Kearah Transformasi Bolasepak Negara :Ep 1 | ||
|
Penarikan diri saudara Khairi Jamaluddin Abu Bakar dalam mempertahankan jawatan yang disandangnya sedikit sebanyak mengundang spekulasi. Bagi seorang yang mendapat mandat ini berdasarkan sikap passionate beliau adalah begitu mustahil baginya untuk melepaskan kedudukannya begitu sahaja. Bagaimana insan yang berpendirian tegas dan lantang seperti beliau gagal bertahan? Apakah yang terlalu tepu di dalam FAM yang membuatkan beliau berundur? Untuk rekod sebenarnya ada angin perubahan ketika belaiau bersama FAM, walaupun tidak kencang tetapi cukup untuk meredakan.. Pertandingan kali ini juga bakal terpahat dalam lipatan sejarah, seramai enam calon telah mengesahkan bertanding bagi merebut dua kerusi Timbalan Presiden. Manakala di peringkat Naib Presiden, akan berlaku pertembungan lapan penjuru untuk merebut empat tempat. Turut hangat ialah kerusi Ahli Eksekutif yang menetapkan sebanyak lapan tempat, tetapi seramai tiga belas calon telah mencuba nasib. Begitulah meriahnya bolasepak negara kita, bukan hanya di liga dan kejohanan sahaja begitu terasa keghairahannya, tetapi tidak kurang di pihak pengurusan dan pentadbiran bandan induk itu sendiri. Perlucutan jawatan Ketua jurulatih Skuad Harimau Muda A, Azraai Khor Abdullah pada ketika ini juga mengundang kesangsian terhadap kewibawaan badan induk bolasepak terbesar tanah air ini. Atas dasar apa beliau dilucutkan jawatan perlulah dijelaskan sehingga ke peringkat akar umbi. Kenapa jurulatih yang pernah membawa kejayaan tiga kali berturut-turut, kemudiannya tidak sampai tiga bulan bertugas di Slovenia telah lucutkan jawatan tetapi masih dibayar gaji. Rakyat dan peminat perlu mengetahui bagaimana duit cukai mereka dibelanjakan sedemikian oleh FAM. Ini akan menjamin intergriti dan kewibawaan badan itu sendiri. Bersambung........ Sokong Bia Bijok , Napok Bijok , Betindok Bijok , Main Bijok , Bijok Sokmo...... Gomo Kelate Gomo |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan