KELATEBOLA

LESEN

Lesen Creative Commons
karya ini dilesen dibawah satu Lesen Pengiktirafan 2.5 Malaysia Creative Commons.

Jumaat, 5 Mac 2010

Kelantan, Balester Khalsa Fc Sama Hebat



Perlawanan persahabatan diantara Kelantan menentang Balester Khalsa Fc di Stadium Sultan Muhamad Ke-IV, Kota Bharu berkesudahan dengan kedua-dua pasukan terikat 1-1.

Babak pertama dimulakan dengan kedua-dua pasukan mempamer persembahan berhati-hati untuk mengelakkan gawang dibolosi pada awal permainan.

Kelantan melakukan acahan pertama melalui tandukan Farhan hasil hantaran Indra Putra yang terus kepada penjaga gol pelawat, Ahmadulhaq Che Omar pada minit ke-9.

Selang dua minit kemudian, pemain tengah Belester, Poh Yi Feng melakukan satu sepakan jarak jauh tetapi sedikit tersasar tidak mengancam pintu gol Kelantan.

Belester Fc sekali lagi hampir membolosi gawang Kelantan, kali ini melalui percubaan Victor Borges De Souza pada minit ke-21 namun sepakan derasnya keluar sedikit dari tiang gol Sang Kijang.

Menyedari diasak, Kelantan melakukan beberapa serangan balas melalui Zulyusri Che Harun, Indra Putra, Nidzad Ayub dan Norfarhan namun kerapkali bola hantaran mereka dipintas pertahanan pasukan Balester Khalsa membuatkan hampir 2000 penyokong Kelantan mengeluh kecewa.

Akhirnya gol yang dicari-cari Kelantan menjelma pada minit ke-36 berpunca dari sepakan sudut Badri Radzi ditanduk Azizi yang tidak dikawal namun bola terkena tiang dan seterusnya disambar Nidzad Ayub dengan tenang menyepak leret ke gawang melepasi Abdulhaq Che Omar yang hanya tergamam tidak sempat melakukan sesuatu untuk menyelamatkan pintu golnya.

Selepas gol tersebut, Kelantan mengendurkan sedikit corak serangan memberi ruang kepada lawan untuk mengatur beberapa gerak berbahaya namun tangkas di selamatkan Rizal Fahmi dan Azizi Mat Rose.

Bersambung babak kedua, Kelantan melakukan tiga pertukaran dengan memasukkan Halim Napi, Zamri dan Khairan Eroza mengantikan Khairul Fahmi, Badri Radzi dan Zulyusri untuk mengimbangi corak taktikal Balesta Khalsa Fc.

Kemasukan Zamri dan Khairan memberi ruang kepada Farhan dan Indra untuk menceroboh kubu lawan.

Sathianathan melakukan pertukaran keempat mengeluarkan Rizal Fahmi untuk mengantikan dengan Farisham Ismail dan ternyata satu kesilapan besar setelah Farisham membenarkan pemain lawan melakukan satu percubaan pada minit ke-55 memberikan gol penyamaan kepada lawan.

Gol berpunca dari sepakan percuma Poh Yi Feng dari sebelah kanan kotak penalti Kelantan melepasi kepala Azizi dan Farisham terus kepada Paul Kunningham yang tidak teragak-agak melakukan sepakan deras untuk menewaskan Mohd Halim Napi.

Selepas gol tersebut, Belester Khalsa melancarkan serangan bertali arus melalui penyerang import mereka, Victor Borges dan Rivaldo Costa tetapi dihampakan dengan gerak cemerlang Azizi dan Zairul Fitree yang sering kali memintas bola hantaran dari pemain lawan.

Kemasukan Akmal Rizal, Ailim Fahmi, Che Hishamudin dan Ramzul Zahini selepas itu memberi nafas baru kepada serangan Red Warriors mencari gol kemenangan tetapi semua serangan yang diatur dapat dikeluarkan pertahanan pelawat disamping percubaan pemain Sang Kijang tersasar keluar.

Setelah tambahan masa dua minit, perlawanan ditamatkan dengan kedua-dua pasukan terikat dengan keputusan 1-1.

Lima kad kuning dilayangkan pengadil perlawanan dengan Balester Khalsa mengutip tiga kad kuning manakala Kelantan pula mengutip dua kad kuning.

Gol:
Kelantan 1-1 Balester Khalsa Fc

Kad Kuning:
Kelantan 2-3 Balester Khalsa Fc

Percubaan:
Kelantan 7-4 Balester Khalsa Fc

Posisi Bola:
Kelantan 50-50 Balester Khalsa Fc

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Catatan Popular