KELATEBOLA

LESEN

Lesen Creative Commons
karya ini dilesen dibawah satu Lesen Pengiktirafan 2.5 Malaysia Creative Commons.

Selasa, 4 Jun 2013

Bojan: ‘Tak Ada Masalah Jumpa JDT’


Bojan Hodak
“KAMI tak ada masalah jumpa Johor Darul Takzim (JDT)”
Itu komen pengendali The Red Warriors, Bojan Hodak mengenai JDT, lawan yang menanti pasukannya pada pentas final Piala FA edisi ke-24 di Stadium Nasional Bukit Jalil, pada 29 Jun ini, lapor MAZRAM IDZAM RIDZAL MAHMUD.
Hodak yang kembali menyambung sesi latihan bersama Kelantan hari ini berkata, beliau tidak gentar dengan kebangkitan Harimau Selatan sebaliknya menganggap keupayaan pasukan berstatus kelab itu setaraf dengan pasukan lain.
“Hajat penyokong akhirnya tertunai apabila Kelantan akan bertemu JDT.  Saya pun gembira dapat jumpa JDT, kerana ini adalah medan terbaik bagi kedua-dua pasukan menguji kekuatan masing-masing di gelanggang berkecuali,” katanya kepada Sinar Harian semalam.
“Peminat beritahu ini pertembungan ini melibatkan maruah pasukan masing-masing, memang itu satu kenyataan yang tak dapat dinafikan. Tetapi saya ada misi peribadi, hendak menang satu piala sekali gus mempertahankan kejuaraan dimenangi musim lalu.
Pada saingan separuh akhir, juara bertahan itu mara setelah menyingkirkan Terengganu dengan agregat 6-5 manakala JDT turut layak menerusi peraturan gol di tempat lawan meski pun kecundang 1-2 kepada Pahang, malam kelmarin.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Catatan Popular