KELATEBOLA

LESEN

Lesen Creative Commons
karya ini dilesen dibawah satu Lesen Pengiktirafan 2.5 Malaysia Creative Commons.

Ahad, 11 Julai 2010

Buku Bertemu Ruas

emel

Petemuan dua pasukan teratas Liga, Selangor dan Kelantan malam ini dianggap buku bertemu ruas, selepas kedua-dua pasukan mempamerkan aksi cemerlang dalam saingan Liga Super 2010. Pertembungan yang dilabel "match of the year" itu sudah pasti ditunggu-tunggu kedua penyokong Selangor mahupun Kelantan yang sudah pasti tidak sabar untuk melihat perhitungan kedua pasukan terbaik Liga Super itu. Apa yang pasti, dendam kekalahan Final Piala FA 2009 sudah pasyi mahu dibalas oleh pasukan Kelantan.

Selangor dilihat cukup gah di persada Liga Super dengan 53 mata hasil 17 kemenangan, 2 seri dan dua kekalahan. Rekod Selangor sedikit tercalar apabila tewas di tangan pasukan ketiga tercorot liga, Perak pada perlawanan lepas. Sudah pasti persembahan terburuk Selangor musim ini pada perlawanan menentang Perak itu mahu dilupakan segera dan bangkit menentang pasukan The Red Warriors yang dilihat semakin meningkat dari masa ke semasa. Untuk rekod, Selangor juga pernah tewas kepada pasukan Terangganu.

Bagi pasukan Kelantan, mereka turut cemerlang pada musim ini terutama pada pusingan kedua Liga Super. Pada saingan Liga Super 2010, kelantan hanya tewas sekali setakat ini iaitu kekalahan 0-1 kepada Kedah di laman sendiri yang sudah pasti diingati penyokong setia The Red Warriors apabila kesilapan mudah Syed Adney memberi kemenangan kepada pasukan Kedah. Namun, selepas itu, pasukan Kelantan, terutama B.Sathianthan dan Syed Adney dikecam hebat oleh segelintir penyokong The Red Warriors bangkit dari masa ke semasa dengan aksi yang lebih cemerlang. Walaupun Kelantan hanya kalah sekali, namun akibat badi seri pada awal musim menyebabkan Kelantan masih ketinggalan 5 mata di belakang pendahulu Liga Selangor.

Tapi, harus diingat, Kelantan sekarang bukan lagi Kelantan yang dulu. Kelantan sudah bangkit dan beraksi dengan cemerlang. Kelantan sudah menemui keserasian. Apa yang pasti, B.Sathianthan sudah membentuk skuad yang mantap dan meningkat dar masa ke semasa. Sekarang, Kelantan sudah mencapai sebagai sebuah pasukan yang disegani. Pasukan yang bergelar The Red Warriors ini juga boleh dianggap sebuah pasukan impian yang serba lengkap kerana bukan hanya kesebelasan utama sahaja yang boleh diharapkan, malah barisan simpanan juga siap sedia bila-bila masa untuk diturunkan malah turut digeruni lawan.

Bagi pasukan Selangor pula, mereka juga memiliki barisan yang sempurna dari setiap posisi termasuk pemain simpanan yang mampu beraksi cemerlang. Gandingan pemain baru dang berpengalaman Selangor dilihat cukup berkesan dengan aksi mereka gagal dicabar oleh pasukan lain di Liga Super kecuali Terengganu & Perak yang pernah menewaskan mereka. Selangor sudah pasti bersiap sedia untuk memenagi perlawanan malam ini kerana kekalahan boleh memberii lebih tekanan kepada mereka.

Oleh itu, pertemuan yang dianggap buku bertemu dengan ruas ini dilihat akan menunjukkan hala tuju saingan Liga Super 2010. Jika Selangor menang, mereka akan menjarakkan diri kepada 8 mata dimana hanya ada 4 sahaja baki perlawanan Liga Super. Dan jika Kelantan pula yang menang, sudah pasti saingan akan kembali terbuka dan memberi tekanan pada Selangor di mana Selangor hanya akan mempunyai kelebihan dua mata dan baki 4 perlawanan akan menjadi penentu siapa yang bakal bergelar juara Liga Super 2010. Sudah pasti, Kelantan akan cuba sedaya upaya untuk memenangi perlawanan tersebut dan tidak rela memberi laluan yang mudah untuk pasukan The Red Giants itu memenangi Liga Super 2010. ~GOMO KELATE GOMO

Sokong Bia Bijok , Napok Bijok , Betindok Bijok , Main Bijok , Bijok Sokmo...... Gomo Kelate Gomo

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Catatan Popular