KELATEBOLA

LESEN

Lesen Creative Commons
karya ini dilesen dibawah satu Lesen Pengiktirafan 2.5 Malaysia Creative Commons.

Isnin, 12 Julai 2010

Prebiu dan Analisis- Selangor VS Kelantan




Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Perlukan JavaScript untuk melihatnya

Kelantan dan Selangor membuktikan status mereka selaku dua pesaing terhebat Liga Super 2010 apabila terikat 1-1 di Stadium Shah Alam, malam tadi.

Mengimbau pertemuan sebelum ini, keputusan perlawanan pasti berpihak kepada Merah Kuning kerana bermain di arena sendiri, namun Kelantan menterbalikkan keadaan itu setelah jaringan Indra Putra pada minit ke-64 memadamkan jaringan cantik Amirul Hadi minit ke-57.


Bermula dengan kesebelasan terbaik, kedua-dua pasukan saling mengasak untuk memburu gol pendahuluan tetapi gagal dek kekentalan barisan pertahanan masing-masing.

Pada awal saingan, kelihatan Kelantan lebih berpeluang untuk menjaringkan gol namun Hamsani Ahmad banyak menyelamatkan gawang dari dibolosi pemain penyerang Kelantan.

Norfarhan pula banyak mengsia-siakan peluang di depan gawang walaupun mempunyai dua peluang keemasan untuk menjaringkan gol.

Kelantan turut dinafikan sepakan penalti oleh pengadil apabila terjahan lambat Khairul Annuar Baharom keatas Mohd Badri Radzi didalam kotak gagal dilihat sebagai satu bentuk kekasaran. Walau cuba dibantah pemain Kijang, pengadil bertegas dengan keputusan tersebut.

Berlainan dengan serangan Selangor ke kubu Red Warriors, mereka mempunyai banyak peluang untuk menjaringkan gol hasil serangan balas pantas selain kerap diberikan sepakan percuma dari penjuru kiri kanan pintu gol Kelantan.

Tetapi mereka gagal menterjemahkan peluang kepada jaringan. Peluang terbaik dimiliki apabila Amri Yah Yah gagal menolak masuk percubaan satu sama satu hasil dari kesilapan awal Khairul Fahmi yang menyepak kepada pemain Selangor.

Mereka turut menjaringkan gol namun dibatalkan pengadil apabila Amri Yah Yah terlebih dahulu terperangkap dengan offside trap yang dilakukan oleh pertahanan Kelantan.

Mereka turut kempunan apabila rangkaian Amirul Hadi dan Safee Salee kerap melakukan kesilapan menyebabkan bola yang sepatutnya disudahkan dengan baik terlepas begitu sahaja.

Pada babak kedua, Kelantan melakukan beberapa serangan ke kubu Selangor tetapi masih gagal memecahkan kebuntuan jaringan.

Amirul Hadi Zainal akhirnya berhasil untuk meletakkan tuan rumah didepan pada minit ke-57 apabila menyambung bola lantunan tandukan Subramaniam dan Farisham Ismail. Gol yang boleh dikira antara yang tercantik dalam liga Malaysia ketika ini kerana penjaga gol muda Sang Kijang, Khairul Fahmi hanya terpaku melihat bola sepakan separuh volley menggegar jaring.

Tidak menunggu lama, Kelantan mengatur gerak untuk mencari gol penyamaan dan mereka berhasil untuk menyamakan kedudukan pada minit ke-64 setelah Norfarhan Mohamed bijak melepasi kawalan pertahanan kanan sebelum membuat hantaran lintang kedalam kotak. Indra yang tidak dikawal menanduk masuk kedalam gawang menewaskan Hamsani Ahmad mengembirakan lebih 20 000 penyokong setia wira Merah.

Selepas gol itu, Kelantan mengandakan asakan untuk menjaringkan gol kedua tetapi peluang keemasan yang diperolehi Hairudin Omar dilepaskan. Hairudin yang merampas bola kawalan pertahanan Selangor hanya menyepak lob terus kepada Hamsani walau mempunyai opsyen untuk diberikan kepada S. Chanturu yang keseorangan.

Terlepas peluang tersebut, Kelantan terpaksa bertahan apabila jentera Selangor mula mengatur gerak untuk mendapatkan gol kemenangan.

Sepuluh minit terakhir, pemain Kelantan dilihat banyak bertahan apabila rangkaian penyerang Selangor kerapkali membolosi kawalan pemain Kelantan sebelum melakukan beberapa percubaan menarik yang mampu memberikan gol.

Antara percubaan Selangor ialah sepakan Amri di depan gawang melantun keluar selepas terkena palang dan satu percubaan satu lawan satu dengan Khairul Fahmi ditepis keluar.

Setelah tambahan masa empat minit, pengadil membunyikan wisel dengan keputusan penuh Kelantan mengikat Merah Kuning 1-1.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Catatan Popular