Mohamad Ghaddar bakal dihadapkan ke
jawatankuasa disiplin Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) selepas gagal
melaporkan diri pada 5 Ogos 2012.
Menurut kenyataan kepada pihak
media, Penasihat KAFA, Tan Sri Annuar Musa menyatakan tindakan terpaksa
diambil kerana dia melanggar peraturan dengan mengambil cuti sendiri
tanpa kebenaran.
Ghaddar dijangka tiba esok dan
setelah tiba dia akan dihadapkan terus ke jawatankuasa disiplin
seterusnya pihak KAFA akan mengeluarkan surat tunjuk sebab mengapa dia
gagal hadir seperti yang telah ditetapkan.
Ghaddar perlu menjawab surat tersebut mengapa dia tidak melaporkan diri, jelasnya.
Mengulas tentang persiapan
penyerang import itu dalam Piala Malaysia nanti, Annuar menjelaskan
Mohamad Ghaddar bakal berdepan latihan intensif selepas berehat lebih
sebulan tanpa sebarang aksi kompetetif.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan