Ringkas: Kelantan, Selangor Terus Bersaing. | ||
|
Selangor masih mendahului dengan 57 mata di puncak liga setelah 23 perlawanan namun perlu melalui saingan getir kerana perlu menghadapi T-Team, Terengganu dan Kedah dalam laluan terakhir mereka.
Kelantan pula mengutip 52 mata tetapi berada dalam laluan mudah kerana dalam tiga perlawanan terakhir, mereka akan menjadi tuan rumah kepada KL Plus dan T-Team selain menghadapi saingan pasukan Johor Fc di Pasir Gudang.
Manakala Terengganu pula memungut 47 mata, selain melawan Merah Kuning, mereka menghadapi laluan Perlis dan KL Plus Fc.
Perlawanan terakhir malam tadi sebelum cuti rehat seminggu, Kelantan menewaskan Kuala Lumpur 2-0, Selangor membelasah Pulau Pinang 3-0 dan Terengganu menundukkan Johor Pasir Gudang 2-0.
Perebutan juara hanya tertumpu pada Selangor dan Kelantan namun Terengganu masih mempunyai peluang untuk memintas Sang Kijang di tangga kedua.
Sejurus saingan liga disambung kembali pada 28 Julai nanti, Selangor dan Kelantan pasti akan memberikan persembahan terbaik mereka untuk memungut mata penuh.
Perebutan juara dua pasukan ini sudah dijangka sejak dari permulaan liga apabila Sang Kijang dan Merah Kuning saling kejar mengejar dari segi pungutan mata.
Justeru itu, perlawanan selepas ini akan menentukan siapa yang layak menjadi juara dan siapa yang layak menjadi jaguh dalam arena bola sepak tanah air.
Sokong Bia Bijok , Napok Bijok , Betindok Bijok , Main Bijok , Bijok Sokmo...... Gomo Kelate Gomo
Tiada ulasan:
Catat Ulasan