KELATEBOLA

LESEN

Lesen Creative Commons
karya ini dilesen dibawah satu Lesen Pengiktirafan 2.5 Malaysia Creative Commons.

Ahad, 18 Julai 2010

Selangor kekal kuasai carta liga


PENGGEMPUR Kelantan, Akmal Rizal tampil hebat pada aksi menentang Kuala Lumpur malam tadi.


SELANGOR terus mengukuhkan kedudukan selaku pendahulu Liga Super, lapor HELMI TALKAH.

Skuad bimbingan K. Devan itu ternyata serius dalam usaha mereka mempertahankan kejuaraan musim lalu selepas mencatat kemenangan selesa 3-0 ke atas Pulau Pinang dalam aksi saingan liga di Stadium Shah Alam, malam tadi.

Bagaimanapun, skuad Gergasi Merah itu terpaksa menunggu sehingga minit ke-75 untuk membuka tirai jaringan menerusi tonggak pertahanan, Mohd. Nasriq Baharom.

Kapten, Mohd. Amri Yahyah menambah derita skuad Harimau Kumbang apabila menjaringkan gol kedua buat Selangor dua minit kemudian sebelum penyerang, Mohd. Safee Sali meledak gol ketiga pada minit ke-85.

Kemenangan tersebut sekali gus membolehkan Selangor kini mengumpul 58 mata, enam mata meninggalkan pencabar terdekat mereka, Kelantan yang setia berada di tangga kedua.

Di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, Cheras, Kelantan turut cemerlang untuk meraih tiga mata penuh apabila berjaya menewaskan tuan rumah, Kuala Lumpur 2-0.

Di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Terengganu tidak berdepan halangan sukar bagi mencatatkan kemenangan selesa ke atas Johor 2-0.

Di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi, Negeri Sembilan gagal memanfaatkan kelebihan beraksi di gelanggang sendiri apabila sekadar mencatatkan keputusan seri tanpa jaringan dengan Perak.

Di Stadium MBPJ, Kelana Jaya, pasukan pelawat, Kedah berjaya mengikat tuan rumah, KL Plus dengan keputusan seri 1-1.

Di Stadium Darul Makmur, Kuantan, Pahang mencatatkan kemenangan tipis ke atas Perlis 3-2.

Di Stadium JCORP, Pasir Gudang, hasrat T-Team untuk membawa pulang tiga mata penuh tidak kesampaian selepas sekadar seri 2-2 dengan Johor FC.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Catatan Popular