Sorakan Perlu Diperkemaskan
Tidak dapat dinafikan penyokong Kedah dan Selangor mempunyai irama sorakan yang menarik tetapi lesu dari segi jumlah kehadirannya. Kehadiran penyokong The Red Warriors dianggap oleh para media sebagai penyokong paling setia, ramai dan hebat di Malaysia. Perubahan sikap penyokong The Red Warriors sebenarnya telah dihidu dan disaksikan oleh para petugas media namun bagi para editor media meletakkan isu-isu seperti ini tidak akan melariskan jualan media mereka dan tidak sensasi. Isu-isu negatif penyokong sahaja perlu dihebohkan, isu-isu positif disimpan sebagai arkib.
Boleh dikatakan penyokong Kelantan adalah antara penyokong yang paling banyak kelab penyokong, masing-masing ingin membawa entiti dan pengaruh sendiri serta susah untuk bersatu diluar stadium. Presiden KAFA Tan Sri Annuar Musa pernah ditanya berkaitan isu ini, dengan nada yang tenang beliau memberitahu sememang sikap dan perangai orang Kelantan sentiasa berfikir dia boleh buat apa yang orang buat dan masing-masing ingin ke depan mencari pengaruh, beliau berpendapat ada positif dan negatif dalam perkara ini. Perkara positifnya penyokong dan kelab sentiasa akan aktif menarik ahli dan memeriahkan bolasepak di Kelantan dan luar Kelantan. Perkara negatifnya dikalangan ketua dan yang berjawatan dalam kelab susah untuk bersama diluar stadium kerana menganggap musuh sesama mereka kelab yang berlainan tetapi dikalangan ahli tidak menjadi hal kesatuan mereka. Sepatutnya perkara ini tidak berlaku kerana ketua dan ahli jawatan kuasa perlu sentiasa memainkan peranan untuk mengukuhkan kesatuan diantara semua penyokong. Tidak perlu menjatuhkan atau memburukkan dikalangan kelab-kelab yang ada kerana setiap kelab mempunyai potensi masing-masing.
Pernah juga konti media TRWC menerima aduan ada kelab penyokong akan membuang pautan theredwarriors.com apabila setiap kali diletakkan oleh pengunjung forum mereka, bagi TRWC perkara-perkara seperti ini sedikit sebanyak mempamerkan sikap angkuh dan tidak boleh menerima hakikat www.theredwarriors.com adalah web rasmi KAFA dan dikunjungi oleh semua peminat tanpa mengira dari kelab mana mereka manakala kewujudan Facebook The Red Warriors Malaysia hanya sekadar tempat mengumpul dan bersembang semua komuniti penyokong Kelantan malahan kewujudannya bukan sebagai kelab penyokong yang perlu dirisaukan oleh sesetengah kelab penyokong Kelantan lain. Dengan ini TRWC menyeru kepada semua penyokong yang masih mempunyai tanggapan negatif diantara satu sama lain perlu dilenyapkan dan dibuang bagi memastikan kita mengakui potensi dan kelebihan yang dicipta oleh Illahi yang sejak azalinya berbeza antara 1 sama lain. Perlu diingatkan hanya 1 sorakan sahaja dapat menyatukan rakyat Kelantan iaitu sorakan GOLLLLLLLL!!!, peluang yang ada ketika sorakan ini perlu dimanfaatkan sepenuhnya oleh semua pihak tanpa mengira warna kulit, mata mahupun bangsa, parti politik dan keturunan.
Oleh itu pihak KAFA mengalu-alukan para pencipta lagu dan sebagainya berusaha untuk mencipta satu melodi sorakan yang indah dan dapat menyatukan seluruh rakyat Kelantan. Sorakan Gomo Kelate Gomo sekiranya diindahkan bersama lirik yang baik dan diedarkan kepada semua penyokong serta dimainkan berulang-ulang di media-media anak Kelantan, InsyaAllah akan mengwujudkan suasana harmoni seindah melodi sorakan penyokong liga inggeris. Terima Kasih kerana Terus menyokong media rasmi KAFA ini.
Sokong Biar Bijak, Dipandang Bijak, Bertindak Bijak, Main Bijak, Bijak Sokmooo...Gomo Kelate Gomo
LESEN
Sabtu, 8 Mei 2010
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Catatan Popular
-
Para penyokong bersabar dahulu.Gambar dibawah ini bukanlah gambar Official jersi Kelantan musim 2013 namun kemungkinan ianya direka send...
-
Syed Adney Wira The Red Warriors Syed Adney dijulang sebagai wira The Red Warriors apabila beliau berjaya menafikan sepakan penalti pada m...
-
Peluang Kelantan Uji Barisan Utama Harimau Muda A emel Share 5 Rekod perlawanan persahabatan Kelantan bertemu Harimau Muda pada 27/12/...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan