KUALA
LUMPUR – Kelantan menafikan hajat besar Angkatan Tentera Malaysia (ATM)
untuk merekodkan kemenangan tiga kali berturut-turut apabila berjaya
mengikat pendahulu Kumpulan B Piala Malaysia itu 1-1 di Stadium Majlis
Perbandaran Selayang, semalam.
Bagaimanapun
kerancakan perlawanan antara ATM dengan Kelantan di hadapan 20,000
penonton itu dicemari oleh insiden baling botol daripada penyokong The
Red Warriors ke dalam padang ekoran tidak berpuas hati dengan keputusan
pengadil perlawanan, Mohd. Amirul Izwan.
Akibat
kejadian itu, perlawanan terpaksa diberhentikan 14 minit di babak kedua
selepas pengadil enggan memberikan penalti kepada pasukan pelawat
selepas Mohd. Badri Radzi dikasari di dalam kotak penalti.
Marlon
meletakkan ATM di hadapan pada minit ke-55 ekoran kesilapan penjaga gol
Kelantan, Khairul Fahmi Che Mat yang gagal menangkap kemas rembatan
penyerang dari St. Vincent & Grenadines itu sebelum bola bergolek
masuk ke dalam gawang.
Namun, Obinna
Nwaneri memastikan penyokong setia Kelantan seramai 15,000 tidak pulang
hampa apabila berjaya menyamakan kedudukan pada minit ke-87 hasil
rembatan kencang ke gawang gol selepas menyambung percubaan Shakir
Shaari yang sebelum itu dapat diselamatkan oleh Farizal Harun.
Keputusan
seri itu meletakkan peluang buat semua pasukan dalam Kumpulan C masih
sama rata dengan ATM kekal di tangga teratas dengan tujuh mata sementara
Kelantan naik ke tempat kedua dengan empat mata, Kedah dan Terengganu
memungut tiga mata.
Kelantan
membayangkan penguasaan awal melalui dua gerakan solo menarik Norshahrul
Idlan Talaha pada minit ke-8 dan 11 namun rembatan leretnya terlalu
lemah dan mudah ditangkap kemas oleh penjaga gol ATM, Farizal Harun.
Ketika
Red Warriors rancak menyerang, ATM melakukan serangan balas pada minit
ke-14 menerusi gerakan Hairuddin Omar yang melakukan hantaran tinggi
kepada Marlon Alex James.
Penyerang
import itu berjaya mengatasi kawalan ketat Obinna Nwaneri dan
menggelecek Khairul Fahmi Che Mat tetapi rembatannya sekadar sipi
mengenai jaring di sebelah tepi.
Jika
tidak kerana Azmi Muslim dapat menahan rembatan Mohd. Afiq Azmi di atas
garisan gol, Kelantan sudah pasti berada di hadapan pada minit ke-26
selepas Irwan Fadzly Idrus melakukan kesilapan apabila terlepas bola
dalam kotak penalti.
Bermula babak
kedua, jurulatih Kelantan, Bojan Hodak membuat penukaran memasukkan
Mohammad Ghaddar untuk menggantikan Afiq dan pemain import Lebanon itu
hampir meledak gol pembukaan seminit kemudian tetapi percubaannya tidak
membuahkan sebarang hasil.
Rembatan
jarak jauh Marlon dapat diselamatkan oleh Khairul Fahmi Che Mat pada
minit ke-47 sebelum penjaga gol kebangsaan itu sekali lagi terpaksa
bekerja keras menyekat gerakan Hairuddin lima minit kemudian yang
berjaya melepasi pertahanan Kelantan dalam kawasan penalti ATM.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan