Selepas mencatat kemenangan
memberangsangkan keatas Pattani FC, skuad The Red Warriors bakal melalui
satu lagi perlawanan ujian menentang T-Team di Stadium Sultan Muhamad
Ke-IV, Kota Bharu, Rabu depan.
Perlawanan kedua yang diatur
oleh Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) sempena persiapan mereka bagi
mengharungi dua kejohanan bermula 22 Ogos ini.
Setakat ini, ketua jurulatih
Sang Kijang, Bojan Hodak dilihat berpuas hati dengan persembahan pasukan
biarpun masih belum mencapai sasaran prestasi seperti yang telah
ditetapkan.
Para pemain beraksi baik terutamanya
pada babak kedua ketika melawan Pattani sehingga menjaringkan tiga gol
tetapi itu tidak bermakna kita pasukan yang bagus.
Oleh itu, pertemuan dengan
T-Team merupakan ujian kedua kepada pemain untuk menunjukkan mereka
telah bersiap sebaik mungkin sebelum menyertai Piala Malaysia dan Piala
AFC, jelasnya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan