Kelab The Red Warriors KLIA Cipta Sejarah Penubuhan | ||
Kelab The Red Warriors KLIA merupakan sebuah kelab yang ditubuhkan oleh komuniti peminat The Red Warriors sekitar Sepang, Nilai dan KLIA. Kelab ini diterajui oleh Saudara Abd Aziz atau lebih dikenali Pak Chu Aziz dikalangan penduduk, ianya mula ditubuhkan pada bulan Febuari 2010 dan kini telah mencapai lebih 200 ahli yang berdaftar. Barisan pengurusan kelab ini diterajui dari kalangan berlainan latar belakang perkerjaan dan pendidikan.
Malam 2 Julai 2010 menjadi titik permulaan yang baik kepada kelab ini dalam siri jelajah pengambilan ahli baru di kawasan sekitar Nilai apabila berjaya mengumpul 2000 orang menghadiri majlis yang julung kali diadakan. Pada majlis ini pihak Kelab yang masih belum ada sebarang dana tajaan berjaya mengumpul duit sumbangan barisan pentadbiran untuk menaja makanan, minuman dan kumpulan dikir barat dengan jayanya. Pengunjung dihidangkan hidangan sate, bihun dan air secara percuma selain dihiburkan dengan kumpulan dikir barat.
Majlis ini juga turut diserikan dengan kehadiran 2 Duta THEREDWARRIORS.COM saudara Danny Xfactor dan Pekin Ibrahim serta majlis bertambah meriah dengan kehadiran YB Dato' Husam Musa yang sempat bersama selama 20minit sebelum berangkat ke luar negara. Kehadiran kombinasi artis dan ahli politik ini telah menyebabkan dewan ini penuh sesak dengan kehadiran orang ramai yang ingin melihat dari jarak dekat dan mengambil gambar. Ketika memberi ucapan sepatah dua kata, YB Dato' Husam terkejut dengan sambutan diluar dugaannya yang menjangkakan apabila berkaitan bolasepak kurang mendapat sambutan dan beliau juga mengalu-alukan keberanian anak-anak Kelantan dalam memimpin apa-apa kelab atau pertubuhan.
Saudara Noor Erma Faiz Izuan yang mewakili Tan Sri Annuar Musa dan selaku Penolong Pengarah Urusan dan Pengurus Korporat TRWC yang teruja dengan sambutan ini berjanji akan membawa pemain-pemain Kelantan untuk program kelab dan komuniti pada masa yang akan datang. Beliau juga mengalu-alukan penubuhan kelab The Red Warriors di daerah dan negeri lain. Turut hadir mewakili TRWC saudara Lihasrizad (Pengarah Urusan) dan saudara Mohd Ribhan (Pengurus Penghubungan Komuniti).
Untuk pengetahuan semua, sekiranya sesiapa yang berminat untuk menubuhkan kelab The Red Warriors di kawasan masing-masing amat dialu-alukan dan boleh merujuk kelab TRW KLIA sebagai panduan. Pihak The Red Warriors Malaysia dan THEREDWARRIORS.COM tidak akan terlibat dengan sebarang hal ehwal pengurusan, cuma akan terlibat dengan program, promosi, pengiklanan dan sokongan kepada kelab bagi memastikan The Red Warriors Malaysia sebagai akses utama untuk menyatukan semua komuniti.
Sekalung Tahniah kepada The Red Warriors KLIA.
Sokong bia bijok , napok bijok , betindok bijok , main bijok , bijok sokmo...... Gomo Kelate Gomo
Tiada ulasan:
Catat Ulasan