KELATEBOLA

LESEN

Lesen Creative Commons
karya ini dilesen dibawah satu Lesen Pengiktirafan 2.5 Malaysia Creative Commons.

Jumaat, 3 Ogos 2012

Kelantan tak mahu bersama Terengganu


Sebelum undian Piala Malaysia berlangsung semalam, pengurus pasukan bola sepak Kelantan, Azman Ibrahim ada membayangkan jika diberi pilihan juara Liga Super dan Piala FA itu tidak mahu berada dalam satu kumpulan dengan Terengganu, Kedah dan Tentera.

‘Mulut masinh’ atau secara kebetulan kerana apa yang dibimbangkan Azman itu akhirnya menjadi kenyataan apabila The Red Warriors diundi dalam satu kumpulan dengan ketiga-tiga pasukan berkenaan, semalam.
“Apa yang saya
risaukan berlaku juga akhirnya,” kata Azman selepas majlis undian yang meletakkan Kelantan, Terengganu, Kedah dan Tentera dalam Kumpulan B.

“Ini jelas sekali adalah kumpulan maut saingan kali ini. Terengganu dan Kedah memang lawan sukar yang cukup kami hormati, manakala juara Liga Perdana musim ini, Tentera yang dikendali bekas pengendali Kelantan, B Sathianathan bukan calang-calang pasukan.

“Sathia pernah menerajui Kelantan menjuarai Piala Malaysia pada 2009 dan dia menyimpan banyak rahsia pasukan ini. Saya harap menyimpan sebahagian daripadanya dan memberi peluang kepada Kelantan untuk muncul juara,” katanya.

Bagaimanapun Azman yakin, pasukan yang mampu melepasi cabaran peringkat kumpulan maut ini akan pergi jauh dalam kejohanan itu nanti. “Jika dapat melepasi kumpulan, pasukan itu akan dapat pergi jauh,” katanya.

Sementara itu, Sathianathan akur dengan nasib pasukannya yang diundi bersama Kelantan dan tidak menolak kemungkinan Tentera mempunyai peluang untuk melakukan sesuatu dalam saingan Piala Malaysia tahun ini.
“Sebelum pasukan terakhir dalam Kumpulan B diundi, saya sudah terbayangkan nama Tentera akan keluar, dan apabila ia benar-benar muncul saya tidak terkejut,” kata Sathia. “Apa-apa pun boleh terjadi dalam peringkat ini, peluang kami tetap ada.”

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Catatan Popular