KELATEBOLA

LESEN

Lesen Creative Commons
karya ini dilesen dibawah satu Lesen Pengiktirafan 2.5 Malaysia Creative Commons.

Sabtu, 30 Oktober 2010

Dua pasukan sedia berentap

SEGALA persiapan rapi telah dilakukan pasukan Negeri Sembilan dan Kelantan menjelang aksi akhir Piala Malaysia di Stadium Nasional Bukit Jalil, malam ini.

Kedua-dua pasukan sekali lagi bertemu pada perlawanan akhir edisi ke-84 yang menyaksikan Hobin Jang Hobin menewaskan Kelantan 3-1,tahun lalu.

Menurut jurulatih Kelantan, B Sathianathan mengakui Negeri Sembilan sebuah pasukan yang lebih baik walaupun didakwa segelintir pihak tidak mempunyai pemain barisan penyerang untuk mencetak jaringan.

“Kita mendengar mereka (Negeri Sembilan) tiada pemain penyerang, tetapi berjaya juga melangkah ke final kali ini.

“Mereka tetap menjaringkan gol dalam setiap perlawanan seperti Shukor Adan dan Aidil Zafuan,” katanya.

Sementara itu, jurulatih skuad Jang, Wan Jamak Wan Hassan memberitahu tekanan sentiasa wujud di kem Negeri Sembilan apabila beraksi di hadapan penyokong The Reds Warriors malam ini.

“Pemain bakal berhadapan dengan lautan penyokong fanatik The Reds Warriors malam ini namun kita berjaya menjaringkan satu gol dalam perlawanan Piala Malaysia peringkat kumpulan di Kota Bharu.

“Bagi saya, mana-mana pasukan yang bermain lebih baik, pasukan itu akan memenangi perlawanan,” katanya.

Kapten Negeri Sembilan, Aidil Zafuan tidak gusar mengenai ketiadaan beberapa rakan sepasukan akibat mengalami kecederaan kerana terdapat beberapa pemain yang boleh mengisi posisi itu.

“Kelebihan kami adalah terdapat beberapa pemain yang boleh beraksi dua tiga posisi berlainan. Jadi, kami tidak risau mengenainya,” katanya.

Bagi kapten Kelantan pula, Indra Putra menyeru kepada rakan-rakannya supaya tidak terlalu tertekan beraksi dihadapan penonton yang ramai, malam ini.

“Saya memberitahu mereka supaya bermain seperti biasa dan memberikan komitmen terbaik dalam padang. Biarpun kehilangan Azizi Matt Rose dan S.Subramaniam di bahagian pertahanan, saya yakin dengan barisan pemain yang dimiliki B Sathianathan,” katanya.

Jumaat, 29 Oktober 2010

Pisang tidak berbuah dua kali - Indra


Skuad Kelantan giat menjalani latihan di Stadium Sultan Muhammed IV di Kota Bharu, semalam.


KOTA BHARU - Penampilan kali keempat di pentas perlawanan akhir Piala Malaysia mahu digunakan sebaik mungkin oleh ketua pasukan The Red Warriors, Indra Putra Mahyuddin membantu pasukannya meraih kejayaan musim ini.

Menurut Indra, dia yakin pasukan yang diwakilinya mampu menempa kejayaan kali ini selepas dikecewakan 1-3 oleh Negeri Sembilan di hadapan lebih 50,000 penyokong setia The Red Warriorsmusim lalu.

"Tahun lepas kita tewas dan peluang kali ini merupakan perlawanan ulangan bagi kami. Lantaran itu saya dan rakan-rakan akan buat yang terbaik untuk perlawanan tersebut.

"Saya yakin kita mampu muncul juara berdasarkan kepada pemain yang ada. Saya mohon rakan-rakan sepasukan untuk memberikan tumpuan yang tinggi sepanjang perlawanan tersebut berlangsung," katanya ketika ditemui pada sesi latihan di sini, semalam.

Dia menjangkakan perlawanan kali ini sengit dan Negeri Sembilan tidak akan memberikan laluan mudah buat Kelantan.

"Kita akui Negeri Sembilan sebuah pasukan yang kuat, mereka mempunyai ramai pemain yang berpengalaman serta mereka berjaya mendakap Piala FA musim ini," katanya.

Sementara itu, bagi perancang tengah Kelantan, Mohd. Badri Radzi yang tidak beraksi pada perlawanan akhir lalu menyimpul azam untuk membantu pasukannya merangkul kejuaraan piala berprestij itu buat kali pertama.

"Musim lalu saya tidak dapat beraksi kerana mengalami kecederaan serius dan terpaksa berehat panjang. Peluang beraksi yang diberikan kali ini akan digunakan sebaik-baik mungkin.

"Ini merupakan penampilan pertama di pentas akhir Piala Malaysia bersama Kelantan dan peluang ini tidak harus dibiarkan begitu sahaja," katanya ketika di temui.

Sebagai anak jati Kelantan beliau bertekad untuk menebus kembali maruah pasukannya selepas aib kepada Negeri Sembilan pada perlawanan akhir tahun lalu.

"Jika sebelum ini kita tewas, tahun ini saya mahu buktikan bahawa kita mampu mencipta sejarah buat kali pertama sebagai hadiah buat peminat setia.

"Untuk itu, saya dan rakan-rakan telah bersiap sedia turun berjuang dan berdepan dengan lawan yang sama pada tahun lalu," ujarnya.

Ditanya mengenai peluang Kelantan, Badri memberitahu kedua-dua pasukan mempunyai kekuatan seimbang.

"Walaupun rekod sebelum ini agak berpihak kepada Negeri Sembilan, namun berdasarkan pengalaman lalu, kita maklum di mana letaknya kelemahan dan kelebihan pasukan lawan.

"Pada perlawanan kali ini, saya dan semua pemain kami akan berjuang habis-habisan dan memastikan kejuaraan menjadi milik Kelantan," ujarnya penh semangat.

Malah, katanya dia dan rakan-rakan sepasukan tidak sabar untuk turun beraksi pada perlawanan Sabtu ini.

"Jika Negeri Sembilan mahu mengekalkan piala tersebut di tangan mereka, kami pemain The Red Warriors pula bertekad untuk rampas piala tersebut dan membawanya pulang ke Kota Bharu," tegasnya.

Info Skuad Kelantan
Sebelum Final

- Sudah berada di Kuala Lumpur - Hotel Palace Of Golden Horses

- Dijangka akan mengadakan sesi latihan di Stadium Bukit Jalil, 6 petang ini.

- Bakal kehilangan khidmat

  • Azizi Mat Rose - 2 Minggu (Pangkal Paha)
  • S. Subramaniam - (otot)
  • Akmal Rizal (Tidak cergas)

Info Skuad 2011

- Pihak kejurulatihan menawarkan tempat kepada seorang pemain KL Plus yang berasal dari Kelantan untuk menyertai pasukan musim depan.

- Pemain benteng Pahang berbangsa India dalam pemerhatian Kelantan.
Tiada Cuti Selepas Bola.

Kerajaan Negeri Kelantan dibawah pimpinan Tuan Guru Nik Aziz tidak akan memberi cuti umum pada hari Ahad, 31 Oktober 2010 bagi memberi lebih masa buat penyokong pergi dan balik kerana Kerajaan Negeri telah memberikan cuti peristiwa sempena pilihan raya di Galas.

Petikan Kata Tok Guru di Akhbar Utusan

"Cuti tak boleh beri sebab dah cuti untuk pilihan raya (Galas) pada 4 November. Kerajaan negeri dah beri cuti peristiwa untuk pilihan raya, jadi kita tak boleh beri cuti untuk bola kali ini."

Sehubungan dengan itu, tiada cuti akan diberikan selepas perlawanan akhir berlangsung.
Elak Kekecohan




Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat meminta semua penyokong Kelantan tidak mencetuskan kekecohan sewaktu menyaksikan perlawanan akhir Piala Malaysia di Stadium Bukit Jalil, malam esok.

Penyokong yang hadir juga dinasihatkan supaya menonjolkan semangat kesukanan tinggi disamping tidak melakukan sesuatu perkara yang boleh memalukan imej negeri.

Menteri Besar itu turut mahu penyokong Sang Kijang menampilkan akhlak dan teladan baik seperti yang dianjurkan Islam dan berharap peminat setia Kelantan mengelakkan diri dari melakukan keganasan seperti budaya eropah.

Tuan Guru turut melahirkan keyakinan tinggi dengan skuad Kelantan kerana pemain yang dimiliki ketika ini mempunyai kemampuan untuk menang.

Selain itu, ketika diminta mengulas dengan insentif yang dijanjikan, Tuan Guru telah mengumumkan bahawa Kerajaan Negeri akan memberi sejumlah wang kepada pemain Kelantan tidak kira muncul juara ataupun tewas.

Imbuhan diberikan bagi menghargai jasa dan kesungguhan yang diberikan semua pemain sehingga mampu melayakkan diri ke perlawanan akhir.

Ketika perlawanan akhir di Stadium Bukit Jalil, Timbalan Menteri Besar, Datuk Ahmad Yaacob akan mewakil Tuan Guru menyaksikan perlawanan sebagai tanda sokongan Kerajaan Negeri kepada pasukan Kelantan.
Kerajaan Negeri Beri Imbuhan





Kenyataan Tok Guru Nik Aziz Nik Mat kepada Pemain Red Warriors di wall fb beliau : Harapan saya agar pemain-pemain Kelantan dapat bermain bersungguh-sungguh untuk membawa pulang Piala Malaysia buat kali pertama 30 Oktober ini. Insya Allah sejumlah imbuhan tunai menunggu jika muncul sebagai juara. Bermainlah dengan semangat kesukanan dan kepada penyokong, diharap dapat memelihara adab sopan sebagai rakyat Kelantan.


Sekalung tahniah dan ucapan terima kasih dari kami penyokong Kelantan kepada Kerajaan Negeri dibawah pimpinan ulama, Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat atas kesudian memberi imbuhan kepada pemain Red Warriors jika mereka mencapai kejayaan dalam perlawanan akhir Piala Malaysia menentang Negeri Sembilan.

Dengan imbuhan yang dijanjikan, dengan harapan besar tergalas kepada para pemain, semoga kejayaan akan berpihak kepada Kelantan.

Bermain dengan kudrat terakhir, cipta sejarah untuk kebanggaan anak Kelantan di seluruh dunia.

Tiket, Tiket dan Tiket

Info 1
atas dasar saim kepado rakan2.. ado ore nk jual tiket denge hargo rm35 sbutir.. aado 3 butir.. Kalu nok, call segera 014 826 6657 (Serahh) dan segeralah berkejar ke Jelawat sebelum ngorik. call segera.. kawe nk ambik pn jauh sbb kenderaan tadok.. kalu x meme kawe g ambik ko pok2 kito wak xleh lg..

Info 2

Rombongan Kelab Penyokong Rasmi Kelantan ke Bukik Jalil : RM120 (Tiket Dijamin) : Berminat : hubungi : Abe Harun : 010 9246700 : Hanya 40 tempat sahaja : Siapa Cepat dia dapat :


Info 3

Sipir Mudah Utk Tiket Pah nilai la ado lg ko dop..

10k = Rm30 di KB (sold Out)
10k = Pakej Rm40, Rm70, Rm160, Booking (Sold Out)
10k = Politik (galas, Tanah Merah, Kota Bharu, lain2 tempat, kelab penyokom, bas persendirian (sold out)

Pendek kato habis lako2 dos di KB ni. So, utk lembah Kelang. xth la.

Info Terkini Dari Skuad Kelantan.

Sumber Gambar: Kosmo Online.

- Skuad Kelantan akan mengadakan sesi latihan terakhir di Kota Bharu pada Khamis, 28 Okt 2010 (hari ini)

- Kesemua pemain dan pengurusan Kelantan akan bertolak ke Kuala Lumpur pada pagi Jumaat (29 Okt 2010)

- Status Azizi dan S. Subramaniam masih belum diketahui. Namun berdasarkan pemerhatian dan laporan dari pihak fisio, kemungkinan mereka akan kembali cergas sebelum sepak mula Perlawanan Akhir Piala Malaysia.
Pemain Kelantan Siap Sedia.




Moral pemain Kelantan berada di tahap tertinggi untuk mencipta sejarah pertama buat negeri Cik Siti Wan Kembang.

Kehadiran kembali ketua jurulatih, B Sathianathan dari tempoh pengantungan menyemarakkan kembali semangat kesemua pemain Sang Kijang untuk menghadapi gelora pentas akhir buat kali kedua berturut-turut.

Tugasan 2009 gagal dilaksanakan tetapi pada kali ini tiada alasan yang harus diberikan jika dilihat pada prestasi semasa kesemua pemain Kelantan.

Pertembungan ulangan kedua-dua pasukan perlu dimenangi Kelantan setelah kekecewaan dibelasah tanpa belas pada saingan Piala Malaysia lalu masih lagi berbekas di hati kebanyakan pemain dan penyokong Red Warriors.

Menurut B. Sathianthan yang ditemui semalam, pemain Kelantan digesa fokus kepada aksi final kerana peluang ini bukan mudah diperolehi.

Kejayaan melayakkan diri ke pentas akhir buat kali kedua sudah membuktikan status kita selaku antara kuasa baru bola sepak Malaysia dan kita menjadi pilihan untuk muncul juara pada kali ini.

Dengan kehadiran ramai pemain berpengalaman serta kemantapan ditonjolkan pemain negeri, tidak mustahil dendam lama akan terbalas.

Untuk pengetahuan, Kelantan dan Negeri Sembilan bakal mengulangi aksi akhir pada tahun ini selepas kejohanan lalu gah dimenangi Sang Rusa dengan jaringan 3-1.

Catatan Popular