KELATEBOLA

LESEN

Lesen Creative Commons
karya ini dilesen dibawah satu Lesen Pengiktirafan 2.5 Malaysia Creative Commons.

Isnin, 31 Mei 2010

Kelantan bangkit kutip tiga mata


KELANTAN masih enggan menyerah kalah daripada memburu gelaran Liga Super apabila bangkit selepas ketinggalan satu gol untuk membenam Pulau Pinang 3-1 dalam aksi Liga Super di Stadium Batu Kawan malam ini.

Kemenangan berkenaan membolehkan Kelantan mengumpul 42 mata namun kekal lapan mata di belakang pendahulu, Selangor yang turut mencatat kemenangan dengan membenam Perlis 2-0 di Stadium Shah Alam.

Kelantan yang terdesak untuk mengutip tiga mata penuh bagi merapatkan jurang mata dengan Selangor tersentak dengan gol awal tuan rumah melalui Chun Ken Hong pada minit ke-23.

Bagaimanapun skuad bimbingan B Sathianathan itu bangkit dengan tiga gol pada separuh masa kedua melalui jaringan Hairuddin Omar (m-66), Akmal Rizal Ahmad Rakhli (m-75) dan Che Hishammuddin Hassan (m-88).

Kelantan akan berdepan Perak di kota Bharu Selasa ini pada hari terakhir sebelum Liga Super berehat untuk memberi laluan kepada kejohanan Piala Dunia di Afrika Selatan.

Selangor pula berdepan Johor di tempat lawan.

Cabaran Utara Diharungi dengan Cemerlang

Kelantan bangkit dari ketinggalan untuk membenam Pulau Pinang
di Stadium Batu Kawan, malam semalam.



Kelantan mengutip tujuh mata dari tiga perlawanan menentang skuad berpengkalan di utara dalam saingan Liga Super.

Menewaskan Perlis dan Pulau Pinang serta mencatatkan seri dengan Kedah mengukuhkan kedudukan Kelantan di tangga kedua di belakang Selangor setelah jiran tetangga dari pantai timur, Terengganu gagal menggunakan peluang untuk merapatkan mata.

Walaupun begitu, kemenangan yang diraih dalam dua perlawanan tidak diperolehi dengan mudah kerana skuad Red Warriors diberi tentangan sengit sebelum mencapai mata yang ditawarkan.

Pertemuan dengan Perlis, Kelantan sedikit pincang dan hanya bernasib baik untuk mengutip mata penuh manakala kemenangan membenam Harimau Kumbang pula diraih melalui sentuhan penyerang yang dikritik hebat, Hairudin Omar dan Akmal Rizal Rakhli.

Keputusan seri melawan Kedah pula dianggap adil kerana Hijau Kuning melebarkan rekod dua kali seri dan sekali menang melawan Kelantan pada musim ini.

Ketika saingan berbaki tujuh perlawanan, kedudukan Kelantan di tangga kedua mungkin sedikit selamat seandainya empat perlawanan di Kota Bharu selepas ini, Sang Kijang dapat mengutip mata maksimum dan cuba mencari mata dari tiga perlawanan di luar.

Semestinya Kelantan mengharapkan Selangor tercicir mata untuk merapatkan kedudukan namun dalam bola sepak, para pemain tidak harus terlalu memikirkan kejuaraan kerana ia tidak bagus kepada skuad.

Justeru itu, satu lagi perlawanan menentang skuad dari utara, Perak di Kota Bharu harus diharungi dengan cemerlang.

Kemenangan yang diraih keatas Seladang mungkin akan memberikan tekanan kepada Selangor yang sudah merekodkan 10 kemenangan secara berturutan.

Fokus dan kekuatan mental menjadi kunci utama untuk mengekalkan tahap sekarang. Usah fikir akan kejuraan, teruskan bermain seperti biasa dan cuba kekalkan kedudukan kini dari dipintas pasukan tetangga lain.

Ahad, 30 Mei 2010

Red Warriors Bangkit Benam Pulau Pinang.




Ketinggalan pada babak pertama tidak menghalang Kelantan untuk bangkit mengejar sebelum menundukkan Harimau Kumbang 3-1 di Stadium Batu Kawan dalam saingan Liga Super.

Gol-gol jaringan Hairudin Omar, Akmal Rizal Rakhli dan Che Hishamudin Hassan memberikan Kelantan tiga mata berharga.

Permulaan babak pertama, perlawanan dilangsungkan dalam keadaan hujan lebat beserta angin kencang memaksa kedua-dua pasukan bermain dalam keadaan berhati-hati.

Pulau Pinang menggunakan kelebihan beraksi di gelanggang sendiri apabila mengejutkan benteng Kelantan dengan beberapa serangan berbahaya melalui rangkaian S. Veenod dan Mohd Failee Ghazali.

Akhirnya Harimau Kumbang didepan pada minit ke-22 apabila Chung Keng Hong memanfaatkan kesilapan S. Subramaniam yang gagal menampan kemas bola lintang terus kepada pemain ini yang merembat dari jarak dekat menewaskan Khairul Fahmi Che Mat.

Bagaikan bangkit dari lena, Kelantan mula mengatur gerakan untuk memburu gol penyamaan namun digagalkan dengan ketumpulan jentera penyudah disamping kesilapan yang sering dilakukan oleh pemain Sang Kijang.

Kelantan berpeluang untuk menyamakan kedudukan pada minit ke-32 apabila Akmal Rizal yang mendapat bola dalam kotak penalti menyepak lemah terus ke tangan penjaga gol Pulau Pinang, Amir Omar Khata.

Tidak mengalah dengan asakan Kelantan, Pulau Pinang turut melakukan satu gerakan berbahaya melalui S. Veenod yang melepasi kawalan S.Subramaniam pada minit ke-35 namun Khairul Fahmi lebih bersedia menerkam untuk menyelamatkan keadaan.

Pulau Pinang sekali lagi mengsiakan peluang terhidang pada minit ke-38, kali ini Mohd Failee Ghazali gagal melepaskan sepakan padu walau berkedudukan baik untuk menjaringkan gol.

Akhir babak, kelihatan pemain Pulau Pinang mulai selesa dengan kelebihan satu gol apabila hampir kesemua pemain tuan rumah berada dalam kawasan sendiri berkampung untuk mengeluarkan bola ketika Kelantan rancak menyerang melalui rangkaian Idlan Talaha, Norfarhan dan Akmal Rizal.

Bersambung babak kedua, Kelantan mengubah corak taktikal apabila memasukkan Hairudin Omar mengantikan Norshahrul Idlan Talaha yang mengalami sedikit kecederaan betis.

Kemasukan Hairudin menyerlahkan penguasaan Kelantan dalam cuaca berangin apabila serangan bertali arus dilakukan memaksa Amir Omar Khata kerap kali cemas dengan asakan yang dilakukan.

Peluang Kelantan menyamakan kedudukan diperolehi S. Chanturu pada minit ke-52 namun pemain ini memilih untuk menyepak tinggi.

Chanturu sekali lagi menyepak liar bola lintangan dari Daudsu Jamaludin selang beberapa minit kemudian manakala satu sepakan kencangnya dari jarak dekat pada minit ke-60 pula tangkas ditepis Amir Omar Khata disaat pertahanan Pulau Pinang kelihatan terdesak akibat serangan Kelantan.

Memburu jaringan, B. Sathianathan memilih untuk memasukkan Khairan mengantikan Badri Radzi dan kemasukan pemain ini menyuntik sedikit perubahan di kawasan tengah dengan aksi mantap dan keras.

Kelantan akhirnya menyamakan kedudukan pada minit ke-66 apabila gerakan solo yang dilakukan Akmal Rizal gagal dipintas pertahanan Pulau Pinang dan pemain ini tangkas menyepak ke gawang namun berjaya ditampan penjaga gol sebelum bola yang bergolek ke kaki Hairudin disambung deras gagal diselamatkan Amir Omar Khata.

Mendapat gol semangat, Kelantan terus mengandakan asakan untuk mencari gol kedua. Asakan bertali arus memaksa pertahanan tuan rumah melakukan beberapa kesilapan mudah dan hasilnya, Akmal Rizal berjaya melakukan satu tandukan terbang didepan gawang pada minit ke-75 untuk gol kedua Kelantan.

Gol tersebut tidak mematahkan semangat melawan Harimau Kumbang apabila gerakan Mohd Failee dengan bantuan Wan Hoesne dan Thinagaran hampir menghukum pasukan Kelantan namun gerakan mereka berjaya dipatahkan dengan kekentalan Azizi serta Daudsu selain percubaan lemah terus ke dakapan Khairul Fahmi.

Walaupun mendahului, Kelantan tetap tidak memperlahankan serangan malah sentiasa memberi ancaman ke kubu pasukan tuan rumah.

Che Hishamudin yang dimasukkan mengantikan S. Chanturu melengkapkan malam kebangkitan Kelantan dihadapan 500 penyokong Red Warriors apabila menjaringkan gol ketiga pada minit ke-88. Gol berpunca dari gerakan Akmal dan Hairudin Omar sebelum Che Hishamudin yang berada di dalam kotak penalti menyambar dan terus menyepak leret ke penjuru kiri pintu gol Pulau Pinang.

Dua kad kuning dilayangkan pengadil perlawanan, Anuar b. Che Hussien kepada Pulau Pinang dan Kelantan.

Pulau Pinang: Redzuan Abdullah
Amir Omar Khata (gk), Khairul Iskandar (c), Suhaidi Akmal, Mohd Idzwan, Muhamad Wazir, A. Jaganathan (S. Thinagaran), Chun Keng Hong, Mohd Failee, S. Veenod, Zainudin Abidin (Syamil Masdhoki) dan K. Kuyilan.

Kelantan: B. Sathianathan
Khairul Fahmi (gk), Azizi Mat Rose, S. Subramaniam, Mohd Farisham Ismail, Shakir Shaari, Norshahrul Idlan (Hairudin Omar), Norfarhan Mohamed, Chanturu (Che Hishamudin), Akmal Rizal, Daudsu Jamaludin dan Badri Radzi (c) (Khairan Eroza)

Pemain Terbaik Perlawanan (Pihak Media Trw.FM dan Media Harian)
Akmal Rizal Ahmad Rakhli
Tentera Merah Serbu Batu Kawan.

Merah menyala Baju Sang Penyokong Melanda Stadium Batu Kawan.

RedsFC
Redskelate@yahoo.com.my


Masih lagi berkeyakinan dengan kekuatan pasukan, ribuan penyokong Red Warriors bertumpu di Stadium Batu Kawan untuk menyaksikan sendiri perlawanan Liga Super melawan Pulau Pinang.

Dari Kota Bharu hampir 30 buah kereta dan dua buah bas akan bertolak kesana seawal jam 8 pagi manakala di Kuala Lumpur puluhan kereta akan bertandang disamping beberapa buah bas yang disediakan kelab peminat bola sepak Kelantan di Ibu Kota.

Selain itu, ratusan penyokong yang berada di sekitar tiga buah negeri di utara turut akan hadir memberikan sokongan tidak berbelah bahagi kepada pasukan Kelantan.

Kehadiran penyokong Kelantan ke venue perlawanan memberikan gambaran awal bahawa Stadium lawan akan bergema sekali lagi dengan sorakan 'Gomo Kelate Gomo'.

Jika dahulu, arena Harimau Kumbang kurang mendapat sambutan dari Tentera Merah namun kali ini ia menjadi tempat berkumpul peminat setia dari serata negeri untuk bersama pasukan mengharungi 90 minit masa yang diperuntukkan.

Menurut Kelab Penyokong Rasmi Bola Sepak Kelantan (KPBSK), kehadiran penyokong Sang Kijang ke Utara tanahair disifatkan mampu memberikan semangat tambahan kepada anak didik B.Sathianathan sementelah pula perlawanan sebelum ini hanya beberapa kerat sahaja yang hadir memberikan sokongan.

Walaupun menentang pasukan yang berada di kelompok tercorot, semangat penyokong Kelantan untuk hadir tidak pudar malah semakin bertambah.

Cuma dinasihatkan penyokong Kelantan yang hadir bertandang dengan niat untuk memberikan sokongan padu kepada pasukan bukan untuk mencetuskan pergaduhan seperti perlawanan musim lalu.

Sokongan yang diberikan biarlah mampu memberikan rasa seriau kepada pemain tuan rumah agar terkaku tidak mampu berbuat apa-apa walau beraksi di gelanggang dan dihadapan penyokong sendiri.

Kelantan FA terus menghambat pendahulu Liga Super iaitu Selangor setelah mencatatkan keputusan 3 – 1 menewaskan Penang. Kelantan terlebih dahulu tersentak apabila pemain penang menjaringkan gol seawal minit ke 23. Kelantan hanya menyamakan kedudukan pada minit ke 67, jaringan daripada hairuddin omar, kemudian Sang kijang terus mengganas apabila Akmal Rizal menjaringkan gol ke dua kelantan.

Kemasukan Che Hishammudin menggantikan Chanturu memberi kelebihan buat kelantan apabila pemain yang di gelar “Messi Kelantan” itu menjaringkan gol ketiga untuk kelantan.

Penang FA v Kelantan FA

Stadium Batu Kawan, Pulau Penang

Sabtu : 8.45MALAM : 29 MAY 2010

Sabtu, 29 Mei 2010

Kelantan Tak Rela Hilang Mata PDF Cetak Emel
Ditulis oleh Kosmo
SATURDAY, 29 Mei 2010 10:29


INDRA (kanan) tidak dapat beraksi malam ini kerana menjalani penggantungan perlawanan.

KELANTAN tidak rela kehilangan tiga mata apabila berdepan pasukan di tangga tercorot Liga Super, Pulau Pinang di Stadium Negeri Batu Kawan, Pulau Pinang malam ini.

Meskipun turun tanpa khidmat kapten, Indra Putra Mahyuddin yang digantung satu perlawanan akibat mengumpul tiga kad kuning, ia tetap tidak merencatkan perancangan skuad Wira Merah itu untuk mencipta kemenangan di gelanggang lawan.

Jurulatih B. Sathianathan ketika dihubungi berkata, beliau tidak ada masalah untuk mencari pengganti Indra Putra dalam kesebelasan yang akan diturunkan pada perlawanan itu malam ini.

Menurutnya, beliau mempunyai kepercayaan penuh terhadap semua pemainnya dan siapa sahaja yang akan diturunkan, mampu mempamerkan aksi terbaik.

"Inilah masanya untuk mereka membuktikan kebolehan masing- masing terutama pemain simpanan.

"Saya berharap pemain dapat memberikan yang terbaik dan sentiasa fokus sepanjang perlawanan berlangsung," katanya.

Tambahnya, tiada lagi alasan buat anak-anak buahnya untuk tidak beraksi cemerlang pada perlawanan malam ini kerana mereka semua tahun tentang sasa- ran pasukan.

"Namun, saya tetap mengingatkan mereka agar jangan mengambil mudah perlawanan ini kerana Pulau Pinang pasti akan turun bermati-matian.

"Untuk mencapai kemenangan, pemain perlu memanfaatkan setiap peluang yang terhidang untuk memastikan tiga mata berharga milik kami," ujarnya.

Jelasnya, walaupun Pulau Pinang bukan sebuah pasukan yang kuat, namun dalam bola sepak apa-apa pun boleh terjadi.

Ditanya mengenai kemungkinan berlaku rombakan dalam kesebelasan utamanya, Sathianathan memberitahu, Akmal Rizal Rakli bakal bergandingan dengan Nor Shahrul Idlan Talaha untuk mengemudi barisan serangan.

"Saya harap dia (Akmal) dapat menggunakan peluang ini sebaik mungkin untuk membuktikan ketajaman penyudahnya," katanya.


Kelantan Tak Rela Hilang Mata PDF Cetak Emel
Ditulis oleh Kosmo
SATURDAY, 29 Mei 2010 10:29


INDRA (kanan) tidak dapat beraksi malam ini kerana menjalani penggantungan perlawanan.

KELANTAN tidak rela kehilangan tiga mata apabila berdepan pasukan di tangga tercorot Liga Super, Pulau Pinang di Stadium Negeri Batu Kawan, Pulau Pinang malam ini.

Meskipun turun tanpa khidmat kapten, Indra Putra Mahyuddin yang digantung satu perlawanan akibat mengumpul tiga kad kuning, ia tetap tidak merencatkan perancangan skuad Wira Merah itu untuk mencipta kemenangan di gelanggang lawan.

Jurulatih B. Sathianathan ketika dihubungi berkata, beliau tidak ada masalah untuk mencari pengganti Indra Putra dalam kesebelasan yang akan diturunkan pada perlawanan itu malam ini.

Menurutnya, beliau mempunyai kepercayaan penuh terhadap semua pemainnya dan siapa sahaja yang akan diturunkan, mampu mempamerkan aksi terbaik.

"Inilah masanya untuk mereka membuktikan kebolehan masing- masing terutama pemain simpanan.

"Saya berharap pemain dapat memberikan yang terbaik dan sentiasa fokus sepanjang perlawanan berlangsung," katanya.

Tambahnya, tiada lagi alasan buat anak-anak buahnya untuk tidak beraksi cemerlang pada perlawanan malam ini kerana mereka semua tahun tentang sasa- ran pasukan.

"Namun, saya tetap mengingatkan mereka agar jangan mengambil mudah perlawanan ini kerana Pulau Pinang pasti akan turun bermati-matian.

"Untuk mencapai kemenangan, pemain perlu memanfaatkan setiap peluang yang terhidang untuk memastikan tiga mata berharga milik kami," ujarnya.

Jelasnya, walaupun Pulau Pinang bukan sebuah pasukan yang kuat, namun dalam bola sepak apa-apa pun boleh terjadi.

