The Red Warriors perlu mencatatkan
kemenangan dalam perlawanan pembukaan Piala Malaysia 2012 ketika
bertandang ke Kuala Terengganu pada hari Rabu depan.
Menurut penasihat Persatuan Bola
Sepak Kelantan (KAFA), Tan Sri Annuar Musa, perlawanan pertama selepas
lama bercuti sangat merbahaya.
Kecuali pemain betul-betul
memberi fokus dan mempunyai kecergasan perlawanan yang baik dapat
menangani masalah ini pada permulaan liga.
Justeru itu, adalah sangat
mustahak kepada semua pemain untuk beraksi sebaik mungkin seterusnya
memberi tumpuan penuh ketika melawan Terengganu, jelasnya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan