Pertahanan Kelantan dan juga
pertahanan kebangsaan, S.Subramaniam mengkritik tindakan penyokong The
Red Warriors yang kurang bijak mengejek penyerang Kelantan, Ramzul Zaini
yang masuk menggantikan Afiq Azmi pada perlawanan menentang Kedah malam
tadi. Kritikan itu dilakukan menerusi laman facebook peribadi beliau.
Tindakan sedemikian sememangnya tidak
wajar kerana tindakan berkenaan boleh menyebabkan pemain hilang fokus
dan gagal untuk memberikan aksi sebaik mungkin. Ramzul pernah menjadi
antara pemain yang digemari penyokong pasukan Kelantan terutamanya
setelah menjaringkan hat trik pada perlawanan separuh akhir Piala FA
tahun lalu.
Insiden ini adalah insiden terbaru
melibatkan penyokong Kelantan setelah isteri kepada penyerang Kelantan,
Norshahrul Idlan Talaha turut meluahkan kekesalan terhadap tindakan
penyokong Kelantan yang mengherdik penyerang berkenaan kerana gagal
beraksi dengan baik ketika kekalahan Kelantan kepada Terengganu tempoh
hari.
Kelantan mencatat kemenangan pertama
perlawanan kumpulan B menewaskan Kedah 2-1 di Stadium Sultan Muhammad IV
malam tadi setelah tewas kepada Terengganu dalam perlawanan pertama
mereka.
Jika anda berada di tempat Ramzul apakah perasaan anda? Sedangkah Ramzul banyak Kelantan membantu seperti Kelantan mara ke final Piala FA dan membantu skuad Piala Emas Raja-raja Kelantan menjuarai Piala.. Wahai semua penyokong bola sepak kelantan jangan kamu lemahkan semangat permain.Jika kamu berasa hebat kamu join bola sepak. Cuba anda Fikir ..Jangan mudah booo permain sesuka hati...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan