Ketua jurulatih Kelantan, Bojan Hodak
kelihatan pening untuk mengatur strategi selepas beberapa pemain utama
masih gagal bersama skuad kerana sedang bercuti dan menyertai skuad
kebangsaan.
Pada perlawanan menentang
Pattani FC di Kota Bharu yang dimenenangi The Red Warriors, beliau
terpaksa mengatur strategi berlainan dari biasa untuk mengimbangi
pasukan pelawat.
Permulaan babak pertama
menunjukkan betapa ketiadaan tonggak yang sering diturunkan menyaksikan
Kelantan gagal melancarkan serangan berkesan malahan mudah dipatahkan
oleh Pattani FC.
Mujurlah taktikal menjadi yang
disusun sebaik babak kedua bersambung membolehkan mereka mencapai
kemenangan tiga jaringan keatas pasukan kendalian Syed Bukhari Duereh
tersebut.
Kecemerlangan beberapa pemain
simpanan seperti Tuan Mohd Faim serta tiga pemain pinjaman turut
membantu meredakan sedikit tekanan Bojan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan