KELATEBOLA

LESEN

Lesen Creative Commons
karya ini dilesen dibawah satu Lesen Pengiktirafan 2.5 Malaysia Creative Commons.

Rabu, 12 Mei 2010

Kijang Amuk Sang Jengking.

Kelantan meneruskan rentak kemenangan apabila membelasah Johor 4-1 di Stadium Larkin, Johor Bharu, malam tadi.

Bermain dalam keadaan padang basah yang ditakungi air akibat hujan lebat sebelum perlawanan tidak mendatangkan masalah kepada Kelantan untuk menyengat Jengking di arena mereka.

Menurunkan kesebelasan yang tidak jauh beza ketika diikat Pahang beberapa hari lalu memberikan kelebihan kepada Kelantan untuk mengasak Johor.

Sepuluh minit pertama, banyak kekasaran dilakukan pemain kedua-dua pasukan akibat dari padang basah.

Johor lebih berpeluang didepan apabila banyak mengasak namun Kelantan terselamat apabila bola percubaan mereka tersekat dengan padang becak.

Azizi pula terlepas menjaringkan gol apabila gagal menampan dengan kemas bola sepakan percuma Mohd Badri Radzi manakala Norfarhan pula gagal meletakkan bola kedalam jaring walau hanya berhadapan dengan penjaga gol Johor.

Kelantan akhirnya didepan apabila Badri Radzi memanfaatkan sepakan percuma didepan gawang Johor untuk gol pertama pada minit ke-16.

Gol Badri Radzi tidak bertahan lama apabila Johor berjaya menyamakan kedudukan pada minit ke-21 melalui jaringan pemain berjersi no9 yang mengambil peluang keadaan kelam kabut didepan pintu gol Kelantan.

Minit ke-32, Kelantan dihadiahkan sepakan penalti dan Indra Putra yang diberi tugas mengambil sepakan tidak mensia-siakan peluang tersebut untuk gol kedua Kelantan.

Badri Radzi membuktikan ketajamannya dalam sepakan percuma apabila menjaringkan gol ketiga Kelantan pada minit ke-45 mengembirakan hampir 100 penyokong setia Sang Kijang yang bertandang ke Larkin.

Pada babak kedua, Kelantan menambah satu gol melalui jaringan Hairudin Omar pada minit ke-78, lapan minit selepas dimasukkan mengantikan pemain sayap, Norfarhan Mohamad.

Sumber: Shalaby
Diedit: RedsFC-News kedalam bentuk berita.

Rumusan:

Kelantan bangkit dari kekecewaan di Kuantan untuk membenam cabaran Sang Jengking. Satu keputusan dalam jangkaan kerana lawan yang dihadapi masih lagi bertatih mencari rentak setelah mengalami pertukaran jurulatih.

Taktikal B. Sathianathan melakukan sedikit pertukaran di posisi penyerang bagaimanapun tidak memberi kesan kepada corak serangan Kelantan apabila Norshahrul Idlan dan S. Chanturu gagal melakukan jaringan seperti yang diharapkan.

Cuma, Kelantan lebih bernasib baik menjaringkan gol melalui situasi bola mati pada babak pertama apabila Badri Radzi melakukan dua jaringan hasil sepakan percuma manakala Indra Putra menjaringkan melalui sepakan penalti.

Tiga gol separuh babak tersebut membunuh semangat pemain Johor untuk mencari sekurang-kurangnya satu mata.

Johor yang dibimbing Edres Selamat bagaimanapun bukan calang-calang pasukan kerana mereka berjaya membenam Perlis dan Pahang. Mungkin kekalahan mereka malam ini dihadapan penyokong sendiri bukan disebabkan kehebatan Kelantan tetapi tiada nasib akibat keadaaan padang becak selepas hujan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Catatan Popular