirumahnya? Sikap menunjuk-nunjuk hebat dan hero sudah sebati dengan jiwa Kelantan namun jika sikap ini dihayati dan digunakan dengan baik, kita akan lebih dihormati dan dikagumi. Sejak 2 perlawanan lepas berlangsung KAFA menerima aduan 5 kerusi di jahanamkan di stadium Shah Alam dan 1 kerusi di jahanamkan di stadium bola sepak Cheras. Kita percaya mereka yang berlagak sebagai hero ini bukan pengunjung laman-laman web yang memaparkan nasihat untuk penyokong Kelantan. Ada yang lebih malang sikap taksub kepada parti politik tidak bertempat, sehingga sanggup menggadaikan nyawa memanjat pagar kerana ingin mengibarkan bendera politik. Adakah mereka tahu membawa masuk bendera politik akan mengakibatkan KAFA akan didenda? sekiranya tidak berjanji pada semua pembaca untuk menegur kawan-kawan yang taksub ini agar tidak berpolitik di padang bola. Jadikan sukan bola sepak Kelantan bebas segala unsur kepartian. Mungkin ramai pihak tidak berpuashati dengan paparan isu ini, namun ini adalah antara usaha yang sentiasa dilakukan demi melihat kemajuan bola sepak seiring dengan kemajuan sikap dan emosi penyokong Kelantan yang lebih maju. KAFA sentiasa berusaha mencukupkan kantung perbelanjaannya, namun mentaliti yang sukar diubah ini menyebabkan kantung perbelanjaan KAFA sentiasa dibazirkan. Tidak perlu kita sentiasa meletakkan status KAFA sentiasa dianak tirikan FAM sedangkan kita sendiri tidak berusaha membuang tanggapan negatif ini. SEDARLAH WAHAI PENCINTA THE RED WARRIORS............. FAKTA RINGKAS: Denda yang pernah dikenakan FAM terhadap KAFA:
|
Tiada ulasan:
Catat Ulasan