KELATEBOLA

LESEN

Lesen Creative Commons
karya ini dilesen dibawah satu Lesen Pengiktirafan 2.5 Malaysia Creative Commons.

Rabu, 12 Mei 2010

Kelantan terus ekori Selangor

Anak buah Sathia mudah benam Johor di atas padang becak di Stadium Larkin

KELANTAN terus mengekori dua mata di belakang Selangor selepas menewaskan Johor 4-1 dan kini 32 mata dalam satu-satunya aksi Liga Super di Stadium Tan Sri Hassan Yunus, Larkin, malam tadi.
Beraksi di padang becak, tuan rumah lebih awal mencemaskan pelawat pada minit kelima selepas gerakan Rosaiful Nizam Omar menewaskan penjaga gol Kelantan, Syed Adney Syed Hussein tetapi sempat ditanduk keluar Azizi Mat Rose.
Namun anak buah B Sathianathan terlebih dulu memecah kebuntuan pada minit ke-15 menerusi sepakan percuma Mohd Badhri Mohd Radzi dari jarak 25 meter yang tepat menerjah jaring menewaskan penjaga gol Johor, Md Amrol Jaihan.

Rosaiful Nizam yang gagal menterjemah peluang di awal perlawanan menebus kehampaan itu pada minit ke-21 apabila menggunakan peluang ketika kekalutan di dalam kotak penalti dengan rembatan kencang untuk mengikat kedudukan 1-1.

Malang mula menimpa Johor apabila pengadil, Lismotia Mohem Mohd Tisan menghadiahkan sepakan penalti buat Kelantan pada minit ke-32 selepas bola terkena tangan L Ragesh di dalam kotak penalti dan Indra Putra Mahayuddin mudah menyempurnakannya untuk meletakkan pelawat di depan.

Kelantan terus selesa menjelang rehat apabila Mohd Badhri sekali lagi menggegar gawang menerusi sepakan percuma dari luar kotak penalti pada minit ke-44.
Derita tuan rumah berterusan pada minit ke-77 selepas Mohd Radzi Jasman tersilap melakukan tertampan ke gawang sendiri ketika cuba mengeluarkan hantaran lintang Norshahrul Idlan Talaha, sekali gus memastikan dominasi Kelantan di gelanggang lawan.
Admax Supports Eco-Living . Click here for 10 easy things you can do today to go green!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Catatan Popular