Ditanya mengenai kemungkinan berlaku rombakan dalam kesebelasan utamanya, Sathianathan memberitahu, Akmal Rizal Rakli bakal bergandingan dengan Nor Shahrul Idlan Talaha untuk mengemudi barisan serangan.

"Saya harap dia (Akmal) dapat menggunakan peluang ini sebaik mungkin untuk membuktikan ketajaman penyudahnya," katanya.


Jumaat, 28 Mei 2010

Kita Masih Ada Peluang : Sathianathan





Indra Putra Mahayuddin terpaksa diketepikan kerana digantung satu perlawanan setelah mengutip tiga kad kuning.

KOTA BHARU – Ketua Jurulatih Kelantan, B Sathianathan tidak menganggap keputusan seri tanpa jaringan dengan Kedah pada perlawanan Liga Super di Stadium Darul Aman, Alor Setar malam semalam membantut hasrat Kelantan untuk memburu kejuaraan liga pada musim ini.

Sebaliknya, B Sathianathan secara positif tetap mempertahankan prestasi cemerlang anak buahnya meskipun sekadar mencatatkan keputusan seri dengan pasukan tuan rumah.
“Keputusan seri ini saya rasa adil bagi walaupun kedua-dua pasukan turun dengan misi yang berbeza untuk mencatatkan kemenangan,”katanya sewaktu dihubungi Sinar Harian semalam.

“Persembahan kita pada separuh masa pertama kurang baik, banyak hantaran kurang tepat dilakukan oleh pemain kita. Walaubagaimanapun, kita berjaya menemui kembali rentak permainan pada separuh masa kedua.

“Sekurang-kurangnya empat peluang yang terhidang pada separuh masa kedua disia-siakan oleh jentera serangan Kelantan. Saya kira kegagalan kombinasi bahagian serangan dan tengah memanfaat peluang tersebut menafikan peluang kita untuk mengutip tiga mata di Alor Setar.

Menurut Sathianathan, pemain Kelantan mungkin sedikit tertekan dengan kedudukan Kelantan ditangga kedua liga yang kini sedikit ketinggalan daripada pendahulu liga, Selangor dengan kelebihan lapan mata dihadapan.

“Pemain mungkin kecewa dengan keputusan seri ini, tetapi saya ingatkan kepada pemain saya, usah pedulikan dengan reputasi Selangor pada ketika ini. Apa yang penting, kita perlu mengekalkan momentum kemenangan pada setiap perlawanan melibatkan pasukan kita dan bukannya pasukan lain.

“Kita masih ada baki lapan lagi perlawanan yang perlu diharungi. Apa-apa pun boleh terjadi sepanjang saingan liga ini. Baik pasukan Selangor mahupun pasukan lain, saingan masih lagi terbuka dan peluang Kelantan tidak boleh kita katakan sudah tertutup.

“Cuma yang penting kita perlu sentiasa konsisten pada setiap perlawanan. Saya tidak mahu kita main bagus pada separuh masa pertama, kemudian persembahan merosot pada separuh masa kedua. Saya mahu anak-anak buah saya terus mengekalkan prestasi cemerlang sepanjang 90 minit perlawanan,’ katanya.

Ditanya mengenai persiapan pasukan menjelang pertemuan menentang Pulau Pinang pada Sabtu ini, Sathianathan berkata, beliau akan melakukan sedikit rombakan pada pertemuan dengan Pulau Pinang nanti.

“Indra Putra (Mahayuddin) terpaksa diketepikan kerana digantung satu perlawanan setelah mengutip tiga kad kuning. Tambahan pula dia mengalami kecederaan setelah dibentes oleh penjaga gol Kedah pada perlawanan malam semalam.

Kelantan Perlu Fokus Perlawanan




KOTA BHARU - Skuad The Red Warriors perlu fokus dalam setiap perlawanan bukannya terlalu memikirkan bagaimana mahu memintas pasukan Selangor yang kini jauh meninggalkan mereka dengan lapan mata di persada Liga Super.

Ketua jurulatihnya, B. Sathianathan berkata, mentaliti seperti ini menjadi punca kepada prestasi merudum pasukan Kelantan ketika berhadapan dengan Kedah di Stadium Darul Aman, semalam.

Justeru, beliau meminta agar semua pemain melupakan pasal Selangor dan menumpukan untuk mendapat tiga mata dalam setiap baki perlawanan musim ini.

"Sikap sebegini perlu dikikis jika kita mahu menjulang Liga Super untuk musim ini. Saya dah beritahu pemain jangan terlalu fikirkan pasal Selangor.

"Lebih baik kita fokus pada setiap perlawanan yang dihadapi. Ini penting agar setiap perlawanan yang diharungi dapat memberikan tiga mata buat pasukan," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini, semalam.

Pada perlawanan semalam, Kelantan gagal meneruskan rentak cemerlang tiga kemenangan berturut-turut yang dicatatkan sebelum ini apabila seri tanpa jaringan menentang pasukan Kenari.

Walaupun hanya kemenangan yang mampu mencerahkan peluang menjadi juara, skuad bimbingan Sathianathan gagal memanfaatkan beberapa peluang yang terhidang di depan gol.

Bagaimanapun, bekas ketua jurulatih kebangsaan itu tetap optimis pasukannya masih berpeluang untuk mencapai cita-cita menjadi juara pada penghujung musim ini.

Katanya, dalam situasi ini setiap peluang perlu disambar sambil mengelakkan daripada melakukan kesilapan seperti perlawanan semalam.

"Peluang masih terbuka. Sempat lagi untuk kita mengejar Selangor dengan syarat kita mesti gunakan setiap peluang yang ada.

"Kita masih ada lagi lapan perlawanan, jadi sesiapa pun tidak boleh kata mereka berada pada zon selesa. Harus diingat bola itu bulat," ujarnya.

Annuar Belum Pasti Bertanding




PRESIDEN Persatuan Bola Sepak Kelantan, Tan Sri Annuar Musa masih memikirkan sama ada untuk bertanding sebagai Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).

Bagaimanapun, beliau tidak mahu membuat sebarang kenyataan awal berhubung pendiriannya kerana ia dikhuatiri boleh menimbulkan andaian atau kontroversi.

"Saya tidak mahu 'politiking' dalam bidang sukan seperti ini, biar badan-badan gabungan dalam FAM yang membuat keputusan untuk memilih pemimpin mereka," katanya di Kota Bharu semalam.

Sebelum ini, timbul desas-desus bahawa Timbalan Presiden FAM sekarang, Khairy Jamaluddin tidak akan mempertahankan jawatannya pada kongres pemilihan FAM bulan depan.

Satu lagi jawatan Timbalan Presiden disandang oleh Datuk Seri Redzuan Sheikh Ahmad.

Menurut sumber, bekas Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Shahidan Kassim berminat untuk mengisi satu daripada jawatan itu dan berharap dapat berganding dengan Annuar.

Annuar berkata bahawa pada kebiasaannya, sebulan sebelum kongres, pihak pengurusan akan menghantar surat pengesahan kepada seseorang calon yang akan bertanding jawatan dalam persatuan sama ada menerima atau sebaliknya.

"Setakat ini, saya belum ada apa- apa yang perlu dikomen. Saya juga tidak suka orang bercakap atas andaian semata-mata," katanya.

Khamis, 27 Mei 2010

Kelantan perlu fokus perlawanan

KOTA BHARU - Skuad The Red Warriors perlu fokus dalam setiap perlawanan bukannya terlalu memikirkan bagaimana mahu memintas pasukan Selangor yang kini jauh meninggalkan mereka dengan lapan mata di persada Liga Super.

Ketua jurulatihnya, B. Sathianathan berkata, mentaliti seperti ini menjadi punca kepada prestasi merudum pasukan Kelantan ketika berhadapan dengan Kedah di Stadium Darul Aman, semalam.

Justeru, beliau meminta agar semua pemain melupakan pasal Selangor dan menumpukan untuk mendapat tiga mata dalam setiap baki perlawanan musim ini.

"Sikap sebegini perlu dikikis jika kita mahu menjulang Liga Super untuk musim ini. Saya dah beritahu pemain jangan terlalu fikirkan pasal Selangor.

"Lebih baik kita fokus pada setiap perlawanan yang dihadapi. Ini penting agar setiap perlawanan yang diharungi dapat memberikan tiga mata buat pasukan," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini, semalam.

Pada perlawanan semalam, Kelantan gagal meneruskan rentak cemerlang tiga kemenangan berturut-turut yang dicatatkan sebelum ini apabila seri tanpa jaringan menentang pasukan Kenari.

Walaupun hanya kemenangan yang mampu mencerahkan peluang menjadi juara, skuad bimbingan Sathianathan gagal memanfaatkan beberapa peluang yang terhidang di depan gol.

Bagaimanapun, bekas ketua jurulatih kebangsaan itu tetap optimis pasukannya masih berpeluang untuk mencapai cita-cita menjadi juara pada penghujung musim ini.

Katanya, dalam situasi ini setiap peluang perlu disambar sambil mengelakkan daripada melakukan kesilapan seperti perlawanan semalam.

"Peluang masih terbuka. Sempat lagi untuk kita mengejar Selangor dengan syarat kita mesti gunakan setiap peluang yang ada.

"Kita masih ada lagi lapan perlawanan, jadi sesiapa pun tidak boleh kata mereka berada pada zon selesa. Harus diingat bola itu bulat," ujarnya.



Kelantan gentar bayang Selangor

TERLALU dibayangi prestasi gah Selangor menjadi punca Kelantan gagal beraksi cemerlang ketika seri tanpa jaringan dengan Kedah di Stadium Darul Aman, Alor Setar malam kelmarin, lapor KHAIRI MOHAMAD.

Faktor tersebut terpaksa diakui oleh ketua jurulatih Kelantan, B. Sathianathan yang ternyata tidak berpuas hati dengan aksi anak-anak buahnya.

Tanpa berselindung, beliau kecewa kerana Kelantan gagal memungut mata penuh selain aksi yang dipamerkan tidak begitu konsisten berbanding perlawanan-perlawanan sebelum ini.

"Saya tidak faham kenapa ada pemain begitu tertekan dengan prestasi Selangor sehingga permainan mereka terjejas. Sudah banyak kali saya pesan supaya pemain fokus dengan perlawanan yang mereka hadapi.

"Sepatutnya kita melakukan kerja kita, sama ada Selangor mahu menang atau kalah itu mereka punya pasal. Kita yang seharusnya menang semua perlawanan sekiranya mahu terus mencabar Selangor," katanya semalam.

Sathianathan berkata, Kelantan masih belum mengaku kalah untuk terus mencabar takhta liga daripada Selangor.

"Kami akan bertemu Selangor Julai ini dan saya yakin kami akan menyekat kemaraan Selangor walaupun beraksi di Stadium Shah Alam," jelasnya.

Rabu, 26 Mei 2010

Kedah vs Kelantan: Sama Kuat Sama Hebat emel

Penelitian kepada perlawanan ini posisi serangan balas berada dalam posisi prestasi yang seimbang dengan banyak cubaan cemas dapat dihasilkan sungguhpun dilihat ketumpulan penyudah dari kedua-dua pasukan. Perangkap "Offsaid" yang dibuat oleh barisan pertahanan Kelantan telah banyak berjaya menyelamatkan percubaan gol pemain Kedah.

Pertukaran 3 pemain utama Norshahrul, Indra dan Norfarhan yang digantikan dengan Akmal Rizal, Hairuddin dan Zairul Fitree ternyata tidak dapat membantu Kelantan untuk mendapatkan gol. Kecemerlangan aksi Daudsu pada malam ini patut diberikan pujian biarpun beliau tidak akan dapat diturunkan bagi perlawanan akan datang kerana telah dihadiahkan kad kuning kedua tadi. Jentera serangan Kedah juga terpaksa akur kerana banyak percubaan mereka dikecewakan dengan kehebatan dan ketangkasan penjaga gawang Kelantan Khairul Fahmi.

Jumlah penyokong Kelantan yang kurang juga mungkin antara faktor utama kelesuan rembatan tepat ke dalam gol pemain Kelantan. Kehadiran pemain ke 12 ini juga amat sedikit yang dianggarkan hanya sekitar 500 orang sahaja, mungkin kerana jadual ini bertindih dengan hari berkerja dan telah memberi kesukaran kepada semua penyokong berbaju merah berkonvoi merancang perjalanan dan menyerang stadium Darul Aman.

Kami menyeru kepada penyokong supaya terus setia menyokong pasukan The Red Warriors kerana ada segelintir penyokong kembali bising dengan isu jurulatih dan pemain. Sikap segelintir penyokong ini tidak sepatutnya ada dikala prestasi Kelantan masih konsisten, digeruni lawan dan paling penting masih lagi mempunyai baki 8 perlawanan yang sudah pasti peristiwa kekecewaan penyokong Manchester United yang gagal merangkul kejuaraan liga pada 5 perlawanan terakhir liga Inggeris musim 2010 kepada Chelsea baru-baru ini tidak mustahil berulang di TM liga super 2010.

Terima kasih kepada unit media theredwarriors.com dan theredwarriors FM kerana berjaya menyampaikan informasi perlawanan dengan baik walaupun mengalami limpahan trafik pengunjung yang melebihi seribu pengunjung dari seluruh pelusuk dunia. Kami mewakili unit media memohon maaf sekiranya berlaku kelemahan dan kekurangan dalam menyampaikan informasi kepada peminat semua. Kami juga mengucapkan ribuan terima kasih kerana terus memberi sokongan kepada kami, dengan sokongan anda inilah telah memberikan semangat kepada kami untuk terus meningkatkan kualiti dan pencapaian sumber informasi kami. Kami berharap anda semua terus memberi sokongan dan membantu kami mempromosikan kemudahan dan sumber informasi yang kami salurkan ini kepada rakan taulan, saudara mara, keluarga dan semuanya. Sehingga kini portal ini masih lagi mengekalkan pencapaian sebagai portal bolasepak dan media sukan no 1 di Malaysia, kejayaan bersama ini adalah atas usaha dan sokongan peminat The Red Warriors.

Teruskan tekad, teruskan semangat anda bersama pemain The Red Warriors memburu kejuaraan pada tahun ini.

Sokong bia bijok , napok bijok , betindok bijok , main bijok , bijok sokmo...... Gomo Kelate Gomo

Selasa, 25 Mei 2010

Sathia mahu pemain lebih berdisiplin hadapi Kedah



“JIKA kami mahu menewaskan Kedah, pemain perlu lebih berdisiplin dalam permainan,” kata jurulatih, B Sathianathan mengulas pertembungan dengan finalis Piala FA di Stadium Darulaman, malam ini.

Itu ingatan jurulatih The Red Warriors itu selepas mengerti rekod bukan milik barisan bimbingan selepas dua kali kecundang kepada lawan - tewas 0-1 dalam pusingan pertama di gelanggang sendiri dan ditunjukkan jalan keluar oleh lawan dalam saingan Piala FA.
“Perlawanan malam esok (malam ini) sukar buat kami kerana lawan bukan calang-calang pasukan. Saya menyifatkan mereka adalah pasukan bintang dan bukan kami kerana mereka mempunyai ramai pemain yang beraksi bersama pasukan kebangsaan.
“Jadi, pemain perlu lebih berdisiplin sekiranya mahu mencatat kemenangan sekali gus menebus dua kekalahan kepada lawan itu sebelum ini,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Ditanya rumusan ramai bahawa perlawanan malam ini akan menjadi penentu sejauh mana keupayaan Kelantan untuk bersaing merebut kejuaraan Liga Super dengan pendahulu, Selangor, bekas jurulatih kebangsaan itu bagaimanapun mempunyai pendapat sebaliknya.

“Saya tidak memikirkan mengenai soal itu kerana selepas perlawanan ini (menentang Kedah), kami mempunyai baki lapan perlawanan lagi. Jadi, apa saja boleh berlaku,” katanya.
Admax Supports Eco-Living . Click here for 10 easy things you can do today to go green!
Sathia waspada ancaman Kedah emel


AZIZI (depan) akan tetap dipertanggungjawabkan mengemudi pertahanan Kelantan pada aksi menentang Kedah malam ini.


"JANGAN pandang mudah aksi menentang Kedah."

Demikian peringatan jurulatih Kelantan, B. Sathianathan kepada anak-anak buahnya menjelang pertemuan menentang skuad Hijau Kuning itu pada aksi Liga Super di Stadium Darul Aman, Alor Setar malam ini.

Menurut Sathianathan, Kedah pernah menewaskan Kelantan 1-0 di Stadium Sultan Muhammed IV pada perlawanan pusingan pertama awal Januari lalu.

Begitupun, dengan nada bersemangat, bekas jurulatih kebangsaan itu tetap mengidamkan tiga mata penuh dalam usahanya untuk menghambat Selangor yang kini selesa menerajui persada liga.

"Perlawanan malam esok (malam ini) amat penting, saya harap mereka dapat memberikan tumpuan sepenuhnya.

"Lupakan aksi lawan Perlis Sabtu lalu terutama aksi babak kedua. Pemain perlu sedar jika kesilapan lalu berulang ia pasti boleh mengundang padah buat pasukan," katanya ketika dihubungi semalam.

Tambahnya, moral pemain sudah kembali ke tahap asal dan beliau berkemungkinan akan membuat sedikit rombakan bagi memperkemaskan lagi pasukannya.

Dalam pada itu jelasnya, beliau tetap akan menggunakan khidmat pertahanan kental, Azizi Mat Rose untuk perlawanan ini.

"Azizi akan bermain seperti biasa. Saya yakin dia mampu mempamerkan aksi yang terbaik pada perlawanan malam esok (malam ini).

