KELATEBOLA

LESEN

Lesen Creative Commons
karya ini dilesen dibawah satu Lesen Pengiktirafan 2.5 Malaysia Creative Commons.

Jumaat, 28 Jun 2013

Mungkinkah SBJ pula akan jadi zon perang?

askar
Kemunculan JMF mengawal stadium Sultan Muhammad ke IV pernah menggemparkan bolasepak Malaysia, sabtu ini ramai penyokong Kelantan tertanya-tanya adakah akan muncul lagi pasukan lengkap bersenjata sebagaimana pernah muncul di Kota Bharu ini. Jika kehadiran JMF tanpa senjata perang sabtu ini mungkin tidak akan menjadi isu besar bagi penyokong-penyokong Kelantan tetapi jika sebaliknya FAM harus bertanggungjawab memadam insiden-insiden seperti ini kerana tidak pernah berlaku dalam liga-liga kelas A atau B di bawah FIFA.
Seluruh penyokong Kelantan menyeru rakan-rakan penyokong The Red Warriors menjadikan perlawanan sabtu ini antara perlawanan paling bersejarah dalam bolasepak Malaysia dengan mengelakkan sebarang kekecohan, provokasi dan insiden-insiden yang tidak diingini. Selain itu penyokong Kelantan juga menyeru pihak pengurusan JDT datanglah tanpa senjata perang dan elakkan menjadikan kawasan stadium zon perang, serahlah sepenuhnya tugasan keselamatan kepada pihak polis dan pihak keselamatan yang dilantik.
Sepanjang 4 final Piala FA yang dilalui Kelantan tiada lagi insiden pelik mahupun keganasan atau kematian yang berlaku. Oleh itu berilah keyakinan sepenuhnya kepada pihak polis dalam menjalankan tugas-tugas mereka. Salam kedamaian dan keamanan dari seluruh penyokong Kelantan. GOMO KELATE GOMO

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Catatan Popular