KELATEBOLA

LESEN

Lesen Creative Commons
karya ini dilesen dibawah satu Lesen Pengiktirafan 2.5 Malaysia Creative Commons.

Jumaat, 12 Mac 2010

Tiket! Tiket! Kelate Lawe Selangor ado lagi ko? PDF Cetak emel


Kegusaran peminat The Red Warriors tentang tiket perlawanan jumaat ini mula kedengaran. Ramai pegawai dan staf KAFA mula dihujani pertanyaan tentang tempahan dan pembelian awal tiket. " Kawe runsing ni takut kelik-kelik tiket abis" Rayu Ahmad ketika cuba menghubungi wakil KAFA. "Tiket mula jual pukul berapo lagi tu?" tanya Mat Yie. Soalan-soalan ini mula menjadi pertanyaan dikalangan semua penyokong setia The Red Warriors menjelang detik 8.30 malam jumaat nanti. Sudah ada yang menghitung masa untuk turun seawal subuh bagi membeli tiket. Untuk pengetahuan semua kaunter akan mula dibuka jam 9.00 pagi jumaat ini.



Fenomena ini tidak dapat dirasai oleh masyarakat negeri lain, perasaan terlalu menyanjung perjuangan skuad negeri dan sayangkan bolasepak tanahair sangat menebal dikalangan orang Kelantan. Penyokong setia akan memenuhi stadium sehingga tamat perlawanan dan pada tengah malam pula akan menyaksikan Liga Perdana Inggeris dan Liga Sepanyol. Sepatutnya semangat ini perlu wujud dihati semua peminat bolasepak Malaysia kerana mereka perlu sedar asal usul negeri mereka dan selain masih juga meminati bolasepak luar negara.

Sekiranya kemenangan dipihak kita pada jumaat nanti, angin peminat setia akan terus kembali bersatu dan setia bersama skuad The Red Warriors, sekiranya keputusan sebaliknya akan memberi kesan arah sokongan mereka tetapi bagi penyokong sejati The Red Warriors walau apa pun keputusannya mereka masih setia bersama skuad The Red Warriors.

Kepada penyokong yang akan berjalan jauh untuk bersama The Red Warriors jumaat nanti dan pulang ke kampung cuti sekolah diingatkan supaya berhati-hati dijalanraya semoga perjalanan pergi dan balik anda selamat. Elakkan diri daripada provokasi ganas di stadium. Hormatilah tetamu kita supaya penyokong The Red Warriors bersama skuadnya dikagumi seluruh Malaysia.

Sokong Biar Bijak, Dipandang Bijak, Bertindak Bijak, Bijak Sokmooo...Gomo Kelate Gomo

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Catatan Popular