KELATEBOLA

LESEN

Lesen Creative Commons
karya ini dilesen dibawah satu Lesen Pengiktirafan 2.5 Malaysia Creative Commons.

Isnin, 8 Mac 2010

Kemenangan pertama di tempat lawan

KELANTAN berjaya mencatatkan kemenangan pertama di tempat lawan selepas menundukkan T-Team 1-0 dalam perlawanan Liga Super di Kuala Terengganu malam kelmarin.

Kemenangan tersebut amat bermakna kepada Kelantan selepas mereka disingkirkan pada pusingan kedua Piala FA oleh Kedah, bulan lalu.

Ketua jurulatih Kelantan, B. Sathianathan tanpa berselindung menyifatkan kemenangan tersebut merupakan kejayaan moral pemain ketika mereka dijadualkan bertemu Selangor, Jumaat ini.

Menurutnya, beliau berpuas hati selepas pasu- kannya berjaya mendapatkan tiga mata penuh walaupun beraksi di bawah prestasi sebenar.

"Kita tidak beraksi baik seperti menentang Kedah tempoh hari tetapi apa yang penting, kita berjaya mengumpul mata penuh dan kita memang mengharapkan mata penuh itu.

"Apa lagi yang mampu kita lakukan dengan beraksi di padang yang sebegitu (Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah)? Untung, nasib tetap menyebelahi kita," katanya ketika dihubungi semalam.

Tambahnya, pasukan tuan rumah tidak memberi jalan mudah kepada Kelantan untuk menang dan memberi tentangan yang hebat sebelum tumpas.

Katanya, gandingan Nurshahrul Idlan Talaha dan Nizad Ayub yang disenaraikan sebagai penggempur menunjukkan prestasi yang agak baik.

"Nizad beraksi cemerlang dalam dua perla- wanan persahabatan sebelum ini tetapi semalam dia gagal menjaringkan gol.

"Saya akan memberinya peluang lagi kerana kesungguhan yang di pamerkan dan kita memerlukan pemain yang sentiasa berusaha membantu pasukan," ujarnya.

Dalam pada itu, Sathia turut memuji persembahan yang dipamerkan oleh penjaga gol ketiga Kelantan, Khairul Fahmi Che Mat yang beraksi cemerlang.

"Perlawanan semalam (kelamrin) adalah perlawanan pertama Fahmi dan dia nampaknya berjaya menyesuaikan diri dan saya lihat ia adalah sesuatu yang baik."

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Catatan Popular