KELATEBOLA

LESEN

Lesen Creative Commons
karya ini dilesen dibawah satu Lesen Pengiktirafan 2.5 Malaysia Creative Commons.

Ahad, 23 Mei 2010

The Red Warriors terus beri saingan emel

The Red Warriors meneruskan rentak cemerlang membenam cabaran pasukan Singa Utara dengan kemenangan tipis 2-1. Bermain dihadapan kira-kira 20 ribu penyokong setia The Red Warriors, Kelantan pada mulanya dilihat tidak mempunyai masalah untuk memperoleh kemenangan mudah apabila Kelantan mengusai keseluruhan separuh masa pertama.


Bermula pada minit ke-10, rembatan Badri Radzi dari luar kotak penalti berjaya ditangkap kemas oleh penjaga gol Perlis. 5 minit berselang, Kelantan berjaya mendapat sepakan percuma, namun sepakan Badri Radzi berjaya dinafikan. Pada minit ke-25, Norsharul berjaya menjaringkan gol pertama untuk Kelantan namun gol itu dibatalkan kerana beliau berada dalam kedudukan offside.

Tidak berputus asa, skuad The Red Warriors terus melancarkan serangan bertali arus ke kubu Pelis, dan hasilnya Kelantan dihadiahkan sepakan penalti apabila Norfarhan dijatuhkan di dalam kotak penalti. Penyerang prolifik Kelantan, Norshahrul Idalan Talaha tidak mensia-siakan peluang keemasan itu apabila mudah menolak masuk menewasakan Farizal Maslis untuk gol pertama Kelantan.

Selepas mendapat gol semangat itu, Kelantan terus mengasak kubu Perlis, dan hantaran cantik Daudsu disambut baik S Chanturu untuk meletakkan Kelantan selesa 2-0 pada minit ke 34. Tidak puas dengan jaringan itu, rembatan volley Norfarhan yang menerima hantaran Chanturu berjaya ditepis oleh penjaga gol Perlis. Pada minit-minit akhir pada separuh masa pertama, sekali lagi percubaa Norshahrul ditepis kemas penjaga gol Perlis.

Bermula separuh masa kedua, Kelantan dilihat bermain hambar, dan kesempatan itu diambil oleh pasukan Perlis apabila Wan Khairul Faiz merapatkan jurang gol untuk gol pertama Perlis pada minit ke-50.

B.Sathianthan membuat perubahan drastik apabila mengeluarkan pertahanan kental Azizi Mat Rose digantikan dengan Rizal Fahmi, dan juga memasukkan Akmal Rizal bagi menggantikan Badri Radzi. Tindakan Sathia mengeluarkan Azizi mendapat reaksi negatif penyokong malah pemain itu sendiri dilihat sedikit tidak berpuas hati apabila beliau dikeluarkan. Perlawanan berakhir dengan Kelantan menagatasi Pelis 2-1.

Mengulas mengenai perlawanan, Sathia mengakui pasukan Kelantan bermain dengan agak tidak baik pada malam ini, terutama pada separuh masa kedua. Tapi baginya, perkara paling penting pada malam ini, Kelantan berjaya mengutip tiga mata penuh bagi mencabar pendahulu liga Selangor.

Ditanya mengenai tindakan beliau mengeluarkan Azizi Mat Rose, beliau menjelaskan terpaksa mengeluarkan Azizi untuk mengukuhkan benteng pertahanan apabila beliau melihat Azizi sedikit keletihan selepas bermain dalam kesebelasan utuma secara berturut-turut. Mengulas mengenai reaksi Azizi selepas beliau dikeluarkan, B.Sathianathan menganggap reaksi pemain itu menunjukkan beliau seorang pemain yang sentiasa bersemangat untuk bermain.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Catatan Popular