Kelantan gagal rampas persada Liga Super
NORSHAHRUL Idlan Talaha melepasi penjaga gol Terengganu, Md Sharbinee Allawee untuk menjaringkan gol kedua Kelantan di Kota Bharu, malam tadi.
- SELANGOR bangkit daripada ketinggalan dua gol untuk meraih kemenangan 4-2 ke atas Negeri Sembilan, malam tadi - sekali gus mengekalkan kelebihan tiga mata selaku pendahulu ke atas pesaing terdekat, Kelantan dalam saingan Liga Super.
- Kelantan yang meraih kejayaan 3-0 ke atas Terengganu mengharapkan ihsan Negeri Sembilan untuk merapatkan jurang dengan pendahulu dan juara Piala FA itu membantu dengan mendahului 2-0 menerusi jaringan Idris Karim pada minit ke-29 dan Shahurain Abu Samah tiga minit kemudian. Stadium Sultan Mohd IV, Kelantan mengesahkan kemenangan menerusi jaringan sendiri kapten Terengganu, Marzuki Yusoff pada minit ke-29, disusuli rembatan kencang Indra Putra Mahayuddin selang dua minit kemudian sebelum Norshahrul Idlan Talaha menyempurnakan penalti pada minit ke-35.
- Di Stadium JCorp, Johor FC melonjak ke tempat ketiga selepas menundukkan Perlis, 2-1. Tuan rumah dikejutkan dengan jaringan pelawat pada minit ketujuh menerusi sepakan deras Mohd Fakri Saraani namun anak didik Ramlan Rashid bangkit menyamakan jaringan pada minit ke-27 oleh Mohd Khairul Ismail sebelum Mohd Ezaidy Khadar menanduk bola masuk selang tiga minit kemudian untuk menemui semula rentak kemenangan.
- Dalam perlawanan lain, T-Team meraih kemenangan 1-0 ke atas Kuala Lumpur, Kedah menewaskan Johor 1-0 dan KL Plus mengalahkan Pulau Pinang 4-0.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan