Tempoh rehat selama sebulan Liga Super bukan bererti masa untuk berbulan madu buat semua pemain dan pegawai Sang Kijang.
Tempoh rehat ini harus digunakan sebaik mungkin untuk memantapkan persefahaman para pemain, menajamkan jentera tengah dan serangan serta yang paling utama, memastikan pemain berada dalam kecergasan yang sewajarnya.
Bukan tujuan mengerah tetapi ianya realistik jika melihat pada situasi perlawanan yang dilalui Kelantan sebelum ini. Kelihatan jelas para pemain dan pihak pengurusan tertekan dengan asakan para peminat yang mahukan mereka menunjukkan persembahan terbaik dalam setiap perlawanan yang dilalui.
Selepas rehat sebulan, Kelantan dijadualkan menentang Negeri Sembilan di Paroi pada 17 April sebelum kembali ke Kota Bharu menanti kunjungan skuad warga kota pada 20 April. Empat hari selepas itu, Kelantan dijangkakan bertandang ke Stadium MBPJ, Petaling Jaya untuk menentang KL Plus Fc.
Tiga perlawanan akan dilalui selepas tempoh rehat yang panjang memungkinkan aksi pemain semakin berkarat, oleh itu tugas pegawai dan KAFA untuk memastikan semua pemain sentiasa bersedia untuk menghadapi perlawanan akan datang.
Menurut Aizat Haji Salleh dari Pasir Mas, saya fikir tempoh rehat ini membantu Kelantan meningkatkan corak persembahan dan berharap para pemain meneruskan momentum untuk mengejar pasukan atasan lain yang sudah jauh meninggalkan kita.
Cuma saya sedikit kecewa kerana perlawanan yang sepatutnya dimenangi dengan mudah tidak dapat digapai para pemain, katanya sewaktu diminta merumuskan prestasi Kelantan selepas sembilan perlawanan liga.
Che Razlan dari Bachok pula berpendapat tempoh rehat yang panjang sangat penting kerana ia dapat memulihkan semangat pemain yang tertekan setelah mengharungi saingan liga yang semakin menekan disamping membantu pemain yang cedera untuk mengembalikan kecergasan mereka. Beberapa pemain seperti Che Hishamudin, Syed Adney dan S. Subramaniam memerlukan rehat ini untuk memulihkan kecederaan yang membelenggu.
Kelantan menghadapi beberapa pasukan tak kurang hebatnya sepanjang sembilan perlawanan, kata Nik Rosli berasal dari Tumpat. Saya tidak merungut dengan prestasi mereka kerana pemain sudah menampilkan aksi yang luar biasa sehinggakan menguasai perlawanan. Mereka berjaya mengutip tiga mata dari Kuala Terengganu dan satu mata menentang Selangor, satu pencapaian yang cukup memuaskan.
Kalaupun kalah dalam Piala FA, ianya satu proses untuk pembelajaran kepada pasukan agar tidak memandang rendah kepada pasukan lain walaupun diriuhkan di seantero dunia yang kita mempunyai skuad mantap dengan pemain berstatus bintang.
Dalam bola sepak, katanya, pemain perlu sedar wujudnya keadaan pasukan yang tidak bermain baik mampu menang walaupun pasukan lawan bermain cemerlang dan pasukan yang bermain cemerlang, menguasai perlawanan pula mungkin kalah mengejut andai memandang enteng keupayaan lawan.
p/s: Temuramah di lakukan RedsFC-News di Pasaraya Tesco Kota Bharu, malam tadi
LESEN
Ahad, 14 Mac 2010
Rehat Panjang Beri Ruang Kijang Bentuk Pasukan.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Catatan Popular
-
Para penyokong bersabar dahulu.Gambar dibawah ini bukanlah gambar Official jersi Kelantan musim 2013 namun kemungkinan ianya direka send...
-
Syed Adney Wira The Red Warriors Syed Adney dijulang sebagai wira The Red Warriors apabila beliau berjaya menafikan sepakan penalti pada m...
-
Peluang Kelantan Uji Barisan Utama Harimau Muda A emel Share 5 Rekod perlawanan persahabatan Kelantan bertemu Harimau Muda pada 27/12/...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan