Kelantan Perlu Lebih Konsisten.
Andai aksi babak kedua menentang Perlis dipamerkan di Alor Setar tidak mustahil Red Warriors pulang hampa ditundukkan Kedah dalam saingan Liga Super 2010.
Perkara ini diakui sendiri Presiden KAFA, Tan Sri Annuar Musa kepada RedsFC-News selepas melihat aksi longlai pemain Kelantan sewaktu menumpaskan Singa Utara di Stadium Sultan Muhamad Ke-IV, Kota Bharu, malam semalam.
Skuad Kelantan dilihat memberikan persembahan baik pada separuh masa pertama sehinggakan pemain Perlis terpaksa bertungkus lumus untuk menyekat kemaraan pemain tuan rumah namun babak kedua mereka hilang tumpuan dan nyaris dihukum pasukan pelawat, jelas Annuar.
Saya kecewa dengan aksi mereka tetapi tidak menyalahkan mereka seratus peratus kerana kita perlu tahu bahawa faktor jadual padat menyebabkan pemain Kelantan keletihan.
Kita cuba baiki segala masalah dan saya akan menemui pemain untuk memberi sedikit motivasi kepada mereka agar merubah corak permainan untuk mencatatkan kemenangan keatas Kenari di gelanggang mereka.
Perlawanan menentang Perlis semalam, Kelantan mendahului 2-0 hasil jaringan penalti Norshahrul Idlan Talaha dan S. Chanturu sebelum penyerang Perlis, Wan Khairul Faiz merapatkan kedudukan pada awal babak kedua.
B. Sathianathan yang ditemui selepas perlawanan mengatakan skuad Kelantan tidak bermain baik pada separuh masa kedua tetapi yang penting, kita berjaya memungut tiga mata walaupun hanya dengan jaringan sedikit.
Perlis merupakan sebuah pasukan yang sukar untuk dikalahkan malah mereka berjaya mengawal permainan sebelum menjaringkan gol pertama.
Mengulas tentang Azizi Mat Rose, Sathianathan memuji pemain ini kerana menunjukkan semangat untuk bermain tetapi kita terpaksa mengeluarkannya lebih awal setelah melihat Azizi sedikit keletihan selepas bermain dalam kesebelasan utama secara berturut-turut.
Saya suka dengan semangat yang Azizi tunjukkan kerana ia bagus untuk pasukan, kata Sathianathan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan