Pengurusan Kawasan Penyokong Lemah | ||
Pengurusan stadium Selangor tidak belajar daripada pengalaman lepas dalam menyediakan tempat duduk penyokong apabila membiarkan kawasan penyokong Kelantan padat dengan penyokong dan duduk dikerusi basah sedangkan kawasan penyokong Selangor lengang daripada penyokongnya. Keadaan ini telah mencetuskan sedikit ketegangan di kalangan penyokong Kelantan yang menyeru lebih banyak ruang tempat duduk dibuka untuk penyokong Kelantan dan ianya berjaya diredakan dengan kehadiran polis FRU. Perkara ini sepatutnya tidak berlaku sekiranya pengurusan stadium Selangor boleh membahagikan kawasan penyokong bertentangan iaitu kawasan bersebelahan astaka diberikan sepenuhnya kepada salah satu pasukan melalui pintu masuk A dan melalui pintu masuk B iaitu satu kawasan pintu masuk sebelah TESCO diberikan sepenuhnya kepada salah satu pasukan. Sikap mengambil remeh perkara ini telah menyebabkan imej penyokong Kelantan sedikit tercemar dengan liputan media yang memandang serong tindakan yang dilakukan oleh penyokong Kelantan bukannya pada kelemahan pembahagian kawasan tempat duduk penyokong yang membiarkan penyokong Kelantan duduk di kawasan basah manakala penyokong Selangor selesa dengan ruang kosong yang kering dan banyak dikawasan berbumbung. Tindakan ambil mudah pengurusan stadium membawa padah kepada penyokong Selangor sendiri apabila 2 insiden mendapat perhatian polis kerana ada penyokongnya memulakan provokasi dengan menendang penyokong Kelantan yang masuk daripada pintu masuk bersebelahan penyokongya dan ada penyokongnya cuba memprovokasi dengan berlari ke kawasan Kelantan sambil mengejek penyokong Kelantan beberapa kali sehingga berjaya ditangkap polis. Sikap pengulas sukan siaran tv berbayar yang sering memberi ulasan memandang lekeh pemain dan penyokong Kelantan dalam setiap ulasan langsungnya juga menimbulkan kemarahan dikalangan penonton Kelantan yang rata-rata tidak berpuashati dengan sikap pengulas ini. Sampai bila pengulas untuk terus bersikap demikian? berapa banyak info atau iklan nasihat dikeluarkan oleh pihak media bagi membantu menangani masalah penyokong liar ini? Sikap pengadil yang dilihat berat sebelah juga banyak menimbulkan ketidakpuasan hati dikalangan penyokong Kelantan. Namun ada juga penyokong Kelantan dari Kota Bharu tergamam dan terkejut dengan sikap penyokong Kelantan sendiri yang jauh berbeza dengan penyokong Kelantan di Kota Bharu yang lebih berdisplin seperti tidak bermain mercun dan sudah boleh mengawal emosi ketika hadir ke stadium. Insiden mencabut kerusi stadium, letupan mercun, pergaduhan kecil diluar stadium dan yang terburuk seupamanya telah kembali mencemar imej KAFA yang sentiasa berusaha mengurangkan insiden-insiden berlaku dari penyokong Kelantan. Ada penyokong Kelantan berpendapat mereka yang masih lagi bermain mercun dan menimbulkan kekecohan adalah golongan yang jarang ke stadium dan tidak mendapat info tentang perkembangan kesedaran penyokong Kelantan di Kota Bharu malah lebih menyakinkan pendapat ini apabila ada penyokong Selangor yang sanggup memotong jarinya memberi pendapat yang sama dan menganggap golongan yang sering ke stadium membawa masalah ialah golongan yang buta internet dan teknologi maklumat. "Orang Kelantan ni kurang hiburan dan ada yang menganggap membelasah orang sebagai satu hiburan bagi mereka" keluh seorang penyokong Kelantan setelah melihat seorang remaja lembik dibelasah dan ada yang pecah cermin kereta akibat berlebihan menekan pedal minyak sehingga dianggap cuba memanaskan keadaan. Sikap ini mungkin sukar diubah dan memerlukan usaha seluruh penyokong untuk mengambil tanggungjawab bersama menasihati rakan-rakan yang terlalu emosional ini. Ucapan terima kasih dan tahniah kepada semua penyokong Kelantan yang telah berjaya membuktikan sokongan Kelantan lebih ramai di stadium Shah Alam sekaligus berjaya menundukkan keangkuhan penyokong Selangor yang sentiasa beranggapan sokongnya lebih ramai. Jangan lupa perlawanan sabtu ini menentang Kuala Lumpur juga penting bagi memastikan kemenangan berpihak kepada Kelantan. Ayuh!! dari Shah Alam kita meramaikan stadium bolasepak Cheras pula. Ayuh teruskan gelora dan gelombang ombak merah putih di Kuala Lumpur pula. GAMBAR INSIDEN YANG TIDAK BIASA DILIHAT KERANA SIKAP BERAT SEBELAH MEDIA
Sokong Bia Bijok , Napok Bijok , Betindok Bijok , Main Bijok , Bijok Sokmo...... Gomo Kelate Gomo |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan