KELATEBOLA

LESEN

Lesen Creative Commons
karya ini dilesen dibawah satu Lesen Pengiktirafan 2.5 Malaysia Creative Commons.

Jumaat, 12 Mac 2010

Badri tidak gentar Red Giants

KOTA BHARU - Perancang utama Red Warriors, Mohd Badri Radzi tidak gentar dengan prestasi pasukan Selangor yang kini dilihat memuncak selepas membenam Pos Malaysia 5-1 dalam saingan suku akhir piala FA.

Mengakui bahawa, Red Giants merupakan pasukan handalan, namun Badri berkata kemenangan ke atas T-Team baru-baru ini meningkat semangat pasukan untuk menumpaskan peneraju liga itu.

“Selangor tampak pasukan yang memang handal dan sukar untuk ditewaskan, namun dengan kejayaan manis melakarkan kemenangan pertama di tempat lawan dan menghapuskan badi seri di tempat lawan saya merasakan rakan sepasukan mendapat suntikan moral yang tinggi,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.

Badri yang dikenali sebagai Pia berkata, perlawanan hari ini merupakan pertemuan klasik kerana pada musim 2009 pasukan Selangor menentang Red Warriors di kesemua gelanggang luar kerana dikena penggantungan.

“Kali terakhir Selangor bertandang ke Kota Bharu ialah pada perlawanan liga iaitu pada 2008 di mana Selangor tewas dengan jaringan 5-2.

“Kesemua rakan-rakan saya juga bebas dari sebarang kecederaan, malah kecederaan saya juga sudah dapat diatasi dan Insya-Allah saya akan meningkatkan lagi prestasi saya dan memperbaiki mutu permainan saya supaya kembali ke prestasi yang dahulu,” katanya.

Dalam pada itu, Pia mengharapkan sokongan peminat setia Red Warriors dengan memenuhkan Stadium Sultan Muhammad ke-IV bagi meningkatkan moral pemain.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Catatan Popular