KELATEBOLA

LESEN

Lesen Creative Commons
karya ini dilesen dibawah satu Lesen Pengiktirafan 2.5 Malaysia Creative Commons.

Selasa, 21 Ogos 2012

Prebiu Perlawanan Piala Malaysia 2012 : Terengganu mln Kelantan.

Kelantan turun cabaran pertama Piala Malaysia apabila bertandang ke Stadium Sultan Ismail Nasharudin Shah, Kuala Terengganu, malam esok.

FINAL PIALA MALAYSIA

Satu perlawanan cukup getir kepada barisan pemain bimbingan Bojan Hodak untuk mendapatkan tiga mata penuh seterusnya membuka saingan dengan nota kemenangan.

Dilabel "east coast derby", perlawanan melibatkan Terengganu dan Kelantan sememangnya menjanjikan saingan sengit sejak berpuluh tahun lepas.

Beraksi di laman lawan dilihat memeritkan buat pemain Kelantan sementelah pula para pemain masih dalam mood hari raya sedangkan Terengganu mempunyai kelebihan besar dengan aksi didepan penyokong sendiri.

Pada pertemuan esok, kedua-dua pasukan bagaimanapun mempunyai kelebihan masing-masing dengan peluang mendapatkan kemenangan adalah 50 peratus bagi setiap pasukan.

The Red Warriors sedikit tertekan kerana kehilangan penjaring terbanyak mereka, Ghaddar yang digantung satu perlawanan manakala Terengganu pula juga masih gagal mendapatkan kapten pasukan yang tersisih ekoran masalah kecederaan.

Berdasarkan pertemuan Piala Malaysia musim lepas, Terengganu menewaskan Sang Kijang 3-1 dalam perlawanan sengit peringkat suku akhir dimana sehingga lima pemain dilayangkan kad merah.

Manakala rekod musim ini pula mencatatkan keputusan seri 2-2 selain dua pertemuan di Kota Bharu pula semuanya berpihak kepada The Red Warriors.

Lain saingan, lain masa, lain cabaran.

Pada pertemuan malam esok, Bojan Hodak kemungkinan besar menerapkan formasi "defensive" bagi mengimbangi corak permainan Terengganu.

Satu kelegaan selepas kesemua pemain tonggak yang bersama skuad negara sudah kembali dari masalah kecederaan selain tiga pemain pinjaman dilihat sudah cukup serasi selepas sebulan berlatih bersama.

Dijangka Khairul Fahmi Che Mat mengisi posisi penjaga gol dengan Syazwan Yusoff kemungkinan besar diletakkan di bangku simpanan.

Posisi pertahanan pula bakal menggabungkan pemain muda dan berpengalaman dimana Nik Shahrul Azim diletakkan dalam kesebelasan utama mengisi posisi Daudsu yang bertukar arah ke sebelah kiri. Pertahanan tengah seperti biasa bakal diperkuatkan dengan gandingan mantap S. Subramaniam dan Obinna Nwaneri.

Jentera tengah, Mohd Badri Radzi selaku ketua pasukan ditagih untuk mengekalkan "form" seperti saingan Liga Super. Dia bakal diletakkan selaku "attacking" manakala Shakir bakal digandingkan dengan Mafry Balang di "defensive Midfielder". Bahagian sayap, Norfarhan dan Indra Putra Mahayuddin.

Ketiadaan Ghaddar akibat pengantungan bakal meletakkan Norshahrul Idlan selaku penyerang tunggal manakala Afiq Azmi dan Ramzul Zahini kemungkinan besar akan masuk dalam senarai pemain jika Bojan merubah kembali formasi kepada dua pemain penyerang.

Bagi Terengganu, sedikit resah jurulatih mereka kerana ketiadaan perlawanan persahabatan memaksa beliau mengharapkan keajaiban untuk pemain beraksi bagus.

Menurut komen Butler, tiada perlawanan persahabatan ditambah ketiadaan seorang dua pemain utama merencatkan lagi persiapan mereka menjelang saingan dengan Kelantan.

Justeru itu, mereka hanya mampu menjanjikan aksi yang terbaik kepada penyokong dan sangat bersyukur jika mampu mendapatkan kemenangan keatas Juara Liga Super dan Piala FA tersebut.



sumber:redsfc news

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Catatan Popular