KELATEBOLA

LESEN

Lesen Creative Commons
karya ini dilesen dibawah satu Lesen Pengiktirafan 2.5 Malaysia Creative Commons.

Sabtu, 17 Julai 2010

Kelantan, Selangor Rebut Juara Liga.



Perjalanan Kelantan memburu kejuaraan Liga terbesar pertama dalam sejarah bola sepak negara masih lagi belum tertutup.

Masih ada empat perlawanan yang berbaki, Kelantan berada di laluan mudah untuk mengutip mata penuh dalam kesemua perlawanan sementelah pasukan Selangor pula sedang menghadapi situasi genting kerana melawan empat pasukan yang boleh dikatakan liat.

Menentang Kuala Lumpur, KL Plus dan T-Team dijangka tidak memberi sebarang masalah kepada anak buah B. Sathianathan untuk menang kecuali melawan Johor Fc di Pasir Gudang.

Berlainan di pihak Selangor, mereka perlu menundukkan Terengganu, Kedah, T-Team dan Pulau Pinang untuk menjuarai saingan Liga Super.

Melihat pada kedudukan, Selangor mendahului carta liga dengan mengutip 54 mata manakala Red Warriors pula mengekori rapat dengan 49 mata dan pasukan ketiga, Terengganu pula masih mencabar dengan 42 mata.

Pertarungan mendapatkan juara liga kini melibatkan Kelantan dan Selangor kerana dua pasukan ini menampilkan persembahan mantap selain mengekalkan corak permainan dari awal musim sehingga kini.

Lebih-lebih lagi Kelantan, hanya tewas sekali dalam saingan tetapi banyak tercicir mata kerana mencatatkan keputusan seri manakala pasukan Merah Kuning pula mencatatkan beberapa kemenangan penting namun semakin dihampiri apabila tunduk kepada Seladang tempoh hari.

Justeru itu, empat perlawanan terakhir menjadi pertaruhan buat dua pasukan ini untuk merebut kejuraan liga Malaysia.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Catatan Popular