KELATEBOLA

LESEN

Lesen Creative Commons
karya ini dilesen dibawah satu Lesen Pengiktirafan 2.5 Malaysia Creative Commons.

Khamis, 27 Jun 2013

KAFA Seakan Hilang Pendirian


Penyokong berebut tiket yang disangka tiket final Piala FA yang dirampas daripada penjual tiket selepas tidak berpuas hati apabila mendapat tahu tiket habis dijual dalam tempoh 10 minit di Stadium Sultan Muhammad IV, semalam.
Kota Bharu: Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) seakan hilang pendirian dalam aspek pengurusan termasuk penjualan tiket menjelang empat hari sepak mula final Piala FA di Stadium Nasional Bukit Jalil, Sabtu ini.
Ini berikutan terdapat dua percanggahan kenyataan membabitkan dua orang penting dalam persatuan berkenaan selepas kejadian kekecohan penyokong ketika penjualan tiket final di Stadium Sultan Muhammad IV, semalam.
KAFA dakwa jualan telus
Ketika mesyuarat, kami sudah tetapkan tiket final Piala FA dan Liga Super dijual di kaunter berasingan. Namun apa yang berlaku hari ini (semalam) berbeza dengan apa yang diputuskan ketika mesyuarat.” Pegawai KAFA
“Ketika mesyuarat, kami sudah tetapkan tiket final Piala FA dan Liga Super dijual di kaunter berasingan. Namun apa yang berlaku hari ini (semalam) berbeza dengan apa yang diputuskan ketika mesyuarat.
“Semua keputusan yang dibuat tidak diikuti ketika tiket dijual. Macam mana penyokong tidak marah kalau tiket tidak dijual seperti yang dijanjikan,” kata seorang pegawai KAFA yang enggan mendedahkan identitinya semalam.
Lain pula cerita daripada Bendahari KAFA, Nik Aminaldin Jaafar yang menyifatkan penjualan tiket final FA antara Kelantan dan Johor Darul Takzim (DT) kepada penyokong dibuat secara telus.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Catatan Popular