Ghairah Dua Red Bukan Sekadar Di Alam Sebenar.
Sepak mula perlawanan terhangat Liga Super 2010, Kelantan melawan Selangor masih tinggal 18 jam namun keghairahan penyokong kedua-dua pasukan semakin memuncak bagaikan tidak sabar menanti aksi pasukan kesayangan mereka turun membenam lawan malam nanti.
Di Kota Bharu ketika ini dikhabarkan ramai pihak bersiap siaga untuk menyerbu kaunter yang dijangkakan akan dibuka mulai jam 10 pagi.
Situasi ini mengingatkan kita kepada saingan separuh akhir Piala Malaysia menentang Perlis musim lepas dimana ribuan penyokong Kelantan membanjiri kawasan stadium untuk mendapatkan tiket perlawanan.
Penyokong yang datang bukan sahaja dari sekitar Kota Bharu malah dari seluruh negeri dan ada juga dari negeri luar yang sanggup pulang semata-mata untuk menyaksikan sendiri aksi pemain kesayangan mereka turun beraksi dalam perlawanan paling penting, paling genting serta paling dinanti-nantikan.
Laporan juga mengatakan kemungkinan tiket akan habis dijual dalam masa tidak sampai dua jam esok. Justeru itu diharapkan kepada penyokong Sang Kijang yang berminat serta mahu melihat aksi pasukan Kelantan hadir awal dan secepat mungkin untuk mendapatkan tiket yang dijual di kaunter.
Selain keghairahan di alam sebenar, secara tidak sedar juga kelihatan penyokong Kelantan dan Selangor di alam siber turut ghairah menantikan perlawanan tersebut. Semua ini menambahkan lagi kehangatan perlawanan paling besar setelah berlalunya sembilan perlawanan Liga Super 2010.
Seperti yang dilaporkan di laman web TheRedWarriors.com, kehangatan di alam siber diibaratkan sangat panas setelah peminat kedua-dua pasukan saling berperang melontarkan isu dari perlawanan bola sepak sehinggalah kepada isu yang tidak berkaitan.
Perang isu serta provokasi kebanyakannya diutarakan melalui laman sosial Facebook serta bloggers menyebabkan berlakunya beberapa insiden cabar mencabar, kata nista serta masalah remah lain dibangkitkan sehinggakan menimbulkan rasa kurang senang kepada sesetengah individu.
Oleh itu, diingatkan lagi kepada semua penyokong Kelantan dan Selangor agar menjaga adab tatasusila sewaktu berbahas untuk mengelakkan dari terus merebak seterusnya menunjukkan tahap pemikiran kelas bawahan penyokong kedua-dua pasukan.
Diakui masing-masing gagal mengawal diri setelah ada individu melontarkan cabaran dan provokasi namun ianya mampu dihentikan seandainya pihak yang bertanggungjawab berhenti melontarkan kata-kata cabaran.
Walaupun begitu, perlawanan malam ini amat dinanti-nantikan semua pihak baik di dalam ataupun di luar Malaysia. Fenomena dua Red yang jarang-jarang sekali dipertemukan telah menunjukkan bahawa bola sepak kita ketika ini masih lagi mempunyai sirna cerah untuk diterima Sang Peminat.
Kepada mereka yang bertandang ke Stadium, datang seawal mungkin dan elakkan dari melakukan tindakan yang akan merugikan KAFA dan semua penyokong yang datang dengan niat melihat perlawanan. Mereka di alam siber pula diharapkan dapat hentikan provokasi, seterusnya beri tumpuan kepada perlawanan malam ini dan jangan melakukan tindakan sia-sia yang menggalakkan kepada perpecahan.
Berilah sokongan padu kepada Red Warriors serta Red Giants dan sentiasa berada di belakang pasukan baik menang ataupun sebaliknya.
GoMore Kelate GoMore
LESEN
Jumaat, 12 Mac 2010
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Catatan Popular
-
Para penyokong bersabar dahulu.Gambar dibawah ini bukanlah gambar Official jersi Kelantan musim 2013 namun kemungkinan ianya direka send...
-
Syed Adney Wira The Red Warriors Syed Adney dijulang sebagai wira The Red Warriors apabila beliau berjaya menafikan sepakan penalti pada m...
-
Peluang Kelantan Uji Barisan Utama Harimau Muda A emel Share 5 Rekod perlawanan persahabatan Kelantan bertemu Harimau Muda pada 27/12/...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan