Liga Super Selepas Sembilan Perlawanan |
Liga Super 2010 semakin membahang dengan setiap pasukan mula melajukan momentum untuk menduduki tempat terbaik sebelum berakhirnya pusingan pertama tidak lama lagi.
|
Liga Super Selepas Sembilan Perlawanan |
Liga Super 2010 semakin membahang dengan setiap pasukan mula melajukan momentum untuk menduduki tempat terbaik sebelum berakhirnya pusingan pertama tidak lama lagi.
|
Tempoh rehat selama sebulan Liga Super bukan bererti masa untuk berbulan madu buat semua pemain dan pegawai Sang Kijang.
Tempoh rehat ini harus digunakan sebaik mungkin untuk memantapkan persefahaman para pemain, menajamkan jentera tengah dan serangan serta yang paling utama, memastikan pemain berada dalam kecergasan yang sewajarnya.
Bukan tujuan mengerah tetapi ianya realistik jika melihat pada situasi perlawanan yang dilalui Kelantan sebelum ini. Kelihatan jelas para pemain dan pihak pengurusan tertekan dengan asakan para peminat yang mahukan mereka menunjukkan persembahan terbaik dalam setiap perlawanan yang dilalui.
Selepas rehat sebulan, Kelantan dijadualkan menentang Negeri Sembilan di Paroi pada 17 April sebelum kembali ke Kota Bharu menanti kunjungan skuad warga kota pada 20 April. Empat hari selepas itu, Kelantan dijangkakan bertandang ke Stadium MBPJ, Petaling Jaya untuk menentang KL Plus Fc.
Tiga perlawanan akan dilalui selepas tempoh rehat yang panjang memungkinkan aksi pemain semakin berkarat, oleh itu tugas pegawai dan KAFA untuk memastikan semua pemain sentiasa bersedia untuk menghadapi perlawanan akan datang.
Menurut Aizat Haji Salleh dari Pasir Mas, saya fikir tempoh rehat ini membantu Kelantan meningkatkan corak persembahan dan berharap para pemain meneruskan momentum untuk mengejar pasukan atasan lain yang sudah jauh meninggalkan kita.
Cuma saya sedikit kecewa kerana perlawanan yang sepatutnya dimenangi dengan mudah tidak dapat digapai para pemain, katanya sewaktu diminta merumuskan prestasi Kelantan selepas sembilan perlawanan liga.
Che Razlan dari Bachok pula berpendapat tempoh rehat yang panjang sangat penting kerana ia dapat memulihkan semangat pemain yang tertekan setelah mengharungi saingan liga yang semakin menekan disamping membantu pemain yang cedera untuk mengembalikan kecergasan mereka. Beberapa pemain seperti Che Hishamudin, Syed Adney dan S. Subramaniam memerlukan rehat ini untuk memulihkan kecederaan yang membelenggu.
Kelantan menghadapi beberapa pasukan tak kurang hebatnya sepanjang sembilan perlawanan, kata Nik Rosli berasal dari Tumpat. Saya tidak merungut dengan prestasi mereka kerana pemain sudah menampilkan aksi yang luar biasa sehinggakan menguasai perlawanan. Mereka berjaya mengutip tiga mata dari Kuala Terengganu dan satu mata menentang Selangor, satu pencapaian yang cukup memuaskan.
Kalaupun kalah dalam Piala FA, ianya satu proses untuk pembelajaran kepada pasukan agar tidak memandang rendah kepada pasukan lain walaupun diriuhkan di seantero dunia yang kita mempunyai skuad mantap dengan pemain berstatus bintang.
Dalam bola sepak, katanya, pemain perlu sedar wujudnya keadaan pasukan yang tidak bermain baik mampu menang walaupun pasukan lawan bermain cemerlang dan pasukan yang bermain cemerlang, menguasai perlawanan pula mungkin kalah mengejut andai memandang enteng keupayaan lawan.
p/s: Temuramah di lakukan RedsFC-News di Pasaraya Tesco Kota Bharu, malam tadi
Platun Pahlawan Merah berjaya mengikat giant daripada terus mengganas! | |
Mungkin terlalu awal jika emosi penyokong The Red Warriors hendak disamakan dengan emosi penyokong Selangor ketika pasukannya dibelasah Terengganu dengan jaringan 4 gol berbalas 0 kerana jiwa dan emosi penyokong Selangor sudah lama berstatus juara dan profesional serta bersedia dengan apa jua keputusan yang dilalui dan sentiasa setia pada skuadnya. Berbeza dengan segelintir penyokong The Red Warriors, segelintir komuniti yang mengimpikan kejuaraan segera dan tidak boleh menerima hakikat apa-apa jua keputusan kecuali menang, bermacam-macam tuduhan, komen dan ejekan yang buruk diluahkan kepada skuadnya dan ketua jurulatih kerana bagi mereka akan rasa gembira apabila menang sahaja walaupun dengan satu gol.
TRWC banyak menerima panggilan dan luahan menyatakan permainan pasukan kita amat baik kerana seri sudah memadai untuk menghadapi lawan yang gah seperti Selangor ini. Terima kasih kepada semua penyokong The Red Warriors yang telah memberi sokongan tidak berbelah-bagi kepada skuadnya. Posisi perlawanan mengikut pemerhati adalah 50-50 dan lebih 25 percubaan gol The Red Warriors yang tersasar daripada lubang gol. Tahniah kepada semua pemain kerana telah berjuang bermati-matian untuk peminat. Pujian yang tidak terkira kepada semua penyokong yang tidak gentar dengan hujan dan tetap setia sehingga ke 93 minit terakhir. Walau kita hanya seri tetapi kita telah menang dengan jumlah penonton dan perubahan sikap baik yang dikekalkan sejak beberapa perlawanan kebelakangan ini. 'Bravo to all Kelantanese Fan'.
Sokong Biar Bijak, Dipandang Bijak, Bertindak Bijak, Bijak Sokmooo...Gomo Kelate Gomo
Kelantan Masih dihantui "BADI SERI" | | Cetak | | emel |
Keputusan perlawanan TM LIGA SUPER pada malam tadi menyaksikan Kelantan masih dihantui 'Badi Seri'. Ramai peminat The Red Warriors menyatakan kerisauan dengan keputusan malam ini seolah-olah menggambarkan Kelantan ketandusan 'Kaki Gol' walaupun dibarisi antara penjaring terbanyak liga pada musim lepas. Sekalung tahniah kepada barisan pertahanan The Red Warriors yang sentiasa berkerja keras memastikan gol tidak dibolosi. |
NOBITA
LAWAN
GIANT
STADIUM SULTAN MUHAMMED KE IV
12 MAC 2010 : JUMAAT : 8.45 PM
KOTA BHARU – Tumpuan peminat bola sepak tempatan pastinya terarah kepada perlawanan Liga Super antara Kelantan menentang Selangor di Stadium Sultan Muhammed Ke-IV, Kota Bharu esok.
Ibarat pertembungan dua musuh tradisi bola sepak tempatan, perlawanan ini dilihat cukup klasik oleh sebahagian besar peminat bola sepak Kelantan. Bagi peminat Kelantan, mencatat kemenangan ke atas Selangor seumpama Kelantan merangkul piala kejuaraan.
Dan tentunya Kelantan tidak terkecuali mahu menewaskan Selangor setelah pasukan jiran tetangga, Terengganu pernah memalukan Red Giants dengan kemenangan 4-0 pada 23 Januari lalu.
Di atas kertas, Selangor kini gah sebagai pendahulu liga mengumpul 22 mata sementara Red Warriors kian menghambat apabila menduduki tangga keempat liga memungut 15 mata.
Tampil selaku pendahulu takhta liga ketika ini, Selangor jelas merendah diri sambil Kelantan tetap memasang impian mahu mencipta kejutan menyingkirkan Red Giants di gelanggang keramat.
Mengimbau rekod pertemuan musim lalu, kelebihan berpihak kepada Selangor apabila menang 3-0 di Shah Alam dan seri 1-1 di Stadium Nasional, Bukit Jalil rentetan pergantungan gelanggang Kota Bharu.
Ketua Jurulatih Kelantan, B Sathiananthan berkata, beliau tetap menghormati kekuatan pasukan Selangor yang terbukti sebuah pasukan yang mantap daripada segenap sudut.
“Mereka pasukan yang bagus kerana pemain telah bersama sejak 2-3 tahun yang lalu. Tetapi itu bukan alasan untuk Kelantan tidak boleh menewaskan mereka di sini,” katanya sewaktu dihubungi :Sinar Harian: semalam.
“Pertemuan dengan Selangor biasanya cukup menarik terutamanya apabila mereka bertandang ke Kota Bharu. Ianya diibaratkan perlawanan dua musuh tradisi. Semua pasukan yang beraksi dalam Liga Super mahu menewaskan Selangor. Dan Kelantan sememangnya bersedia ke arah itu.
“Saya percaya penyokong setia Kelantan turut menantikan aksi pertemuan ini. Saya mahu pemain saya memberikan 110 peratus komitmen selama 90 minit nanti. Saya percaya, kedua-dua pasukan bakal menampilkan aksi menarik pada perlawanan ini.
“Perjalanan liga masih lagi jauh. Apa yang penting, kami perlu menang pada perlawanan ini. Berapa gol itu tidak penting, asalkan kami mengutip tiga mata,” katanya.
Mengulas mengenai persiapan pasukan, katanya, beberapa tonggak utama seperti Zairul Fitree Ishak, Halim Napi, Syed Adney Syed Hussein dan S Subramaniam masih lagi berada dalam senarai pemain yang mengalami kecederaan.
“Zairul (Fitree) dan Halim (Napi) masih lagi mengalami kecederaan, manakala khidmat S Subramaniam dan Syed Adney (Syed Hussein) hampir pasti terpaksa disisihkan kali ini,” katanya.
Sementara itu perancang tengah, Mohd Shakir Shaari turut mengalami kecederaan tetapi dijangka pulih sepenuhnya menjelang pertemuan dengan Selangor nanti.
Menurutnya, Kelantan akan kehilangan khidmat penyerang, Hairuddin Omar yang digantung dua perlawanan setelah menerima kad merah pada perlawanan dengan T-Team baru-baru ini.
Pada masa sama, Sathia berharap penyokong setia Kelantan terus memberi sokongan kepada barisan pemain Red Warriors.
Di kem Selangor, jurulatihnya, K Devan tetap merendah diri biarpun status sebagai pendahulu liga berpihak kepada pasukan mereka.
Kejayaan menewaskan Kedah 4-0 minggu lalu dan terbaru menumbangkan POS Malaysia 5-1 dalam saingan suku akhir Piala FA malam semalam memberi keyakinan kepada Red Giants untuk melakukan kejutan di Kota Bharu.
“Bertemu dengan Kelantan bukanlah satu perlawanan yang mudah bagi mana-mana pasukan apatah lagi bermain di Stadium Sultan Muhammed Ke-IV.” katanya.
“Apa yang penting, pemain saya mengekalkan prestasi seperti mana terdahulu dan saya kira mengutip satu mata di Kota Bharu rasanya sudah memadai bagi saya,” semalam.
Menurutnya, kekuatan Kelantan bersandarkan kepada beberapa pemain bertaraf bintang seperti Indra Putra Mahayuddin dan Mohd Norfarhan Muhammad dan pemain Selangor harus berwaspada dengan merantai pergerakan pemain tersebut.
Ditanya mengenai persiapan pasukan, Devan berkata, semua pemain Selangor bebas daripada kecederaan dan pergantungan perlawanan dan bersedia untuk diturunkan esok.
“Saya akan menurunkan barisan terkuat untuk menghadapi Kelantan pada esok,” katanya.-
KELANTAN berjaya mencatatkan kemenangan pertama di tempat lawan selepas menundukkan T-Team 1-0 dalam perlawanan Liga Super di Kuala Terengganu malam kelmarin.
Kemenangan tersebut amat bermakna kepada Kelantan selepas mereka disingkirkan pada pusingan kedua Piala FA oleh Kedah, bulan lalu.
Ketua jurulatih Kelantan, B. Sathianathan tanpa berselindung menyifatkan kemenangan tersebut merupakan kejayaan moral pemain ketika mereka dijadualkan bertemu Selangor, Jumaat ini.
Menurutnya, beliau berpuas hati selepas pasu- kannya berjaya mendapatkan tiga mata penuh walaupun beraksi di bawah prestasi sebenar.
"Kita tidak beraksi baik seperti menentang Kedah tempoh hari tetapi apa yang penting, kita berjaya mengumpul mata penuh dan kita memang mengharapkan mata penuh itu.
"Apa lagi yang mampu kita lakukan dengan beraksi di padang yang sebegitu (Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah)? Untung, nasib tetap menyebelahi kita," katanya ketika dihubungi semalam.
Tambahnya, pasukan tuan rumah tidak memberi jalan mudah kepada Kelantan untuk menang dan memberi tentangan yang hebat sebelum tumpas.
Katanya, gandingan Nurshahrul Idlan Talaha dan Nizad Ayub yang disenaraikan sebagai penggempur menunjukkan prestasi yang agak baik.
"Nizad beraksi cemerlang dalam dua perla- wanan persahabatan sebelum ini tetapi semalam dia gagal menjaringkan gol.
"Saya akan memberinya peluang lagi kerana kesungguhan yang di pamerkan dan kita memerlukan pemain yang sentiasa berusaha membantu pasukan," ujarnya.
Dalam pada itu, Sathia turut memuji persembahan yang dipamerkan oleh penjaga gol ketiga Kelantan, Khairul Fahmi Che Mat yang beraksi cemerlang.
"Perlawanan semalam (kelamrin) adalah perlawanan pertama Fahmi dan dia nampaknya berjaya menyesuaikan diri dan saya lihat ia adalah sesuatu yang baik."
Naib Juara Piala Malaysia musim lalu, kelantan fa berjaya memecah badi seri di tempat lawan apabila gol tunggal azizi mat rose berjaya memberikan 3 mata berharga buat kelantan menewaskan t team.
Namun kelantan perlu menunggu hingga minit ke 74 untuk kelantan memecah kebuntuan apabila penjaga gol t team gagal menangkap kemas sepakan freekick dari indra kemudian di sepak masuk oleh azizi mat rose yang tidak di kawal.
Dalam kegembiraan terdapat kedukaan buat pemain kelantan, hairuddin omar apabila beliau di hadiahkan kad merah pertama musim ini pada minit ke 81.
kelantan berjaya menduduki tempat keempat liga super selepas selangor, terengganu dan johor fc.
Mengharap sinar kemenangan di Terengganu | | Cetak | | emel |
" Ambo tak kisah abis duit beli minyak keto, tiket dan masa ambo lagi, tapi kali ni biarlah mene sebab lama doh duk berehat" keluh Mamat Peon. Harapan Mamat ini harapan semua peminat setia The Red Warriors supaya skuadnya mempamerkan aksi yang berbeza dan beroleh kemenangan. Tiada jaminan lain yang harus diusahakan oleh ketua jurulatih kecuali usaha ke arah kemenangan. Badi seri dan kekalahan akan merencatkan sokongan peminat semua selepas ini. Kemenangan keatas T-Team sabtu nanti adalah penyambung riwayat sokongan dan semangat semua peminat The Red Warriors. Hanya kemenangan yang akan mengekalkan gelombang merah di seluruh Malaysia. Tonggak utama seperti Piya, Hai-o dan Akmal yang masih kegersangan gol perlu melakukan kejutan pada hujung minggu ini supaya semua mendapat perasaan yang tenang dan menggembirakan pada Ahad nanti. Episod kecederaan beberapa tonggak utama juga merisaukan skuad The Red Warriors dan berharap S Chanturu dan Norshahrul Idlan dapat beraksi dengan baik selepas pulang dari berjuang bersama skuad negara. Tingkatkan prestasi dan kecemerlangan, jangan biar sokongan dan jualan tiket lesu seperti negeri lain. Kita sayang skuad kita. Kita akan terus setia bersama The Red Warriors. Pakat turun Terengganu belaka. Sokong Biar Bijak, Dipandang Bijak, Bertindak Bijak, Bijak Sokmooo...Gomo Kelate Gomo...Main pun biar bijok sokmo |