"Khidmat Azizi sememangnya ditagih dan dia adalah salah seorang watak penting yang memperkuatkan barisan pertahanan," ujarnya.

Diminta mengulas mengenai seteru utamanya Selangor, Sathia menjejaskan, beliau tidak akan mengambil tahu perkembangan pasukan lawannya itu.

"Saya memberitahu pemain, mereka tidak perlu fikirkan pasal Selangor, main seperti biasa dan tumpukan pada perlawanan kita sahaja," katanya.




Penjaring Terbanyak Kelantan

Isnin, 24 Mei 2010


Kedah Menanti, Kelantan Hadapi laluan Getir.




Kelantan menghadapi laluan berliku apabila bertandang ke Stadium Darul Aman menentang Kedah dalam saingan Liga Super, selasa depan.

Kedah mulai bangkit setelah mempamerkan persembahan ala yo-yo setakat ini manakala Kelantan masih belum tewas dalam tujuh perlawanan pasti hadir dengan semangat tinggi untuk menjulang kemenangan.

Rekod pertemuan pusingan pertama, Kelantan tewas 0-1 kepada lawan di Kota Bharu manakala dalam saingan Piala FA, Kedah membenam Sang Kijang dalam penentuan gol tempat lawan setelah terikat 0-0 di Alor Setar sebelum sekali lagi terikat 1-1 di Stadium Sultan Muhamad Ke-IV.

Kunjungan Kelantan sememangnya dinanti-nantikan peminat Sang Kenari kerana rekod pertemuan sebelum ini membuktikan kehadiran pelawat sememangnya berbaloi untuk ditonton kerana aksi yang dipaparkan pasti mendebarkan disamping disajikan dengan corak permainan pantas.

Begitu juga dengan Kelantan, perlawanan ini menjadi faktor penentu kelangsungan cabaran Sang Kijang dalam persaingan merebut kejuaraan Liga Super.

Andai tewas yang dicapai manakala Selangor selesa menewaskan lawan selepas ini, Kelantan terlepas peluang mengejar setelah ketinggalan 9 mata tetapi andai tiga mata berjaya dituai, persaingan merebut kedudukan pertama masih lagi terbuka.

Berbalik kepada jangakaan kesebelasan utama, posisi pertama ataupun penjaga gawang Kelantan sudah pasti dimiliki pelatih skuad Kebangsaan, Khairul Fahmi Che Mat. Walau mempunyai penjaga gol simpanan yang berkaliber iaitu Syed Adney, Kelantan tidak mungkin mengambil risiko untuk menggunakan pemain ini.

Namun ia bergantung kepada Sathianathan, andai pengendali ini ingin menggunakan pemain yang mempunyai banyak pengalaman sudah pasti Adney sememangnya layak mengantikan Khairul Fahmi.

Cuma yang menjadi kerungsingan kini ialah kekebalan pertahanan Kelantan semakin terhakis setelah melepaskan banyak gol sejak akhir-akhir ini.

Kehadiran Azizi, Subramaniam, Daudsu dan Farisham dalam pertemuan menentang Perlis tidak mampu memberikan 'cleen Sheet' selepas bolos pada awal babak kedua. Namun mereka berempat masih lagi diberi kepercayaan meneraju barisan pertahanan setelah Zairul Fitree direhatkan tiga minggu akibat kecederaan manakala Zamri Ramli sudah jauh dari prestasi asal.

Sharudy Aziz pula tidak diyakini mampu menghalang pemain muda lawan dan Rizal Fahmi mungkin dimasukkan sebagai pemain gantian kepada yang cedera atau keletihan.

Jentera tengah mempamerkan persembahan baik pada babak pertama menentang Perlis namun kehilangan fokus pada babak kedua akibat sikap seorang dua pemain yang tamak selain mudah kehilangan bola kepada pihak lawan.

Tetapi Sathianathan dikatakan tidak keberatan untuk mengantikan pemain yang tidak fokus kepada perlawanan dengan pemain yang lebih bersikap profesional ketika didalam padang. Walaupun begitu, Indra Putra, Badri Radzi, Shakir Shaari dan Norfarhan masih utuh untuk mengekalkan kedudukan mereka didalam skuad.

Kecuali ketua jurulatih ingin menggunakan taktikal lain, mungkin Khairan Eroza, Zulyusri ataupun Wan Zaman akan diletakkan di posisi kesebelasan utama.

Jentera serangan Kelantan pula ketika ini hanya mengharapkan Norshahrul Idlan Talaha menjadi mesin meletakkan bola kedalam jaring. Norshahrul menjaringkan gol hampir dalam setiap perlawanan ketika ini malah memberikan persembahan keseluruhan membantu pasukan.

Justeru itu, tempat Norhshahrul sudah terjamin kecuali satu lagi tempat yang mungkin menjadi rebutan diantara Hairudin Omar, S. Chanturu, Akmal Rizal, Che Hishamudin dan Nidzad Ayub serta Ramzul Zahini Adnan.

Satu kebetulan kini, pemain penyerang Kelantan mula bersaing secara sehat untuk merebut tempat mereka dalam kesebelasan utama. Masing-masing cuba menunjukkan kelebihan bagi memikat hati B.Sathianathan seterusnya menjadi pilihan diletakkan dalam 11 pemain utama turun dalam perlawanan.

Yang perlu diingat setiap pemain membarisi skuad menentang Kedah, mereka perlu fokus dan jangan lalai kerana lawan ketika ini mula menampilkan aksi cemerlang selain baru pulang ceria dari Johor Bharu menewaskan Johor Fc.

Kehandalan mereka adalah melalui serangan balas setelah dibarisi beberapa tonggak muda yang pernah membarisi skuad Kebangsaan. Pemain seperti Badrol Bakhtiar, Kharil Muhaimeen, Faizal Abu Bakar serta Saramsak Kram mampu menghadirkan ancaman melalui larian pantas ke pintu gol lawan.

Selain itu, Kedah turut mengharapkan beberapa tonggak berpengalaman setakat ini untuk mengecewakan lawan seperti Fauzi Shaari, Shahrul Nizam Mustapha, Azmi Muslim dan Zamri Chin. Mereka ditugaskan membimbing pemain muda Kedah selain mengemudi barisan Sang Kenari dalam setiap perlawanan.

Satu kemujuran buat Kelantan apabila penyerang sensasi berasal dari Negeri Cik Siti Wan Kembang, Azlan Ismail dilanda kecederaan pangkal paha.

Perlawanan ini juga menjadi medan kepada kedua-dua pengendali pasukan untuk mencatatkan kemenangan mutlak setelah tiga perlawanan sebelum ini terikat seri. Sathianathan hadir dengan niat mencari mata manakala Ahmad Yusof mahu membuktikan bahawa pihak KFA tidak silap memilihnya sebagai pengendali bekas juara 'double treble' tersebut.

Masih ada dua hari sebelum perlawanan dan ini memberi ruang kepada kedua-dua jurulatih untuk membentuk persefahaman mantap sebelum turun bersaing. Kelantan hadir dengan reputasi tinggi manakala Kedah menanti dengan status gemilang.

Sama-sama kita nantikan kesudahan perlawanan adakah Kedah mampu mengecewakan Kelantan dan mampukah Red Warriors mengenakan Sang Kenari dihadapan ribuan penyokong mereka.
Ulasan Tan Sri Annuar Musa berkenaan
persembahan Kelantan malam semalam:


- Memberikan persembahan sepenuhnya pada babak pertama (all out) menyebabkan tidak memberikan aksi baik pada babak kedua.
- Faktor Keletihan jadual padat.
- Tidak Fokus
- Tan Sri kecewa dengan persembahan babak kedua
- Tan Sri meramalkan Kelantan kalah kepada Kedah andai kata persembahan babak kedua semalam dipamerkan di Alor Setar.

Kelantan Perlu Lebih Konsisten.


Andai aksi babak kedua menentang Perlis dipamerkan di Alor Setar tidak mustahil Red Warriors pulang hampa ditundukkan Kedah dalam saingan Liga Super 2010.


Perkara ini diakui sendiri Presiden KAFA, Tan Sri Annuar Musa kepada RedsFC-News selepas melihat aksi longlai pemain Kelantan sewaktu menumpaskan Singa Utara di Stadium Sultan Muhamad Ke-IV, Kota Bharu, malam semalam.

Skuad Kelantan dilihat memberikan persembahan baik pada separuh masa pertama sehinggakan pemain Perlis terpaksa bertungkus lumus untuk menyekat kemaraan pemain tuan rumah namun babak kedua mereka hilang tumpuan dan nyaris dihukum pasukan pelawat, jelas Annuar.


Saya kecewa dengan aksi mereka tetapi tidak menyalahkan mereka seratus peratus kerana kita perlu tahu bahawa faktor jadual padat menyebabkan pemain Kelantan keletihan.

Kita cuba baiki segala masalah dan saya akan menemui pemain untuk memberi sedikit motivasi kepada mereka agar merubah corak permainan untuk mencatatkan kemenangan keatas Kenari di gelanggang mereka.

Perlawanan menentang Perlis semalam, Kelantan mendahului 2-0 hasil jaringan penalti Norshahrul Idlan Talaha dan S. Chanturu sebelum penyerang Perlis, Wan Khairul Faiz merapatkan kedudukan pada awal babak kedua.


B. Sathianathan yang ditemui selepas perlawanan mengatakan skuad Kelantan tidak bermain baik pada separuh masa kedua tetapi yang penting, kita berjaya memungut tiga mata walaupun hanya dengan jaringan sedikit.

Perlis merupakan sebuah pasukan yang sukar untuk dikalahkan malah mereka berjaya mengawal permainan sebelum menjaringkan gol pertama.

Mengulas tentang Azizi Mat Rose, Sathianathan memuji pemain ini kerana menunjukkan semangat untuk bermain tetapi kita terpaksa mengeluarkannya lebih awal setelah melihat Azizi sedikit keletihan selepas bermain dalam kesebelasan utama secara berturut-turut.

Saya suka dengan semangat yang Azizi tunjukkan kerana ia bagus untuk pasukan, kata Sathianathan.

Kelantan Menang Tapi Hambar.

E-mail Print PDF

Kelantan bernasib baik mengutip tiga mata apabila menewaskan Perlis 2-1 dalam saingan Liga Super di Stadium Sultan Muhamad Ke-IV, Kota Bharu, malam tadi.


Dua gol jaringan Norshahrul Idlan Talaha dan S. Chanturu pada babak pertama sudah cukup buat Kelantan menewaskan lawan dihadapan lebih 25 000 penyokong setia wira merah.

Pemain Kelantan berjaya melakukan hantaran tepat kepada rakan sepasukan malah melakukan beberapa gerak menarik menyebabkan pertahanan Perlis terpaksa bertungkus lumus mempertahankan pintu gol mereka dari dibolosi.

Dengan jentera serangan bergerak pantas dan pemain tengah melakukan beberapa hantaran cantik, Kelantan hampir didepan pada 10 minit pertama namun kegopohan Chanturu, Idlan Talaha, Indra Putra dan Badri Radzi menyebabkan peluang meletakkan bola kedalam jaring gagal disempurnakan.

Pertengahan babak, Kelantan diberikan sepakan penalti setelah pertahanan Perlis, Mohamad Badrul Azam Zamri menjatuhkan Norfarhan didalam kotak penalti. Walaupun mendapat bantahan dari pemain dan kem Perlis, pengadil tetap dengan keputusan tersebut. Norshahrul yang mengambil tugas sepakan, mudah menewaskan Farizal Marlias pada minit ke-24.

Selepas gol tersebut, jentera serangan Kelantan dilihat semakin bernafsu untuk menjaringkan gol dan mereka mendapat beberapa peluang keemasan didepan gawang. Bermula dengan percubaan Chanturu yang melambung keluar, Norfarhan sekadar menyepak lemah kepada Farizal Marlias manakala percubaan Idlan diselamatkan Fauzi Nan diatas garisan gol.

Percubaan Indra Putra pula keluar dan sepakan Badri Radzi juga sedikit melewati palang gol.

Kelantan berjaya mendapatkan gol kedua melalui S.Chanturu yang melakukan sepakan terus pada minit ke-34. Gol berpunca dari kesilapan pemain Perlis lambat mengeluarkan bola dari kawasan mereka sebelum dirampas dan Shakir Shaari memberikan kepada daudsu yang terus melakukan lintangan S Chanturu didalam kotak penalti.

Kelantan hampir menambah gol selang empat minit kemudian namun sepakan kencang Norfarhan didalam kotak penalti setelah mendapat hantaran Chanturu diselamatkan Farizal Marlias.

Percubaan Badri Radzi pada minit ke-45 ditepis keluar Farizal Marlias.

Bersambung babak kedua, bagai mendapat suntikan semangat dari Yunus Alif, Perlis mula mengancam kubu Kelantan apabila melakukan beberapa percubaan bahaya hampir memerangkap barisan bawah Kelantan. Namun ketangkasan Subramaniam dan Farisham berjaya mengekang penyerang lawan menjaringkan gol.

Benteng Kelantan roboh juga pada minit ke-50 apabila Wan Khairul Faiz memanfaatkan kesilapan Daudsu dan Azizi untuk menewaskan Khairul Fahmi di pintu gol.

Gol jaringan tersebut menaikkan semangat Perlis untuk memburu gol penyamaan tetapi gagal kerana penyudah tumpul.

Tertekan diasak, B. Sathianthan melakukan uda pertukaran mengeluarkan Azizi yang sedikit longlai untuk digantikan dengan Rizal Fahmi Rosid dan mengeluarkan Badri Radzi untuk digantikan dengan Akmal Rizal.

Perlis terus menekan Kelantan apabila melakukan beberapa serangan pantas untuk memburu jaringan penyamaan tetapi Rizal Fahmi tampil cemerlang memintas beberapa cubaan lawan untuk memasuki kawasan kotak penalti Kelantan.

Ketika Perlis rancak menyerang, S. Chanturu hampir menambah gol hasil serangan balas namun Farizal Marlias pantas merebahkan badan menepis sepakan rendah penyerang Kelantan tersebut.

Menambah sengat, Idlan Talaha yang keletihan dan mengalami sedikit kecederaan akibat terjahan kasar pertahanan Perlis dikeluarkan untuk digantikan dengan Hairudin Omar.

Kemasukan Hairudin hampir membuahkan hasil pada minit ke-85 apabila bola sepakan penjuru Chanturu ditanduk kedalam gawang namun diselamatkan pertahanan Perlis diatas garisan gol dan lantunan bola tersebut terus disambung Norfarhan tetapi Fauzi Nan lebih bersedia untuk menampan bola keluar dari kawasan bahaya.

Hairudin sekali lagi kecewa apabila tandukan kencangnya pada minit akhir perlawanan sedikit keluar.

Tambahan masa tiga minit gagal digunakan sebelum pengadil perlawanan, S. Sittharanjanan membunyikan wisel penamat.

Dua kad kuning dilayangkan pengadil iaitu kepada pemain Kelantan Daudsu dan Indra Putra.

B. Sathianathan:
Khairul Fahmi (gk), Azizi (Rizal), Subramaniam, Daudsu, Farisham, Farhan, Indra, (c) Badri (Akmal), Idlan (Hairudin) dan CHanturu.

Yunus Aliff:
Farizal Marlias (gk), Fauzi Nan (c), Zuraindey, Amar Rohidan, W. Khairul Faiz, Badrul Azam, Soley, Faiz Subri, Mazlizam Mohamad, Hazrul Mustapha dan Ahmad Aminuddin. (Shariman, W. Md Shukri dan Azrul Ahmad)

KELANTAN MENANG TETAPI SATHIA KECEWA



KOTA BHARU - Walaupun Kelantan berjaya menundukkan Perlis 2-1 dalam saingan Liga Super kelmarin, namun pretasi pasukan itu di Stadium Sultan Muhammed IV jauh daripada memuaskan jurulatihnya, B. Sathianathan.

Kata Sathia, pasukannya bernasib baik memenangi perlawanan tersebut, meskipun beraksi buruk, terutama pada babak kedua.

Menurut Sathia, anak-anak buahnya bagaikan hilang punca pada separuh akhir apabila mudah terlepas bola setiap kali diasak lawan.

"Kalau macam nilah kita main (separuh masa kedua), lupakan sahaja hasrat mencabar kejuaraan musim ini. Bagi saya ia aksi yang cukup teruk.

"Kalau mahu menang dengan Kedah, kita kena lupakan aksi ini dan kembali fokus barulah kita ada peluang di Darul Aman," katanya.

Ditanya kenapa dia mengeluarkan pemain pertahanan kental, Azizi Mat Rose, Sathia menjelaskan keputusan tersebut wajar terutama ketika pemain-pemainnya seakan-akan hilang fokus terutama babak kedua.

"Saya tahu ramai yang tidak setuju dengan tindakan tersebut. Sebagai jurulatih saya tahu apa yang patut dilakukan demi untuk kebaikan pasukan.

"Kalau seseorang pemain itu tidak mampu beraksi dengan baik kita perlu keluarkan untuk memberi peluang kepada pemain lain,'' ujarnya.

Tambahnya lagi, keputusan mengeluarkan Azizi dibuat selepas mendapati pemain tersebut keletihan serta tidak beraksi seperti biasa ketika ditugaskan menjaga pemain pelawat.

"Protes yang ditunjukkan mungkin suatu yang baik kerana ia menunjukkan seseorang pemain itu sentiasa ingin bermain.

"Tetapi semalam saya nampak dia (Azizi), tak main seperti biasa, mungkin keletihan kerana sudah beraksi dalam 16 perlawanan.

"Dia juga sudah menemui saya dan meminta maaf selepas perlawanan dan saya harap ia tidak akan menjejaskan persiapan kita untuk menentang Kedah Selasa ini (esok)," ujarnya.

Pada perlawanan itu, Kelantan yang dibantu sorakan hampir 25,000 penyokong mempamer aksi bertenaga apabila memperoleh gol pertama pada minit ke-29 menerusi peledak sensasi kebangsaan, Nor Shahrul Idlan Talha selepas berjaya menyempurnakan sepakan penalti.

Pada minit ke S. Chanturu kembali menggamatkan suasana Stadium Sultan Muhammad IV apabila menjaringkan gol ke dua tuan rumah pada minit ke-34.

Gol sagu hati pelawat diperoleh melalui Wan Khairul Faiz Kamaruddin minit ke-49.

Dengan kemenangan ini, Kelantan terus menghambat Selangor yang dibezakan dengan enam mata saja.
-
Kafe, radio internet KAFA emel



Ahmad Shabery Cheek (kanan) bersama Annuar Musa dan Siti Hamidah Hamad menunjukkan barangan cenderahati pada majlis pelancaran kafe dan radio Internet The Red Warriors di Kota Bharu, semalam.

UTUSAN ONLINE

KOTA BHARU – Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) melangkah setapak lagi dalam usaha menjadikan pasukan itu sebagai salah satu jenama sukan tanah air apabila membuka kafe The Red Warriors Station (TRWS) serta radio Internet rasmi mereka, The Red Warriors FM (TRW.FM).

Presiden KAFA, Tan Sri Annuar Musa berkata, langkah tersebut selaras dengan usaha persatuan itu untuk memastikan bola sepak menjadi sebuah industri perniagaan yang menguntungkan dan mampu menjana pendapatan kepada pasukan.

“Kafe ini akan dijadikan sebagai tempat untuk peminat bola sepak berkumpul, malah di sini juga pelbagai cenderamata pasukan The Red Warriors akan dijual.

“Selain itu, dengan adanya radio rasmi ini, peminat The Red Warriors di seluruh dunia dapat mengetahui perkembangan semasa pasukan dan mengikuti setiap perlawanan secara langsung,” katanya.

Upacara perasmian TRWS dan TRW.FM telah dilakukan oleh Menteri Belia dan Sukan, Datuk Ahmad Shabery Cheek.

TRWS dibuka atas ilham dan pelaburan seorang usahawan terkenal yang juga peminat setia The Red Warriors, Datuk Siti Hamidah Hamad.

Sementara itu, Shabery ketika berucap berkata, keupayaan KAFA dalam menjadikan bola sepak sebagai satu perniagaan memberikan peluang kepada mereka untuk berdiri di kaki sendiri.

“Di negara maju, konsep ini sudah lama diamalkan apabila pasukan bola sepak menjadikan sukan ini sebagai satu industri yang mampu menjana pendapatan dan membuka peluang pekerjaan.

“Malah, mereka mampu membuka sebuah gedung yang menjual pelbagai jenis barangan sukan kepada peminat mereka,” katanya.

Jelas beliau, situasi tersebut masih belum dapat dilihat di negara ini apabila mana-mana pasukan bola sepak selalunya bergantung sepenuhnya kepada bantuan kerajaan untuk menjayakan operasi mereka.

Sehubungan itu, beliau percaya sekiranya peminat sukan tanah air memberi sokongan sepenuhnya kepada pasukan mereka, satu transformasi untuk menjadikan bola sepak sebagai industri akan dapat dilihat dalam sedikit masa lagi.

“Bagi penyokong di luar negara, mereka akan membeli barang asli yang dikeluarkan oleh pasukan kerana bagi mereka ini adalah satu cara untuk memberi sokongan.

“Akhirnya, kelab mampu membina stadium sendiri malah mereka juga membayar cukai kepada kerajaan bukannya mengharapkan bantuan semata-mata,” tegas beliau.

Ahad, 23 Mei 2010

The Red Warriors terus beri saingan emel

The Red Warriors meneruskan rentak cemerlang membenam cabaran pasukan Singa Utara dengan kemenangan tipis 2-1. Bermain dihadapan kira-kira 20 ribu penyokong setia The Red Warriors, Kelantan pada mulanya dilihat tidak mempunyai masalah untuk memperoleh kemenangan mudah apabila Kelantan mengusai keseluruhan separuh masa pertama.


Bermula pada minit ke-10, rembatan Badri Radzi dari luar kotak penalti berjaya ditangkap kemas oleh penjaga gol Perlis. 5 minit berselang, Kelantan berjaya mendapat sepakan percuma, namun sepakan Badri Radzi berjaya dinafikan. Pada minit ke-25, Norsharul berjaya menjaringkan gol pertama untuk Kelantan namun gol itu dibatalkan kerana beliau berada dalam kedudukan offside.

Tidak berputus asa, skuad The Red Warriors terus melancarkan serangan bertali arus ke kubu Pelis, dan hasilnya Kelantan dihadiahkan sepakan penalti apabila Norfarhan dijatuhkan di dalam kotak penalti. Penyerang prolifik Kelantan, Norshahrul Idalan Talaha tidak mensia-siakan peluang keemasan itu apabila mudah menolak masuk menewasakan Farizal Maslis untuk gol pertama Kelantan.

Selepas mendapat gol semangat itu, Kelantan terus mengasak kubu Perlis, dan hantaran cantik Daudsu disambut baik S Chanturu untuk meletakkan Kelantan selesa 2-0 pada minit ke 34. Tidak puas dengan jaringan itu, rembatan volley Norfarhan yang menerima hantaran Chanturu berjaya ditepis oleh penjaga gol Perlis. Pada minit-minit akhir pada separuh masa pertama, sekali lagi percubaa Norshahrul ditepis kemas penjaga gol Perlis.

Bermula separuh masa kedua, Kelantan dilihat bermain hambar, dan kesempatan itu diambil oleh pasukan Perlis apabila Wan Khairul Faiz merapatkan jurang gol untuk gol pertama Perlis pada minit ke-50.

B.Sathianthan membuat perubahan drastik apabila mengeluarkan pertahanan kental Azizi Mat Rose digantikan dengan Rizal Fahmi, dan juga memasukkan Akmal Rizal bagi menggantikan Badri Radzi. Tindakan Sathia mengeluarkan Azizi mendapat reaksi negatif penyokong malah pemain itu sendiri dilihat sedikit tidak berpuas hati apabila beliau dikeluarkan. Perlawanan berakhir dengan Kelantan menagatasi Pelis 2-1.

Mengulas mengenai perlawanan, Sathia mengakui pasukan Kelantan bermain dengan agak tidak baik pada malam ini, terutama pada separuh masa kedua. Tapi baginya, perkara paling penting pada malam ini, Kelantan berjaya mengutip tiga mata penuh bagi mencabar pendahulu liga Selangor.

Ditanya mengenai tindakan beliau mengeluarkan Azizi Mat Rose, beliau menjelaskan terpaksa mengeluarkan Azizi untuk mengukuhkan benteng pertahanan apabila beliau melihat Azizi sedikit keletihan selepas bermain dalam kesebelasan utuma secara berturut-turut. Mengulas mengenai reaksi Azizi selepas beliau dikeluarkan, B.Sathianathan menganggap reaksi pemain itu menunjukkan beliau seorang pemain yang sentiasa bersemangat untuk bermain.

Kelantan Ceria Dalam Gundah emel

Walaupun Kelantan menang selesa pada malam ini, beberapa aksi pemain yang menunjukkan kurang persefahaman dikalangan pemain dapat dihidu dan dilihat dengan jelas oleh penyokong. Penyokong selaku pemilik bersama skuad Kelantan amat risau dengan situasi ini dan berharap pihak pengurusan dapat menyelesaikan masalah yang berkaitan dengan segera sebelum bertandang ke Alor Star yang mungkin akan merencatkan pungutan 3 mata Kelantan untuk terus mengejar Selangor.

Syukur jaringan awal sepakan penalti Norshahrul dan jaringan S Chanturu berjaya memberi 3 mata penuh kepada skuad Kelantan. Keputusan ketua jurulatih B. Sathiananthan menukarkan Azizi Mat Rose dengan Rizal Fahmi telah menyebabkan berlaku satu perkara yang kurang disenangi para penyokong sehingga terbawa-bawa di luar stadium. Para penyokong perlu memahami sikap Azizi ini adalah tindakan spontan yang perlu dimaafkan semua penyokong kerana beliau tersentap semangatnya yang telah bermain 16 perlawanan penuh tanpa ditukarkan dan pada malam ini beliau ditukarkan malah pada masa yang sama beliau hampir menjaringkan gol. Isu ini tidak perlu dipanjangkan dan diperbesarkan kerana ramai mengetahui semangat kental dan kerajinan Azizi dalam mempertahankan kubu Kelantan yang sehingga hari ini dibolosi 10 gol sahaja.

Pertukaran pada minit-minit akhir dengan memasukkan Akmal Rizal dan Hairuddin menggantikan Norshahrul dan Mohd Badhri tidak dapat membantu Kelantan menambah jaringan, namun kedua-dua pemain berjaya menghuru-harakan gawang lawan dengan percubaan gol yang berjaya diselamatkan.

Para penyokong amat berharap semua pemain kembali bersatu dengan hati yang ikhlas demi peminat semua. Banyak peluang gol disia-siakan kerana ada dikalangan pemain cuba mempamerkan aksi sendirian tanpa mempedulikan pemain lain. Salah seorang peminat Hanif dari Pasir Mas ketika ditemuramah diluar stadium berasa amat kecewa kerana sikap mementingkan diri dikalangan pemain amat jelas kelihatan dan berharap pemain Kelantan memperbaiki kelemahan yang dipamerkan ini dan beliau yakin skuad kesayangannya mampu pulih ke prestasi sebenar ketika melawan Kedah nanti. Beliau amat yakin dengan ketua jurulatih dan pihak pengurusan dapat menyelesaikannya.

Pihak KAFA menyeru peminat tidak membuat sebarang spekulasi dan andaian serta bertindak jaguh dalam membicarakan isu-isu pemain The Red Warriors kerana isu-isu yang direka-reka boleh merosakkan sebuah pasukan Juara yang cuba dibimbing dan dijaga oleh KAFA ini. Diharap penyokong terus memberi sokongan tanpa mempedulikan apa-apa yang diperkatakan musuh-musuh impian kita kerana kita membina sebuah pasukan yang terbaik dan bukan untuk direbahkan. Syukur dan terima kasih kepada penyokong kerana tidak berlaku sebarang kejadian yang tidak diingini mahupun balas dendam.

Ayuh penyokong dan pemain berganding bahu memeluk semangat yang sama, impian yang sama iaitu impian membawa Piala ke bumi Kelantan tercinta. Yakinlah kita adalah wira yang telah menjuarai segalanya, kita adalah juara semua pencapaian bolasepak Malaysia pada tahun ini. Kekalkan pencapaian kita, kekalkan jumlah kehadiran penyokong kita, kekalkan sokongan kita dan kekalkan semangat kita semangat yang menggegar dunia dengan semangat GOMO KELATE GOMO..............!!!!

Sokong Biar Bijak, Dipandang Bijak, Bertindak Bijak, Main Bijak, Bijak Sokmooo...Gomo Kelate Gomo

he Red Warriors Peneraju Industri Bisnes Bolasepak Malaysia emel

Dalam ucapan perasmian tadi Dato' Ahmad Sabree Chik menyatakan rasa kekaguman beliau dengan kemajuan KAFA dalam berusaha mengangkat imej bolasepak tanahair setaraf kelab-kelab bolasepak tersohor luar negara. Beliau juga turut teruja dengan semangat yang dipamerkan oleh semua penyokong Kelantan sehingga memberi keyakinan kepada Tan Sri Annuar Musa dan KAFA untuk meniru segala bisnes yang telah dibuktikan berjaya oleh kelab-kelab liga perdana England. Beliau amat mengalu-alukan segala usaha yang dirancang ini beroleh kejayaan seperti yang dirancang dengan izin Allah SWT. Beliau sempat memberikan pesanan, setakat hari ini beliau tidak menerima lagi sebarang aduan berkenaan atau melihat laporan buruk tentang penyokong Kelantan seperti sebelum ini dan beliau amat berharap situasi cemerlang pemain Kelantan dapat dikekalkan bersama kecemerlangan penyokong Kelantan.

Dalam ucapan ringkas Tan Sri Annuar Musa berasa terharu dengan kehadiran Yang Amat Berhormat Menteri Belia dan Sukan dan semua tetamu jemputan serta semua penyokong Kelantan yang hadir. Beliau berharap kedua-dua ikon baru KAFA ini sentiasa mendapat sambutan hangat para peminat bolasepak Kelantan.

Alhamdullilah Syukran!Syukran! (syukur) itulah yang diucapkan seorang pemanggil dari Cairo Mesir dalam TRW FM ketika ke udara bersama Menteri Belia dan Sukan Dato' Ahmad Sabree Chik serta Presiden KAFA Tan Sri Annuar Musa semasa majlis perasmian The Red Warriors Stations & TRW FM radio rasmi KAFA. Kejayaan KAFA mengwujudkan pelbagai idea baru ini akan menjadi kebanggaan seluruh rakyat Kelantan kerana bergerak maju mengikut jejak kelab eropah.

Tahniah dan Terima Kasih kepada semua penyokong setia The Red Warriors kerana sokongan dan doa anda kami sentiasa di depan dalam menerajui perubahan. Alhamdullilah.

Info:

  1. The Red Warriors Station - Datuk Siti Hamidah
  2. The Red Warriors Radio - TRWC+TRW Radio

Sokong Biar Bijak, Dipandang Bijak, Bertindak Bijak, Main Bijak, Bijak Sokmooo...Gomo Kelate Gomo


Jumaat, 21 Mei 2010

Kijang Awasi Singa emel

Analisis prestasi terkini skuad Singa Utara menampakkan ada peningkatan setelah dilatih jurulatih baru Yunus Alif yang telah berjaya mengikat Kedah berkongsi mata selasa lepas. Kelincahan pemain-pemain Perlis Amar Rohidan, Ahmad Fakri Saarani dan Mohd Farizal bakal mengucar-kacir benteng Kelantan yang dipimpin bekas rakan sepasukan mereka Azizi Mat Rose yang menjadi pemain kental untuk ditembusi mereka sabtu nanti.

Perlawanan ini amat kompetitif bagi memastikan skuad Kelantan bersedia sepenuhnya bagi menghadapi pertemuan dengan Kedah dan mengekalkan pungutan tiga mata untuk terus menghimpit kedudukan Selangor yang baru sahaja menerima tamparan hebat setelah jurulatih K Devan dan Hardi Ahmad digantung 6 perlawanan manakala Safee Ali digantung 4 perlawanan oleh FAM disebabkan tragedi sewaktu perlawanan separuh akhir Piala FA bulan lepas.

Peluang dikala Selangor kehilangan penjaring utama dan jurulatih akibat digantung seharusnya dijadikan azimat bagi skuad Kelantan supaya dapat mengutip 3 mata penuh setiap perlawanan sebelum menentang Selangor 13 Julai nanti. Sungguhpun fokus utama penyokong hanya menumpukan perlawanan Kedah dan Selangor sebagai pencabar utama Kelantan, perlawanan dengan Perlis dan Pulau Pinang juga merupakan tugas yang berat pemain dan perlu difahami oleh semua penyokong sekiranya keputusan diluar jangkaan semua.

Ketika di Kota Bharu malam tadi, wartawan kami sempat mendapatkan komen Fadzli Lie yang berkerja di Nilai pulang ke kampung kerana ada urusan keluarga, beliau menjangkakan situasi perlawanan 50-50 dan stadium keramat akan memberi semangat yang hebat dengan sorakan puluhan ribu penyokong yang sentiasa memenuhi stadium. Semangat Kelantan juga akan dibantu dengar berita Selangor tetapi Kelantan perlu mengawasi pergerakan pemain Perlis dengan baik kerana Perlis akan bangkit habis-habisan untuk menebus kekalahan ditangan Kelantan ketika Piala Muhibbah Dato' Shahidan Kassim dan tewas pada Johor FC minggu lepas setelah mendapat suntikan semangat berjaya seri dengan Kedah.Beliau turut berharap pasukan kesayangannya terus mengungkil kemenangan bagi mengejar rapat Selangor seterusnya menjadi juara TM liga Super tahun ini.

Ramai penyokong mengeluh kerana konsep 1 penyokong 1 bendera masih belum berjaya diamati dan dijadikan 1 budaya baru penyokong Kelantan. Peristiwa dibaling batu dan kereta penyokong kita dirosakkan di Kangar masih lagi menghantui sesetengah penyokong yang terlibat namun pihak KAFA berharap sabtu nanti bukan medan untuk para penyokong Kelantan membalas dendam mahupun memulakan provokasi keatas penyokong Perlis yang dijangka hadir. Kita tidak lagi boleh menjadikan penyokong lain terus fobia ke stadium apabila setiap kali bertemu Kelantan. Kita perlu berusaha memberitahu pada rakyat Malaysia penyokong berbaju merah ini bukanlah seganas penyokong berbaju merah Thailand, kami tidak bersenjata hanya jumlah kami yang ramai dan sorakan padu kami yang menjadi senjata untuk mengerah pemain kami terus merobek gol-gol lawan kami. Biarlah sikap profesional kami hanya kami yang menilainya sekiranya pandangan serong pihak media masih membeku di kepala-kepala pihak media dan penyokong lain.Ayuh kita gemparkan stadium keramat kita dan penuhkannya......Gomo Kelate Gomo....sumbat gol ....bawa 3 mata

Sokong Biar Bijak, Dipandang Bijak, Bertindak Bijak, Main Bijak, Bijak Sokmooo...Gomo Kelate Gomo


Catatan Popular