Penyokong Red Warriors Anjur Program emel
Pertemuan hangat sejiran Kelantan, Terengganu menyerlahkan suasana panas di Kota Bharu beserta Lembah Klang setelah dikhabarkan ribuan penyokong bersedia membanjiri kawasan stadium seawal pagi esok dan beberapa venue berkumpul di luar Kelantan.
Pertemuan yang amat dinanti-nantikan selain kedudukan terkini kedua-dua pasukan dalam kancah Liga Super membangkitkan perasaan teruja dari peminat untuk mengikuti perlawanan di depan mata mereka sendiri.
Malah, beberapa program turut dianjurkan oleh Kelab Penyokong untuk menerbitkan suasana meriah Red Warriors di mana-mana tempat di seluruh negara.
Kelab Penyokong Rasmi Bola Sepak Kelantan (KPBSK) melalui laman web mereka http://Kelantanfafanclub.com tidak terkecuali untuk memeriahkan suasana apabila menganjurkan satu program bersama syarikat telekomunikasi Happy di perkarangan stadium Sultan Muhamad ke-IV, petang esok.
Menurut Setiausaha Kerja, Harun Ali, program dijangka bermula jam 5.30 petang dengan pelbagai tawaran menarik dikemukakan kepada peminat pasukan Kelantan.
Tawaran tersebut terbuka kepada semua ahli kelab dan juga bukan ahli kelab. Kepada ahli kelab, mereka hanya perlu membayar RM6 untuk mendapatkan sekeping tiket terbuka, baju T dan kemungkinan sekeping kad permulaan prabayar manakala bukan ahli turut dapat menikmati tawaran tersebut tetapi mereka dikehendaki membayar RM10.
Apa yang harus dilakukan, mereka perlu membawa satu salinan kad pengenalan beserta no telefon dan diberikan kepada mereka yang bertugas semasa program sedang dijalankan, katanya.
Tawaran adalah terhad dan kepada yang berminat untuk menikmati tawaran ini diminta datang awal ke kawasan program bagi mengelakkan sebarang masalah.
Sementara itu di sekitar Lembah Klang, satu program sorakan langsung akan diadakan penyokong pasukan Red Warriors bertempat di Restoran Nasi Ulam Ieda, Presint Diplomatik.
Menurut pengelola program, Mat Ja Abdul Malik, sorakan langsung ini bertujuan mengumpul peminat bola sepak Kelantan di sekitar ibu kota di satu tempat khusus untuk memberi sokongan kepada pasukan bola sepak negeri.
Semua penyokong Kijang dijemput hadir beramai-ramai ke majlis tersebut untuk memeriahkan suasana selain mengeratkan hubungan silaturahim sesama anak Kelantan di perantauan.
Untuk maklumat lanjut dan lokasi program bolehlah menghubungi Mat Jogho di talian 017-2409249, Mat Ja (019-9824551) dan Nik Pejal ( 016-9359549).
LESEN
Jumaat, 14 Mei 2010
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Catatan Popular
-
Para penyokong bersabar dahulu.Gambar dibawah ini bukanlah gambar Official jersi Kelantan musim 2013 namun kemungkinan ianya direka send...
-
Syed Adney Wira The Red Warriors Syed Adney dijulang sebagai wira The Red Warriors apabila beliau berjaya menafikan sepakan penalti pada m...
-
Peluang Kelantan Uji Barisan Utama Harimau Muda A emel Share 5 Rekod perlawanan persahabatan Kelantan bertemu Harimau Muda pada 27/12/...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan