Saya Mahu Piala Malaysia.
Pemain sayap Kelantan, Nurul Azwan Roya bertekad akan membantu The Red Warriors muncul juara dalam saingan Piala Malaysia 2012.
Menurutnya ketika bersama RedsfcNews semalam, dia berharap Kelantan dapat menjulang kejayaan dalam persaingan tahun ini.
Dia yang masih tidak memiliki
pingat Piala Malaysia akan memberikan persembahan terbaik untuk muncul
juara buat kali ketiga pada musim ini bersama Sang Kijang.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan