KELATEBOLA

LESEN

Lesen Creative Commons
karya ini dilesen dibawah satu Lesen Pengiktirafan 2.5 Malaysia Creative Commons.

Isnin, 27 Ogos 2012

Kolumnis : Ramai Pemain TRW Cuba Dipikat Pasukan Lain.

Persembahan konsisten sehingga mempertahankan kejuaraan Liga Super serta menjulang kali pertama Piala FA pada musim ini selain masih beraksi dalam Piala Malaysia dan AFC menyebabkan beberapa pasukan dalam Liga Malaysia menyatakan minat secara terbuka untuk merekrut pemain The Red Warriors.


Berbeza pada musim sebelum ini dimana hanya dua hingga tiga pemain sahaja mahu diambil pasukan lain tetapi pada saingan terbaru, sehingga sebelas pemain utama ditawarkan kontrak untuk meninggalkan Sang Kijang.

Bukan lagi rahsia nama-nama seperti Badri Radzi, Nurul Azwan Roya, Norshahrul Idlan Talaha, Daudsu Jamaludin, Rizal Fahmi, S. Chanturu, Shakir Shaari serta tenaga import, Mohamad Ghaddar dan Obinna Nwaneri telah ditawarkan kontrak lumayan untuk beraksi bersama pasukan lain pada tahun depan.

Satu perkembangan yang sihat untuk karier pemain tetapi berita buruk kepada pihak pengurusan Kelantan FA kerana terpaksa berjuang untuk mengekalkan pemain utama mereka.

Setakat ini, dilaporkan pasukan dari Selatan, Johor begitu aktif memancing pemain Cik Siti Wan Kembang untuk bersama mereka.

Selangor juga tidak terkecuali kerana turut menawarkan tempat kepada dua pemain Kelantan dengan tawaran yang cukup sukar ditolak.

Pada hakikatnya, jika pemain yang ditawarkan kontrak ini merasakan mereka ingin mencari kelainan, mereka mungkin akan keluar kerana segala kejuaraan dalam Liga Domestik telah mereka julang bersama The Red Warriors.

Bagaimanapun, jika mereka ingin merasai suasana sebenar bola sepak negara seperti yang ditekankan oleh para pengulas sukan tanahair, hanya beberapa pasukan sahaja mampu menerbitkan suasana itu terutamanya negeri Kelantan.

Patah tumbuh hilang berganti bagaimanapun sesuai untuk Sang Kijang kerana ada beberapa pemain luar sedang dalam penilaian khas KAFA untuk dibawa masuk.

Satu kemujuran juga apabila Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) turut cakna kehendak peminat dengan pantas menawarkan kontrak kepada pemain yang mereka rasa mampu untuk memberikan pulangan lumayan pada saingan akan datang.

Jadi pilihan sebenarnya ada pada tangan pemain sama ada mereka ingin kekal atau berhijrah kerana para penyokong kini semakin sedar bidang bola sepak hanya bersifat sementara dan tidak kekal.

Justeru itu, fikir masak-masak sama ada ingin terus bersama pasukan yang telah menjulang nama atau menerima tawaran kontrak lumayan beraksi dengan pasukan lain pada musim mendatang

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Catatan Popular