Hari Pertama-"Gamba Aku Ada Ko?" | ||
|
Hari pertama Karnival The Red Warriors meriah dengan kehadiran lebih 8000 orang pengunjung yang mengambil kesempatan cuti hujung minggu di Kelantan untuk bersantai sambil berhibur di Karnival yang pertama kali dianjurkan oleh kelab bola sepak di Malaysia dan telah tersenarai dalam "Malaysia Book Record" sebagai karnival pertama seumpamanya di Malaysia. Kemeriahan ini diserikan lagi dengan paparan foto-foto gergasi yang dicetak dan dipamerkan menggunakan hasil nurkilan foto peserta yang menyertai pertandingan foto yang dianjurkan KAFA-TRWC. Ada yang tersenyum bangga gambar contengan muka dan aksi-aksi mereka ketika perlawanan terpapar di gerai-gerai rasmi KAFA, namun ada juga yang masih tercari-cari gambar-gambar mereka dicelah-celah paparan gambar. "Gamba Aku Ada Ko?". Lebih 200 gerai telah dibuka dan mendapat sambutan hangat para pengunjung yang berpusu-pusu mendapatkan barangan percuma yang disediakan pemilik gerai. Selain itu terdapat pelbagai aktiviti diadakan bagi meraikan kedatangan pengunjung yang berminat menyertainya. Program ini telah berjaya mencapai matlamatnya, iaitu membawa The Red Warriors bersama masyarakat. Berhati-hati kepada pengunjung yang merancang untuk pulang ke kampung menyaksikan karnival ini kerana masih ada 4 hari lagi dan masih banyak aktiviti belum berlangsung. Kepada seluruh penduduk Kelantan yang masih belum berkunjung ke karnival, diharap boleh merancangnya dan menghadirkan diri hari ini kerana acara berlangsung sehingga pukul 12 malam. Pastikan gambar anda menjadi kandid para jurufoto yang berkeliaran di sekitar karnival....Maghi pakat gi karnival belako....
Sokong Bia Bijok , Napok Bijok , Betindok Bijok , Main Bijok , Bijok Sokmo...... Gomo Kelate Gomo |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan