Devan gentar ledakan Kelantan
Mahu pemain beri komitmen berdepan lawan di Stadium Sultan Mohamad
JURULATIH Selangor, K Devan menegur anak didiknya ‘usah terus berpesta’ dan kembali memberi fokus apabila turun ke gelanggang menentang Kelantan dalam saingan Liga Super di Kota Bharu, esok.
Pengendali skuad Merah Kuning itu bimbang dengan situasi pemainnya yang tampak seperti terawang-awang lagi selepas membelasah Pos Malaysia 5-1 dalam suku akhir Piala FA, kelmarin
Dia sedar betapa rekod kemenangan di Kelantan cukup sukar buat Selangor dan akur akan berpuas hati jika mampu membawa pulang sekurang-kurangnya satu mata berharga dalam satu-satunya pertembungan liga itu, esok. “Beraksi di Stadium Sultan Mohamad, Kota Bharu, jarang berpihak kepada Selangor. Jadi, kami akan selalu berwaspada dan menampilkan aksi terbaik malah saya akan menurunkan barisan terbaik.
“Kelantan adalah pasukan kuat. Mereka memiliki pemain seimbang sama seperti Selangor dan beraksi di gelanggang sendiri bakal menambah semangat mereka untuk menang,” katanya.
Dalam pertembungan itu, Selangor kehilangan khidmat Farderin Kadir akibat kecederaan dan akan digantikan Azrine Efendy Saduddin.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan