KELATEBOLA

LESEN

Lesen Creative Commons
karya ini dilesen dibawah satu Lesen Pengiktirafan 2.5 Malaysia Creative Commons.

Jumaat, 27 April 2012

Johor Bukan Tandingan President Warriors.


President Warriors menggunakan kelebihan beraksi di tempat sendiri untuk menewaskan Johor 3-1 dalam saingan Liga Presiden Malaysia 2012, petang tadi.



Turun dengan tekad tinggi, Sang Kijang menguasai babak awal permainan untuk mendahului Johor seawal minit ke-15 hasil jaringan Shahiran Mohd Zain.

Selepas jaringan tersebut, Kelantan seakan kebuntuan penyudah apabila gagal menyempurnakan banyak peluang yang terhidang didepan gawang pelawat.

Johor yang sekali sekala melakukan serangan akhirnya berhasil menyamakan kedudukan pada minit ke-45 selepas Mohd Riduan Hashim menyempurnakan peluang yang terhidang.

Bersambung babak kedua, Kelantan menukar corak permainan dengan melancarkan banyak serangan kearah kubu Johor namun gagal mencari jaringan.

Sehinggalah minit ke-80, Aris Zaidi akhirnya menjelmakan jaringan pendahuluan buat President Warriors.

Selang dua minit kemudian, Aris terus mengganas dengan jaringan kedua peribadi dan yang ketiga buat tuan rumah.

Selepas tambahan masa tiga minit, tiada perubahan jaringan dapat dilakukan kedua-dua pasukan untuk Kelantan mencapai misi memungut tiga mata penuh.

Kelantan Hilang Tiga Tonggak.


Kelantan turun perlawanan separuh akhir kedua Piala FA 2012 menentang Kedah tanpa tiga pemain tonggak akibat masalah kecederaan dan pengantungan perlawanan.


Menurut sumber Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA), hampir pasti Mohd Badri Radzi tidak dapat diturunkan kerana masih dilanda kecederaan pangkal paha.

Dua lagi pemain, Mohd Daudsu Jamaluddin dan S. Subramaniam juga tidak dapat digunakan ekoran pengantungan perlawanan selepas mengutip kad merah dan tiga kad kuning.

Namun, ketiadaan mereka tidak menggusarkan ketua jurulatih, Bojan Hodak kerana Kelantan masih memiliki ramai pemain yang mampu mengisi kekosongan yang ditinggalkan mereka.

Pada pertemuan pertama di Kota Bharu tempoh hari, The Red Warriors gagal membawa bekalan selesa apabila sekadar seri 1-1 dengan Sang Kenari.

Khamis, 26 April 2012

Pemain Yakin Kelantan ke Pentas Akhir.


Beberapa pemain yang ditemui  di lapangan terbang sekembalinya dari tugasan antarabangsa yakin The Red Warriors mampu melangkah ke pentas akhir Piala FA 2012 seperti yang diidamkan.


Biarpun menyedari tugasan sukar bakal dihadapi sementelah pula pihak lawan mempunyai kelebihan jaringan di tempat lawan, mereka tetap yakin kemampuan yang dimiliki setiap pemain mampu untuk mengecewakan Kedah di laman mereka.

Menurut beberapa pemain yang mahu nama dirahsiakan, Kelantan mempunyai skuad ampuh selain memiliki moral tinggi selepas kemenangan keatas Navibank dan kehadiran mereka ke Alor Setar bukan untuk suka-suka.

Mereka tahu hanya kemenangan yang mampu untuk membalas jasa pihak pengurusan dan para penyokong yang sentiasa berada di belakang pasukan saat menang atau dilanda musibah.

Paling utama, mereka berharap para penyokong terus memberikan sokongan padu kepada Sang Kijang seterusnya mendoakan kejayaan pasukan pada pertemuan tersebut.

Prebiu Liga Presiden 2012 : Kelantan vs Johor.

Seminggu bercuti dari perlawanan kompetetif, President Warriors turun aksi seterusnya Liga President Malaysia 2012 menentang Johor di Stadium Sultan Muhamad Ke-IV, Kota Bharu.


Satu perlawanan yang dilihat penting kepada mereka untuk meneruskan kemaraan ke pusingan seterusnya.

Biarpun masih dilanda perasaan kecewa dengan pemotongan mata oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), ia bukan alasan kepada skuad Liga Simpanan Kelantan tersebut untuk mengaku kalah.

Waktu ini, tiada apa yang mampu dilakukan selain turun dengan semangat juang 100% seterusnya mengutip tiga mata penuh sebanyak mungkin.

Permulaan berjaya diraih di PDRM minggu lepas dan aksi dengan Johor adalah penerus kepada para pemain untuk terus beraksi baik bagi mencatatkan kemenangan.

Menurut Pengurus pasukan, Encik Yusri, atas kertas, mudah kepada mereka untuk mencatatkan kemenangan kerana lawan yang dihadapi dilihat masih terkapai-kapai untuk mendapatkan rentak.

Namun begitu, mereka tidak boleh memandang mudah kerana lawan turun tanpa sebarang tekanan berbanding President Warriors yang dilihat bakal mengalami masalah besar andai tercicir mata.

Melihat pada rekod pertemuan semasa, Kelantan dijangka tidak menghadapi masalah kerana perlawanan pertama di gelanggang lawan, mereka mengutip mata penuh dengan jaringan besar.

Pada pertemuan petang esok, dijangka ada perubahan pada senarai kesebelasan pemain selepas dilaporkan ada beberapa pemain tidak tersenarai akibat kecederaan.

Namun, tonggak utama penyumbang jaringan perlawanan sebelum ini masih ada dan diharapkan mampu meneruskan kecemerlangan biarpun tertekan dengan masalah pasukan.

Dijangka penjaga gol kekal menggunakan Mohamad Ramadhan manakala barisan benteng pula diterajui ketua pasukan, Faizol Nazlin Sayuti serta Tuan Mohamad Faem.

Barisan tengah, Norsyahrul Hawari dan Asif kekal di tempat utama manakala Azmi dan Nurfirdaus kemungkinan besar kekal dalam kesebelasan utama pasukan.

Jentera serangan, tiada lain selain Shahiran Mohd Zain serta Aris Zaidi yang dipertaruhkan Hashim untuk melakar jaringan. Pemain simpanan seperti Azyu Ikmal dan Manaf Mansor mungkin juga berpeluang andai ketua jurulatih tersebut mahukan sedikit perubahan pada senarai pemain penyerang.

Justeru itu, kesemua pemain yang bakal diturunkan mempunyai tanggungjawab besar untuk mengekalkan kecemerlangan mereka atau berdepan tugasan sukar pada perlawanan seterusnya. -RedsfcNews-

Rabu, 25 April 2012

Pemain Kelantan Diberi Cuti Rehat.


Pemain The Red Warriors diberi cuti rehat selepas kejayaan cemerlang mencatatkan kemenangan ke atas Navibank Saigon dalam saingan Piala AFC, petang semalam.


Menurut Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA), skuad The Red Warriors diberi rehat dua hari untuk bersama keluarga selepas menjalani jadual padat sejak beberapa minggu lepas.

Selain itu, Annuar turut mengumumkan bonus khas kepada semua pemain atas kejayaan yang diraih pada saingan peringkat Asia tersebut.

Para pemain akan kembali menjalani latihan pada hari Khamis sebelum bertolak ke Alor Setar untuk aksi pusingan kedua Piala FA melawan Kedah.

Piala AFC 2012 : Kelantan tewaskan Navibank Saigon.


Kelantan membawa pulang tiga mata penuh apabila menumpaskan Navibank Saigon FC 2-1 di Stadium Nhat Khong, petang tadi.



Terima kasih dengan dua jaringan lewat Indra Putra Mahayuddin dan Mohamad Ghaddar untuk memadamkan jaringan tuan rumah, Edison Fonseca pada akhir separuh masa pertama.

Beraksi di gelanggang sendiri, Navibank Saigon jelas menguasai perlawanan dengan beberapa asakan ke arah kubu The Red Warriors.

Bagaimanapun serangan mereka tersekat dek kecemerlangan Obinna Nwaneri yang banyak membantu Khairul Fahmi mengawal keadaan.

Namun, percubaan demi percubaan tuan rumah akhirnya membuahkan hasil apabila gerakan yang dilakukan oleh Nguyen Than Longh membuka ruang kepada Edison  meledak dari jarak dekat pada minit ke-33.

Selepas jaringan tersebut, Navibank Saigon mendapat satu dua lagi percubaan dikala pemain Kelantan banyak berkubu di kawasan sendiri menahan asakan.

Bersambung babak kedua, Kelantan melakukan perubahan taktikal dengan memasukkan Ghaddar.

Kemasukan pemain ini bagaimanapun gagal membawa kepada jaringan apabila pertahanan tuan rumah banyak mengawal dia dari membolosi kawasan penalti.


Sehinggalah minit ke-79, gerakan Ghaddar menyebabkan pertahanan Navibank melakukan terjahan kasar memaksa pengadil memberikan sepakan percuma di luar kotak penalti.


Indra yang mengambil sepakan mudah melencongkan ke sebelah kiri pintu gol untuk menewaskan Phan Van Santos untuk gol penyamaan.

Jaringan pertama menyebabkan Bojan memasukkan Norshahrul Idlan bagi mencari jaringan kedua.

Penyerang prolifik ini tidak mengambil masa yang lama untuk memberi impak apabila hantaran cantik kepada Mohamad Ghaddar disudahkan dengan satu lambungan cantik ke dalam gawang untuk gol kedua pelawat.

Pada saat akhir, Ghaddar hampir menambah jaringan apabila serangan balas dari kawasan bawah memaksa Van Santos keluar dari posisi namun percubaan penyerang import dari Lebanon ini keluar sedikit sahaja dari pintu gol.

Dengan kemenangan yang diraih, Kelantan kekal di tangga teratas Kumpulan H dengan mengutip 10 mata selepas Ayeywady United tumpas 0-3 kepada Arema dalam satu lagi perlawanan di Myammar.

Selasa, 24 April 2012

Khalid Dedah Agenda Sebenar FAM


Meskipun sudah hampir 3 minggu berlalu, nampaknya cakap-cakap mengenai isu penggantungan Tan Sri Annuar Musa masih menjadi topic hangat yang dibualkan pengemar sukan bolasepak negara, termasuklah dari kalangan bekas pemain kebangsaan sendiri.
Khalid Ali, yang pernah menyarung jersi kebangsaan selama 9 tahun pada pertengahan tahun 70-an hingga 80-an, berkongsi rasa kecewa dan mendedahkan dia dan beberapa rakan lain tahu apa agenda sebenar di sebalik penggantungan TSAM, ketika ditemui SS di satu majlis ringkas yang dianjurkan untuk bekas atlet negara petang tadi.
“Pertama sekali saya nak tanya jawatan Timbalan itu lantikan atau undian? Kalau undian jangan cakap kepada saya bahawa Timbalan tidak mempunyai hak eksekutif untuk bersuara!! undang-undang negara mana digunapakai ni? Kalau TSAM menang jawatan timbalan melalui UNDIAN, dia mempunyai EXECUTIVE RIGHTS utk bersuara, kalau tak, tak perlulah dia pegang jawatan tu dan duduk dalam FAM, jawatan paling tinggi selepas presiden, tapi tidak boleh menegur apa-apa? Kelakarla sistem diorang ni, kenapa FAM begitu dengki dan tidak pernah memberi peluang kepada orang yang betul-betul PASSIONATE terhadap bolasepak untuk berbakti? Naik sikit, mereka cantas,”
“jangan ingat saya tak tahu agenda sebenar mereka ni, they have their OWN AGENDA! Saya bukan nak wujudkan gimik atau polemic, nak bukti? Awak tengoklah berapa banyak kenyataan dikeluarkan Tengku Mahkota, termasuk semalam kenyataan tentang ranking, itu tak menjadi kesalahan ke?? Kenapa si Azudin tak gantung dia? Atau dia (Azudin) takut kena gantung terus?? Kenapa ada double standard? Saya bukan minta TM digantung, tapi saya mahu rakyat dan peminat fikir, TSAM kena gantung kerana bersuara tentang prestasi pasukan negara, TM pula bercakap tentang ranking yang mana secara langsung berkenaan dengan prestasi pasukan negara, kedua-duanya timbalan tapi seorang disokong, seorang lagi dihukum??..”.
“kalau awak nak tahu, Presiden FAM ni sebenarnya nak berundur sudah, dia nak kosongkan kerusi dia, tapi dalam masa sama nak anak dia (TM) yang naik jadi presiden. Takkan senang-senang nak bagi kerusi diraja kat orang luar? Sekarang kalau awak tanya saya sekalipun, saya mahu TSAM yang dilantik jadi presiden, dia sudah terbukti bagus, tak perlu saya cakap. Exco dan ahli gabungan FAM pun saya yakin akan calonkan TSAM berbanding TM, apa sumbangan dia? TM ada persatuan lain nak jaga, macam mana nak bagi komitmen? So mereka dapat peluang, mereka KILL dia (TSAM)..kalau tak percaya, tanyalah kawan-kawan saya tu, semua ex-national, mereka tahu tentang perkara ini”. – Khalid Ali.
Klasik : Khalid berentap bersama Allahyarham Mokhtar
Di zaman kegemilangannya, Khalid merupakan tonggak tengah skuad negara, dan pernah membantu pasukan Malaysia layak ke Sukan Olimpik Moscow 1980, yang mana kita kemudiannya menarik diri sebagai bantahan terhadap pencerobohan Russia ke atas Afghanistan -  itu juga kali terakhir skuad bolasepak negara layak ke temasya terulung dunia itu, dan Khalid menyifatkan kegagalan itu sebagai suatu TRAGEDI HITAM bolasepak tanah air, dan MENGHENTAM Setiausaha Agung, Datuk Azuddin Ahmad yang memalukan bolasepak negara dengan mengeluarkan kenyataan RANKING TIDAK PENTING. 
Tambahnya lagi, Azuddin sepatutnya angkat kaki dari FAM dan berpendapat calon terbaik untuk mengisi jawatan SU Agung adalah Rosli Hussin, bekas pemain Kelantan dan kebangsaan, yang disifatkannya cukup tegas dan berdisiplin.
“saya rasa dia (Azuddin) tu bodoh dan tidak layak untuk duduk di kerusi SU Agung, perlu ganti dengan orang yang tahu pasal bola, Rosli Hussin cukup sesuai, dia bekas pemain dan berdisiplin tinggi. Zaman saya main dulu, presiden Tan Sri Abu Samah, S/U Datuk Yaw, ranking adalah cukup penting, kita jagoan Asia, semua team nak lawan kita masa tu, sekarang kenapa kita asyik lawan Bangla, Maldives, India? Tak lama lagi lawan Papua New Guinea? Saya dengar Rajagobal juga cakap benda sama, PAK TURUT la katakan, kalau dia lawan kena pecat macam Sathia, sejak Presiden FAM sekarang ambil alih, kita tak pernah ke Olimpik, tunggu 20 tahun untuk menang emas Sukan Sea..”.
Khalid juga mendedahkan dia tahu tentang penyelewengan duit berpuluh juta yang difailkan di bawah Tabung Pembangunan FAM sebelum ini, selain sebab sebenar mengapa pembinaan kompleks moden yang menempatkan pejabat baru FAM di Janda baik yang sepatutnya siap pada 2009, masih tertangguh – namun tiada bukti untuk SS mendedahkan tentang perkara itu dengan lebih terperinci buat masa ini.
Piala AFC 2012: Kelantan Mesti Menang
navibankapril
Kelantan yang akan turun menentang Navibank Saigon di Vietnam tiada pilihan lain kecuali menang jika ingin mengimpikan langkah ke peringkat seterusnya. Jika perlawanan pembukaan lalu sewaktu menentang Navibank Saigon di Bukit Jalil keputusannya berkesudahan seri tanpa sebarang jaringan disebabkan padang digenangi air dan hujan lebat. Namun esok pasti suasananya berbeza apabila perlawanan berlangsung pada waktu petang dan cuaca diramalkan baik.
Melihat kepada perlawanan pusingan pertama kedua-dua pasukan ini menentang Ayeyawady United, pasukan Kelantan tewas 3-1 kepada pasukan Ayeyawady manakala Navibank Saigon menang 4-1 ke atas Ayeyawady United sebelum tewas 2-0 kepada Ayeyawady United 10 april lalu. Ayeyawady dilihat tiada masalah untuk mengutip 3 mata penuh menentang Arema FC esok dan keputusan penuh Kelantan bertemu Navibank Saigon akan menjadi penentu pasukan mana yang akan mendahului kumpulan.
Jika seri peluang terbuka luas kepada Navibank Saigon menempah tempat pertama atau kedua peringkat kumpulan ini memandangkan lawan terakhir mereka selepas ini Arema FC yang dilihat mudah menjadi pasukan belasahan pasukan lain kumpulan H manakala Kelantan perlu berkerja keras menerima saingan terakhir Ayeyawady United 8 mei nanti.
Tambahan pula Kelantan telah mengesahkan tidak dapat menurunkan Piya yang cedera, harapan kini tertumpu kepada Indra yang mengambil tugasan kapten untuk mengemudi pasukan lebih mengancam lawan, Azlan Ismail "Attacking Midfielder"  yang sudah hampir lima bulan direhatkan juga dikhabarkan akan diturunkan, namun semuanya bergantung kepada keputusan Bojan Hodak.
Kehadiran lebih 100 orang penyokong Kelantan diharap mampu memberi semangat luar biasa kepada kesebelasan pemain untuk tidak mensia-siakan perlawanan ini. Walauapapun keputusannya Piala AFC adalah sekadar permulaan Kelantan di arena antarabangsa dan perlawanan menentang Kedah 1 mei ini harus diberi tumpuan 100% berbanding perlawanan ini. Hanya doa seluruh penyokong dan semangat luar para pemain sahaja yang mampu memastikan kejayaan Kelantan. GOMO KELATE GOMO.
Barisan Kemungkinan:
Khairul Fahmi, Daudsu, S Subramaniam, Obinna, Zairul Fitree, Indra Putra, Shakir, S Chanturu, Nurul Azwan Roya, Norshahrul, Nwoha,
Muhd Ghaddar, Danny Antwi, Norfarhan

Rombongan Kelab Penyokong Ke Stadium Darul Aman.


Kelab Penyokong Rasmi Bola Sepak Kelantan (KPBSK) akan menganjurkan satu rombongan ke Stadium Darul Aman, Alor Setar untuk aksi Separuh Akhir Kedua Piala FA melibatkan Kedah dan Kelantan pada 1 Mei 2012.


Sehubungan dengan itu, kepada para penyokong yang ingin turut serta ke Kedah dan berada di sekitar Kelantan boleh berhubung dengan wakil-wakil untuk mendapatkan tempat yang disediakan.

Maklumat Penuh

Rombongan Kelab Penyokong Rasmi Kelantan (KPBSK) ke Stadium Darul Aman, Alor Setar, 1 Mei 2012, Separuh akhir 2 Piala FA.

Bayaran RM50 seorang (termasuk tiket)
Masa Bertolak : 1 Mei 2012 Jam 8.30 pagi

Pendaftaran dan Bayaran boleh berhubung terus

Mohd Asri - 017 9088969
Machang, Tanah Merah, Kuala Krai

Deliey RedsfcNews - 012 9593608
Wakaf Bharu, Tumpat, Pasir Mas

En. Harun : 010-9038585/0109038588
Kota Bharu dan Lain-lain tempat seperti yang tidak dinyatakan diatas.

Tarikh tutup pendaftaran sebelum 28 April 2012. Tempat duduk adalah terhad.

Ahad, 22 April 2012

Kelantan Gagal Bawa Bekalan Selesa.


The Red Warriors gagal dalam misi mencari bekalan selesa selepas terikat 1-1 dengan Kedah dalam saingan separuh akhir pertama Piala FA di Stadium Sultan Muhamad Ke-IV, Kota Bharu, malam tadi.


Beraksi didepan 25 000 penyokong setia Merah Putih, Kelantan gagal menggunakan kesempatan itu untuk menekan pasukan pelawat.

Tuan rumah terlebih dahulu berada didepan pada minit ke-16 selepas Norshahrul Idlan Talaha bijak memanfaatkan lorongan Mohd Badri Radzi untuk menewaskan penjaga gol Kedah, Helmi Eliza.


Bagaimanapun, Kedah tidak menunggu lama untuk menyamakan kedudukan selepas penyerang import mereka, Vedran Gerc bijak melakukan larian solo dari kawasan tengah pada minit ke-29 sebelum merembat masuk menewaskan empat pertahanan Kelantan termasuk penjaga gol.

Bersambung babak kedua, aksi semakin rancak ditunjukkan kedua-dua pasukan untuk menambah jaringan menyebabkan beberapa insiden tidak diingini berlaku.

Pada penghujung babak, Kedah terpaksa beraksi dengan 10 pemain selepas Syukri dilayangkan kad merah.

Tidak beberapa lama kemudian, Sang Kijang turut mengalami nasib sama selepas Daudsu Jamaludin pula dilayangkan kad merah selepas melakukan terjahan kasar keatas Muhd Fiqry.

Selepas tambahan masa lapan minit diberikan pengadil, perlawanan akhirnya ditamatkan dengan Kelantan bakal menghadapi laluan getir pada aksi kedua di Stadium Darul Aman yang akan berlangsung pada 1 Mei depan.

Sabtu, 21 April 2012

Piala FA: Siapa Lebih Bernilai Ghaddar Atau Gerc?

piala-FA-Malaysia2

Dua pemain import ini menjadi pemain harapan bagi kedua-dua penyokong pasukan Kelantan dan Kedah untuk melihat perlawanan pada malam esok. Kelebihan jaringan amat penting untuk menjamin Kelantan membawa bekalan selesa ke Alor Star 1 mei nanti.
Perlawanan separuh akhir pertama pada malam esok adalah perlawanan pertama bagi Vedran Gerc dan Ghaddar membawa impian besar seluruh penyokong mereka melangkah ke final. Kegagalan akan mengundang padah dan kritikan panas bukan sahaja kepada pasukan malah kepada mereka berdua.
Bagi penyokong Kelantan, mereka yakin Ghaddar mampu mempamerkan kebangkitan dan kerjasama kesebelasan pemain amat penting dalam merealisasikan sebuah kemenangan yang bermakna. Biarpun Ghaddar akan menjadi 'Target Man' dari pasukan sendiri dan lawan, pemain ini harus sedia bermain di bawah tekanan dan memberi fokus 100% kepada perlawanan.
AYUH KITA SAHUT SERUAN TAN SRI ANNUAR MUSA INI UNTUK JADIKAN SEBUAH IMPIAN SATU REALITI YANG TIDAK AKAN MENGHAMPAKAN KITA LAGI. PASTIKAN FINAL MILIK KITA.............GOMO KELATE GOMO


Fikiran sy tak terlepas dari PERLAWANAN SEPARUH AKHIR PIALA FA esok..SAYA MENJANGKAKAN IANYA SATU PERLAWANAN AMAT SENGIT BAGI KITA..BAGI SAYA MEMENANGI PERLAWANAN ESOK DAN MEMASUKI FINAL ADALAH SEGALANYA..harijadi saya 18mei nanti menjadi lebih bermakna kiranya dapat melihat trw beraksi difinal FA CUP..AYUH KITA BANJIRI SSMIV DGN SORAKAN MENGIRINGI PASUKAN KITA...INILAH SAATNYA!!

Rabu, 18 April 2012

Piala FA: Debarannya Makin Terasa


kedahvskelatefa12

SEMI FINAL - PIALA FA 2012
Selangkah ke final membuatkan seluruh jiwa penyokong The Red Warriors semakin gusar dan tidak sabar-sabar lagi  untuk melihat cabaran yang bakal diberikan Kelantan ketika menentang musuh tradisi daripada utara ini dalam saingan separuh akhir Piala FA. Kehebatan kedua-dua pasukan ini sememangnya tidak dapat dinafikan lagi meskipun Kelantan pernah menewaskan Kedah 3-0 dalam saingan Liga Super, perlawanan ini pasti menjanjikan satu kelainan yang menarik.
Sentuhan keramat Wan Jamak yang sudah biasa dengan tekanan perlawanan menentang Kelantan pasti akan menjadikan Bojan Hodak lebih teliti menurunkan barisan pemain pilihannya kali ini. Persiapan konvoi ke Alor Star sedang diatur rapi oleh seluruh kelab-kelab penyokong dari segenap pelusuk tanahair.
Keyakinan dan kesungguhan mereka adalah tonik luar biasa yang ada dalam jiwa anak-anak Kelantan. Kota Bharu harus menjadi gelanggang mengutip jaringan selesa sebelum berangkat ke Alor Star. Peluang bermain di Kota Bharu sabtu ini mesti digunakan sebaik mungkin oleh kesebelasan pemain dan seluruh penyokong Kelantan yang wajid hadir memenuhi stadium untuk perlawanan ini. GOMO KELATE GOMO. THE RED WARRIORS BERSIAP SIAGA.

SEKEPING NOTA BUAT MU.
(THE RED WARRIORS)
Edisi trw vs kedah 21 april...

Ku tulis...
Sekeping nota buatmu..
Lalu ku letakan di tepi padang itu..
Moga kau memahami..
Akan isinya...
Bila bangkit dari lenamu..
Setulus puisi...
Kutitip bersama..
Moga menjadi tatapanmu..
Di kala kekuatan di adu..
Sekeping nota itu..
Ibarat maruah negeri ku..

mylove myhero myredwarriors

Kelantan Bangkit Dari Ketinggalan.


The Red Warriors bangkit dari ketinggalan apabila membenam T-Team 2-1 dalam saingan Liga Super di Stadium Sultan Ismail Nasharudin Shah, Kuala Terengganu, malam tadi.


Beraksi di arena lawan, Sang Kijang jelas menguasai sepenuhnya babak pertama apabila menerima banyak peluang keemasan untuk melakar jaringan.

Satu-satunya percubaan terbaik Kelantan adalah melalui tandukan Norfarhan Mohamad yang berjaya ditepis keluar oleh Shamsuri pada minit ke-37.

Bersambung babak kedua, tuan rumah mula merubah tempo permainan apabila melancarkan serangan bertali arus kearah kubu Sang Kijang.

Usaha mereka berhasil pada minit ke-52 selepas Khairul Izwan yang tidak dikawal didalam kotak penalti mudah menanduk masuk sepakan percuma Rosdi Talib untuk gol pertama tuan rumah.

Selepas jaringan tersebut, T-Team berjaya menekan pemain Kelantan habis-habisan menyebabkan perlawanan berubah menjadi sedikit tegang memaksa pengadil melayangkan tiga kad kuning.

Tanpa disangka, The Red Warriors berjaya menyamakan kedudukan apabila half volley dari luar kotak penalti S. Chanturu tertampan kaki pertahanan T-Team sebelum bergolek masuk untuk menewaskan Shamsuri Mustapha pada minit ke-67.

Jaringan penyamaan kelantan mula merubah tempo dimana kedua-dua pasukan melancarkan serangan bertali arus ke arah kubu masing-masing untuk mencari tambahan jaringan.

Bagaimanapun, Sang Kijang lebih bernasib baik apabila dianugerahkan sepakan penalti selepas gerakan Mohamad Ghaddar didalam kotak dihalang pertahanan tuan rumah menyebabkan pengadil tiada pilihan untuk melayangkan kad merah terus.

Ghaddar yang mengambil sepakan tenang menyempurnakan peluang yang terhidang untuk gol kedua Kelantan pada minit ke-88 seterusnya menceriakan hampir 3000 penyokong setia Merah Putih yang bertandang.

Dua jaringan nyata melunturkan semangat tuan rumah untuk mencari jaringan penyamaan dan selepas masa tambahan empat minit, perlawanan ditamatkan dengan Kelantan mencatatkan tiga mata penuh dari arena Sang  Penyu.

Kesebelasan Utama 

T-Team : Yunus Aliff
Shamsuri Mustapha (Gk), Norfazly Alias, Bojan Petric, Rosdi Talib, Shahril Faizal, Badrul Hisani, Zairo Anuar Zailani (Kp), Faiz Subri, Marco Lopez dan Khairul Izwan.

Kelantan : Bojan Hodak
Khairul Fahmi (Gk), S. Subramaniam, Obinna Nwaneri, Daudsu Jamaludin, Zairul Fitree (Zamri), Badri Radzi (Kp), Shakir Shaari, Nurul Azwan (Norshahrul), S. Chanturu (Indra Putra), Mohamad Ghaddar dan Norfarhan Mohamad.

Selasa, 17 April 2012

Prebiu Liga Super 2012 : T-Team FC vs Kelantan.


Bukan laluan mudah.


Itulah realiti yang perlu dihadapi pemain The Red Warriors dalam misi mereka untuk mencatatkan kemenangan keatas T-Team di Stadium Sultan Ismail Nasharudin Shah, Kuala Terengganu, malam nanti.

Beraksi selaku pasukan pelawat, Kelantan mempunyai rekod buruk apabila turun menentang T-Team sepanjang dua tahun kebelakangan ini.

Apa tidaknya, T-Team seringkali membawa masalah besar kepada pemain Sang Kijang untuk mencatatkan pungutan tiga mata dan pertembungan sengit pasti diberi pada Kelantan.

Mereka juga pasti tidak mahu keciciran mata selepas beraksi baik di Kota Bharu dan sudah tentu Yunus Alif sudah mempunyai tonik untuk mengejutkan Kelantan nanti.

Berdasarkan pertemuan terakhir di Kuala Terengganu, Kelantan tewas tipis 3-4 kepada tuan rumah manakala aksi di Kota Bharu juga tidak memihak kepada Sang Kijang kerana diikat 1-1.

Justeru itu, bukan satu tugasan mudah untuk mengatasi lawan dan jika para pemain The Red Warriors gagal menunjukkan perwatakan juara, tidak mustahil T-Team akan membuatkan pemain, pengurusan dan penyokong Sang Kijang gigit jari.

Melihat sesi latihan terakhir yang dianjurkan Bojan Hodak petang semalam, beliau nyata sudah memperbaiki beberapa kelemahan ketara yang ditunjukkan para pemain.

Kembalinya Ghaddar juga satu berita gembira kerana pemain import sebelum ini, Nwoha dilihat gagal memberi impak pada dua pertemuan terakhir.

Selain itu, Bojan juga lega apabila beberapa tonggak utama yang cedera mula kembali menjalani latihan penuh tanpa sebarang masalah. Norshahrul, Khairul Fahmi dan Azlan Ismail dilihat sudah sembuh dan boleh diturunkan pada perlawanan yang akan dihadapi.

Berdasarkan formasi yang cuba diterapkan oleh Bojan, penjaga gol berpengalaman, Shahrizan Ismail masih kekal menggalas tugas pertama disamping Khairul Fahmi diletakkan di bangku simpanan.

Posisi pertahanan tiada perubahan dimana S. Subramaniam dan Obinna menjadi benteng terakhir yang akan membantu Shahrizan mengawal kubu Sang Kijang. Daudsu dan Zairul Fitree pula seperti kebiasaan akan melengkapkan posisi di pertahanan kiri dan kanan. Nik Shahrul Azim, Zamri dan Farisham menggalas tugas di bangku simpanan dan kemungkinan dimasukkan jika Bojan memerlukan khidmat mereka pada babak kedua atau pemain yang diturunkan mengalami sebarang kecederaan.

Jentera tengah pula menyaksikan kembalinya Shakir Shaari dari tempoh rehat yang diberikan. Dia dijangka terus digandingkan dengan Badri selepas penganti sebelum ini, Rizal Fahmi dilihat tidak efektif untuk menjadi playmaker. Chanturu dan Azwan Roya pula beraksi di bahagian sayap manakala Indra Putra direhatkan oleh Bojan sekurang-kurangnya untuk separuh masa pertama.

Tonggak penyerang, ketajaman Norfarhan Mohamad terus ditagih Bojan untuk melakar jaringan terhadap pasukan lamanya tersebut. Dia bakal digandingkan dengan Ghaddar manakala Norshahrul kekal di bangku simpanan.

Manakala T-Team pula yang beraksi di gelanggang sendiri turut dijangka tidak merubah kesebelasan pemain ketika mencatatkan satu mata di Kota Bharu tempoh hari.

Shamsuri Mustapha terus diberi peranan pertama dengan Norfazly Alias serta Bojan Petric menjadi pembantu di pertahanan tengah selain Shahril Faizal serta Rosdi Talib di kiri dan kanan.

Tengku Hasbullah dan Zairo Annuar selaku ketua pasukan diberi peranan lebih besar oleh Yunus dalam perlawanan ini dimana kedua-dua nya diberi kebebasan berada di mana-mana posisi yang boleh membantu pasukan menekan Kelantan. Badrul Hisani dan Faiz Subri juga bebas bertukar posisi pada sebelah sayap bergantung pada corak serangan yang dilancarkan.

Jentera serangan pula menyaksikan pemain import terbaru, Marco Lopes menjadi perencana gerakan untuk mendapatkan jaringan. Dia bakal dibantu Fadzli Shaari dan biarpun pemain ini menunjukkan permainan tidak menyakinkan di Kota Bharu, Yunus masih menagih khidmatnya untuk cuba mengucar kacirkan pertahanan Kelantan.
Mahu menang semua


SHAKIR (depan) mungkin direhatkan pada aksi menentang T-Team malam ini.

KELANTAN bertekad untuk membuka tirai pusingan kedua Liga Super dengan langkah kanan apabila mereka dijadualkan bertemu T-Team di Kuala Terengganu.
Selepas gagal mengambil kesempatan mengutip mata penuh ketika aksi di gelanggang sendiri Sabtu lalu, malam ini merupakan peluang terbaik untuk Kelantan mengukuhkan kedudukan di puncak liga biarpun kekurangan dua perlawanan berbanding Lions XII.
Aksi yang kurang bertenaga selepas terpaksa berpuas hati dengan keputusan seri 1-1 dengan T-Team pantas disedari oleh ketua jurulatihnya, Bojan Hodak yang dijangka bakal melakukan beberapa rombakan.
Menurutnya, beberapa pertukaran akan dilakukan selepas pemain tengah, Shakir Shaari kembali berada dalam kesebelasan utama.
Pada perlawanan sebelum ini, Shakir direhatkan atas alasan keletihan.
"Saya telah memberitahu semua pemain tentang kesilapan yang mereka lakukan dalam perlawanan sebelum ini dan saya harap mereka faham serta tidak mengulanginya lagi.
"Bukan senang untuk menang tetapi saya percaya kami mampu melakukannya.
"Shakir akan kembali dan saya mungkin akan merehatkan Rizal Fahmi kerana dia sudah bermain dalam banyak perlawanan. Ghaddar juga sudah pasti akan bersama kita untuk mengetuai jentera serangan," katanya ketika dihubungi di Kota Bharu semalam.
Tambah Hodak, seorang lagi penyerang, Norfarhan Muhammad mengalami kecederaan dan beliau akan memantau keadaan pemain itu sebelum membuat keputusan sama ada diturunkan atau sebaliknya pada perlawanan malam ini.
Katanya, pasukan T-Team memiliki kekuatan tersendiri, terutamanya apabila mereka bermain menggunakan corak hantaran pendek selain pemain-pemain tengah mereka yang mempunyai kualiti untuk merencanakan gerakan.
"Mereka sentiasa bekerja keras dan saya fikir kita perlu bersedia untuk menyekat mereka. Corak permainan juga pantas dan mereka sentiasa mahu menewaskan kami.
"Mereka pasti memiliki kelebihan selain aksi di tempat sendiri. Mereka juga mempunyai rehat yang cukup kerana ini merupakan perlawanan kedua mereka dalam tempoh tujuh hari berbanding kita yang terpaksa berdepan dengan empat perlawanan," ujarnya.
Bagaimanapun, Hodak sentiasa optimis Kelantan sentiasa mampu mengatasi mana-mana pasukan termasuklah ketika beraksi di gelanggang lawan.
"Mata penuh di Kuala Terengganu malam esok (malam ini) akan memberikan kita lebih keyakinan untuk terus berdepan beberapa lagi siri perlawanan penting, terutamanya pada saingan separuh akhir Piala FA dan Piala AFC.
"Saya percaya kita mampu tetapi dengan syarat kita harus beraksi lebih baik berbanding perlawanan sebelum ini.
"Kita juga berharap para penyokong akan hadir beramai- ramai untuk memberikan sokongan kepada pasukan," jelas Hodak.
Misi Ghaddar Gegar Kubu T-Team


Share7
GHADDAR
Tarikh perpindahan dan pengambilan pemain import baru sahaja tamat pada 16 april 2012, desas-desus atau rumus yang ditimbulkan berkaitan Kelantan sudahpun terjawab apabila Kelantan hanya membuat pertukaran tempat antara Nwoha dan Ghaddar dimana Ghaddar dipilih menyertai kembali skuad liga super dan piala lain termasuk Piala AFC, FA dan Piala Malaysia manakala Nwoha hanya terikat dengan tugasan piala AFC yang berbaki dua perlawanan sahaja lagi.
Kehebatan Ghaddar meledakkan gol hatrik dalam kancah perlawanan Piala AFC telah menarik minat seluruh penyokong dan barisan kepimpinan bolasepak Kelantan untuk memilih pemain ini. Namun adakah pemain ini akan terus mampu menjaringkan gol dalam saingan Liga Super juga menjadi persoalan setelah peluang bermain diawal saingan Liga Super pemain ini gagal menjaringkan gol kecuali gol dua gol penalti. Prestasi semasa pemain ini juga telah diambil kira untuk memastikan pemain berbisa ini terus dimanfaatkan sebaik mungkin dalam prestasi terbaiknya sekarang.
Tugas berat menanti Ghaddar pada malam ini apabila sabtu lalu Kelantan berputih mata kerana terpaksa berkongsi mata meskipun telah mendahului lawan sepanjang 70 minit perlawanan berlangsung. Penyudah tumpul dan kawalan barisan yang lemah yang ditunjukkan oleh barisan pemain sabtu lalu cukup mengecewakan penyokong yang hadir.
Jika tahun lalu Kelantan tewas kepada T-Team di Kuala Terengganu,  pada malam ini semua kesebelasan pemain Kelantan harus memadam rekod buruk ini dan Ghaddar perlu membuktikan KAFA membuat pilihan yang betul dalam keputusan memilih dirinya bersama skuad Liga Super. Namun peminat Kelantan berharap Ghaddar mengubah sikapnya di atas padang seperti tidak terlalu lama mengawal bola dan bermain secara berpasukan dengan mengurangkan gerakan solo yang kekadang banyak mensia-siakan peluang gol yang mampu dihasilkan rakan-rakan lain.
farhantteam
Misi untuk Kelantan kembali ke tahta liga mungkin agak sukar semenjak Lion XII mendapat mandat yang selesa mendahului pasukan lain dalam mengumpul mata dan lebih jumlah perlawanan. Impian seluruh penyokong Kelantan ingin melihat gandingan Norshahrul dan Muhd Ghaddar cepat menemui keserasian biarpun Norfarhan, Indra dan Piya sentiasa sedia membantu Ghaddar dengan baik sepertimana dalam dua siri perlawanan Piala AFC lalu.
Sama-sama kita nantikan mampukah Ghaddar menambah koleksi jaringan Liga Super daripada dua gol sekarang. Kemenangan ini amat penting disaat Kelantan ingin mengejar Lion XII dan dikejar rapat Terengganu. Semua peminat Kelantan turut sedia berkongsi keletihan semua pemain, mereka hanya mengharapkan kebangkitan pemain-pemain menidakkan kehebatan pasukan lawan.
PANTANG THE RED WARRIORS MENGAKU KALAH SEBELUM MASUK GELANGGANG LAWAN. GOMO KELATE GOMO.
Barisan Kemungkinan:
Shahrizan, Obinna, Daudsu, S Subramaniam, Zairul Fitree, Piya, Indra Putra, Shakir, Nurul Azwan Roya, Norshahrul, Muhd Ghaddar.

President Warriors Teruskan Perjuangan.

Selasa, 17 April 2012

Skuad Piala Presiden Kelantan akan meneruskan perjuangan mereka untuk ke suku akhir biarpun kehilangan 14 mata akibat hukuman yang dikenakan oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).


Menurut pengurus pasukan, Encik Yusri kepada RedsfcNews, para pemain dan pihak pengurusan President Warriors akan bertolak ke Kuala Lumpur malam nanti untuk pertemuan dengan PDRM pada 19 April ini.

Pemotongan mata memang menggusarkan pihak pengurusan tetapi kita yakin pemain mampu untuk terus berjuang sehingga ke titisan peluh terakhir sebelum menyerah kalah.

Kami akan terus berjuang dan semangat kita tidak akan luntur dengan musibah yang menimpa kerana kami adalah anak jati Kelantan yang tidak mudah mengaku sebelum turun saingan, jelasnya.

Mengulas tentang hukuman yang dikenakan, Yusri menyerahkan kepada Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) untuk membuat rayuan.

Beliau dengan tegas menyatakan pihak President Warriors tidak bersalah dan akan terus berdiri teguh dengan setiap keputusan yang telah ditetapkan.

sumber:redsfc news

Isnin, 16 April 2012

Annuar bawa kes panel antarabangsa



KOTA BHARU - Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) yang digantung 30 bulan, Tan Sri Annuar Musa akan menggunakan beberapa saluran untuk membuat rayuan termasuk membawa kesnya ke Mahkamah Timbang Tara Sukan, sebuah tribunal antarabangsa.

Annuar mahu mengambil tindakan itu selepas dinafikan hak untuk membuat rayuan berhubung penggantungan beliau daripada terlibat sebarang aktiviti bola sepak selama dua setengah tahun.

Katanya, langkah itu diambil sebagai tindakan susulan bagi membolehkan beliau mengemukakan rayuan.

"Saya akan membuat representasi dan aplikasi kepada Jawatankuasa Rayuan berhubung kes berkenaan dan jika tidak berjaya, saya akan ke Tribunal Timbang Tara, seterusnya ke Mahkamah Timbang Tara Sukan jika masih gagal,” kata beliau pada sidang media selepas Majlis Pembahagian Hasil Padi dan Zakat Projek Ladang Merdeka Jabil di Ketereh dekat sini, semalam.

Mahkamah Timbang Tara Sukan, sebuah tribunal yang dibentuk untuk menyelesaikan pertikaian-pertikaian berkaitan dengan sukan, terletak di Lausanne, Switzerland manakala mahkamahnya juga terdapat di New York dan Sydney. Ia dibentuk sebahagian daripada sayap Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) pada 1984 untuk menyelesaikan isu-isu berkaitan dengan sukan.

Annuar berkata, beliau akan berjumpa dengan pemimpin gabungan FAM yang akan mengadakan kongres pada 30 Julai ini jika ketiga-tiga cara tersebut juga masih gagal.

FAM kata beliau, boleh mengizinkan kongres untuk mengadakan kongres luar biasa jika mendapat persetujuan daripada lima ahli gabungan dalam badan induk itu.

”Saya bukan nak lawan keputusan yang telah dibuat FAM, namun nak menguji sejauh mana sistem (perundangan yang digunakan dalam FAM),” katanya.

Langkah itu katanya, bertujuan menambah baik sistem yang digunakan FAM sebelum bagi memastikan bola sepak negara terus maju.

"Selain itu, saya turut menyambut baik cadangan yang dikemukakan Timbalan Presiden FAM, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah yang mahu menyelesaikan masalah tersebut,” katanya.

Pada 4 April lalu, Annuar yang juga Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) digantung 30 bulan daripada sebarang aktiviti bola sepak di peringkat nasional dan negeri serta daerah oleh Jawatankuasa Tatatertib badan induk itu.

Jawatankuasa Tatatertib memutuskan beliau tidak boleh membuat rayuan.

Kata Annuar, meskipun digantung, beliau akan terus berjuang untuk memartabatkan sukan bola sepak di negara ini.


BERITA PANAS
 FAM akan mengambil tindakan keras ke atas KAFA
atas kejadian pembakaran "boneka" Setiausaha
Agung FAM semalam. Kelantan akan dihukum tak
boleh bermain di SSMIV selama 5 perlawanan
dan ditolak 5 mata.
... ...
Esok akan diumumkan di sidang media di FAM
(info dicedok dari slh 1 page tersohor..) -bodoh nate fam

Ghaddar Kembali Disenaraikan.


Mohamad Ghaddar kembali disenaraikan dalam skuad Liga Super Kelantan bermula pertemuan dengan menentang T-Team di Kuala Terengganu, 17 April depan.


Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA), Tan Sri Annuar Musa, ketua jurulatih, Bojan Hodak memutuskan untuk mengantikan Ghaddar dengan pemain sedia ada, Nwoha Onyekachi.

Kemasukan kembali Ghaddar sangat diharapkan oleh para penyokong untuk memperkuatkan jentera serangan pasukan selepas mula menemui sentuhan pemusnah dalam kejohanan peringkat Asia.

Dengan enam jaringan dalam hanya empat perlawanan, dia dijangka bakal membentuk formasi mantap di bahagian serangan dengan penyerang kebangsaan, Norshahrul Idlan Talaha.

Sabtu, 14 April 2012

FAM tak panik


PERSATUAN Bola Sepak Malaysia (FAM) tidak panik selepas ranking skuad kebangsaan berada di tahap terburuk pada tahun ini.
Malah kedudukan terbaru dikeluarkan Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (Fifa) pada bulan ini menyaksikan Malaysia berada di tangga ke-156 di belakang Bangladesh (152) dan Samoa (155), namun ia dianggap bukan pengukur prestasi sebenar skuad Harimau Malaya.

“Ranking Fifa adalah suatu perkara yang sangat teknikal dari segi perkiraan. Ia juga tidak ketara (kedudukan) berbanding pada 2007 dengan Malaysia ketika itu melebihi ranking 170. Namun kami sudah membuat perancangan untuk mengadakan perlawanan berstatus ‘A’.
“Selain menentang Sri Lanka (hujung bulan ini), kami juga berusaha mendapatkan Iraq. Malah Filipina turut mahukan perlawanan timbal balik namun tarikh akhir masih belum diputuskan kerana kita meminta 1 Jun berbanding 8 Jun yang mereka mahukan sedangkan ketika itu skuad negara menentang Singapura,” kata Setiausaha Agung, Datuk Azzuddin Ahmad, semalam.

Azzuddin bagaimanapun mengesahkan perancangan FAM mengadakan aksi persahabatan dengan mana-mana negara yang didedahkan sebelum ini seperti New Zealand, Qatar dan sebagainya masih belum mendapat kata putus.

Pandangan yang sama turut dikongsi pengurus skuad negara, Datuk Seri Subahan Kamal yang melihat ranking Fifa adalah satu mekanisme untuk bandingkan kekuatan negara tapi sebaliknya yang berlaku.

“Sepanyol di nombor satu dunia, namun mereka tidak semestinya terbaik. Malah Indonesia, Thailand, Vietnam pernah tewas kepada Malaysia namun ranking mereka lebih tinggi berbanding kita.

“Walaupun ranking jatuh kami yakin mampu mempertahan Piala AFF. Bukan kita tidak mahu menentang pasukan hebat namun jadual liga kita padat dengan aksi menentang Sri Lanka juga kita tidak boleh menurunkan barisan terbaik,” katanya.
Kelantan Geruni T-Team

                                         matyolawetteam

bMeneliti lima perlawanan lepas pasukan T-Team dan Kelantan, Kelantan memenangi tiga perlawanan, seri sekali dan kalah sekali ketika bertemu Selangor manakala T-Team menang tiga kali dan tewas dua kali dalam perlawanan terbaru.

Kekalahan 4-1 T-Team kepada PKNS jumaat lepas mungkin akan dijadikan tonik untuk bangkit pada perlawanan malam ini. Jika tahun lalu T-Team berjaya membuktikan menjadi satu-satunya pasukan yang mampu menewaskan Kelantan dalam kedua-dua pusingan Liga Super 2011. Adakah kombinasi pemain T-Team tanpa tiga tonggak utama yang kini bersama Kelantan mampu mengekalkan rekod kemenangan ini?
Walauapapun keputusan pada malam ini Kelantan mesti mengekori rapat Lion XII yang makin laju meninggalkan pasukan lain dengan kelebihan perlawanan. Norshahrul yang sudah di uji dalam saingan Piala AFC selasa lalu diharap mampu kembali mencari sentuhan gol. Biar apa pun tekanan dan kontroversi yang melanda Kelantan, para pemain harus membuktikan mereka tidak terjejas dengan isu-isu ini. Komitmen 100% perlu dipamerkan di hadapan puluhan ribu penyokong Kelantan yang dijangka memenuhi segenap penjuru stadium pada malam ini. Setiap isu yang melanda akan menjadi pasukan dan penyokong The Red Warriors akan lebih bersemangat dan kuat.

Untuk makluman perlawanan pada malam ini tiada siaran langsung dan ada satu kempen mengumpul duit 5 sen untuk derma bagi bayaran kos perbicaraan Tan Sri Annuar Musa akan dilaksana oleh seluruh rakan-rakan penyokong di Kota Bharu. AYUH SEMUA PENYOKONG THE RED WARRIORS MEMENUHI STADIUM KITA DAN MENJAYAKAN KEMPEN PUNGUTAN DERMA INI. GOMO KELATE GOMO.

BARISAN KEMUNGKINAN:
SHAHRIZAN, DAUDSU, S, SUBRAMANIAM, ZAIRUL FITREE, AZIZI, PIYA, NORFARHAN, INDRA, SHAKIR, NORSHAHRUL, NWOHA.
derma5sen 

The Red Warriors Jadi Tumpuan


penyokong2
Dalam keghairahan mengikuti info semasa bolasepak kami sempat bersama bekas pemain bolasepak  yang minat mengikuti bolasepak Malaysia dan hanya mahu dicatat nama Mr Silverster dan Edddy Tan, untuk makluman kedua-dua bukan melayu dan meminati pasukan Kelantan. Mereka berpendapat amat malang bagi bolasepak Malaysia menggantung seorang pejuang bolasepak sebenar seperti Tan Sri Annuar Musa kerana bagi mereka Tan Sri Annuar Musa berjaya membawa Kelantan dengan cemerlang daripada sebuah pasukan yang tidak digeruni kini menjadi gah dalam serba-serbi kecemerlangan bolasepak. Di Malaysia mereka belum nampak lagi pasukan yang boleh menjual produk mereka selaris produk-produk bolasepak Kelantan.
THE RED WARRIORS DIHATIKU SELAMANYA!
Kehebatan pasukan Kelantan mempamerkan aksi menentang lawan dalam perlawanan tempatan dan antarabangsa telah menarik minat pemain dan bekas pemain yang pernah menentang Kelantan untuk mencuba nasib sepanjang jendela perpindahan ini dibuka. Mereka begitu teruja melihat imej pasukan yang dibawa oleh The Red Warriors bukan sahaja membabitkan barisan pemain malah dari segi imej korporat yang ditonjolkan melalui rekaan jersi yang menarik, sokongan penyokong yang mantap dan pelbagai elemen lain yang mereka yakin Tan Sri Annuar Musa sudah membawa Kelantan meninggal jauh perkembangan semasa bolasepak tempatan di Malaysia yang masih terumbang-ambing dengan masalah penajaan dan menarik kehadiran penyokong.
Pada pendapat mereka ada pasukan yang megah dengan penajaan tetapi kurang mendapat sambutan dari penyokong mereka dan amat sukar mencari pasukan selain Kelantan mempunyai pakej lengkap yang diimpikan oleh sesebuah pasukan di dunia ini. Mereka menganggap percapaian Kelantan sesuai berada di liga yang lebih kompetitif kerana mereka tidak dapat bayangkan pasukan ibu kota seperti Kuala Lumpur tidak mampu bersaing di arena bolasepak tempatan kerana  kekurangan penajaan dan dana untuk membentuk pasukan yang mantap berbanding Kelantan yang seolah-olah membawa imej Malaysia di mata bolasepak dunia.
Mengenai pendapat sesetengah pihak menyatakan penyokong Kelantan terlalu kenegerian dan taksub, mereka berpendapat sikap kenegerian perlu ada dalam jiwa setiap peminat bolasepak, tanpa sikap ini mereka akan hilang rasa kagum kepada negeri sendiri sehingga ada segelintir mereka hilang jati diri sehingga berasa kononnya mereka dilahirkan di England atau Sepanyol dan terlebih-lebih mengagumkan liga luar negara.
Melalui pengalaman mereka melihat beberapa perlawanan Kelantan, penyokong Kelantan boleh menerima mereka sebagai penyokong Kelantan malah tanpa segan silu bergambar dan memberi sorakan bersama malah tidak memandang serong kepada mereka yang kini memahami makna "gomo kelate gomo", "olek-olek" dan beberapa lagi loghat Kelantan.
Teringat catatan visi kemajuan bolasepak Jepun, Jepun tidak akan maju dalam bolasepak dunia jikalau rakyat dalam negaranya tidak mengagumi pasukan tempatan mereka sendiri. Selepas hampir 20 tahun kata-kata ini diluahkan dan liga Jepun diperkenalkan pada tahun 1993, bolasepak sudah menjadi sukan nombor satu di Jepun selain besbol.
THE RED WARRIORS BUKAN HARIMAU MALAYA
Dalam nada sinis mereka berdua teringin melihat pasukan Kelantan bertemu Arsenal 24 julai nanti, mencontohi persatuan bolasepak negara lain yang memberi peluang kepada pasukan atau kelab tempatan pendahulu liga beraksi menentang Arsenal dalam jelajah Asia ini.
Namun di Malaysia, keputusan atau titah FAM adalah hak mutlak presiden badan bolasepak Malaysia ini, tiada siapa yang boleh mempertikaikan keputusan biarpun nampak janggal untuk melihat kemajuan bolasepak negara dalam kedudukan ranking Malaysia yang setiap bulan makin merudum jauh di belakang jiran tertangga asia, di mana pasukan-pasukan inilah yang sering menjadi pasukan belasahan kebanggaan Malaysia.
Jarang untuk kita dengar sesuatu topik atau penulisan yang akan menyiarkan kehebatan pasukan dan penyokong The Red Warriors namun luahan dari rakan kita ini sudah cukup bermakna untuk dikongsi bersama seluruh penyokong The Red Warriors.  Luahan ini lebih jujur berbanding luahan rakan-rakan media lain yang manis di depan mata tetapi sebenarnya pahit di belakang kita. GOMO KELATE GOMO. MAJU SUKAN UNTUK KELANTAN.
Bangkit Selamatkanlah Malaysia!


                                            saveMalaysia

Kemerosotan ranking bolasepak Malaysia sepatutnya menyedarkan semua pihak dalam FAM daripada terus angkuh dengan kuasa yang dimiliki. Menakjubkan Malaysia sebuah negara yang kaya raya dengan hasil bumi dan semakin maju boleh di badingkan dengan Palestin sebuah negara yang sentiasa bergolak.
Inikah penanda aras pencapaian pengurusan bolasepak? Apa mereka buat? Inilah yang menjadi persoalan di kalangan pencinta bolasepak Malaysia. Tidak hairanlah jika pihak atasan FAM tidak mahu pegawainya sendiri mengkritik FAM kerana setiap kritikan akan terbuka satu-persatu kelemahan dan kegagalan mereka dalam mentadbir urus FAM.
Adakah FAM menghadapi masalah kewangan yang tenat sehingga memaksa pasukan kebangsaan mengadakan perlawanan antarabangsa yang kurang berkualiti? Pelbagai persoalan dan masalah yang muncul sejak kebelakangan ini sangat memerlukan campurtangan kerajaan atau FIFA menyiasat segala permasalahan.
Ranking bolasepak Malaysia kini mula dipersendakan pekerja asing yang datang dari Nepal dan Bangladesh kepada majikan mereka. Kualiti majikan lebih rendah daripada pekerjanya?
Ayuh bangkitlah wahai pencinta bolasepak Malaysia! Sedarlah di mana kita beredar sekarang.

Jumaat, 13 April 2012

Suka duka kancah bola sepak Kelantan


SIKAP penyokong yang suka membaling mercun sukar dibendung di Kelantan.


BOLA sepak Kelantan memiliki susur galur sejarah yang cukup panjang dan unik, perjalanan dan jatuh bangun pasukan ini sentiasa menarik untuk ditelusuri.
Pernah dianggap 'kilang' yang melahirkan ramai nama-nama besar dan berstatus legenda seperti Dali Omar, Mahadi Yusof, Nik Salleh Nik Man, Hashim Mustapha, Wan Ezila Daud dan Nik Fauzi Nik Hassan, Kelantan kini mampu berbangga dengan pencapaian yang telah dikecapi.
Menjadi pasukan negeri pertama terperosok di kancah liga kelas ketiga, Liga FAM, Kelantan kemudian bangkit menjadi kuasa besar baharu bola sepak Malaysia selepas menjulang Piala Malaysia dan Liga Super.
Era kebangkitan Kelantan bermula pada musim 2008 apabila tampuk kepimpinan Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) diambil alih oleh Tan Sri Annuar Musa yang telah banyak melakukan perubahan.
Transformasi secara menyeluruh termasuk daripada segi pengurusan dan barisan pemain yang disenaraikan meletakkan Kelantan antara pencabar yang perlu digeruni dalam saingan Liga Malaysia.
Sokongan yang diterima daripada para peminat cukup menakjubkan apabila berbondong-bondong penyokong mereka mula membanjiri Stadium Sultan Muhammed Ke-IV malah, aksi Kelantan di gelanggang lawan juga mendapat sambutan yang menggalakkan.
Namun, dalam usaha meletakkan mereka sebagai gergasi bola sepak tempatan, Kelantan juga tidak pernah terlepas daripada tercalit dengan pelbagai isu dan kontroversi yang menyelubungi pasukan tersebut.
Perlawanan pertama Liga Super 2009 menyaksikan Kelantan bertemu KL Plus di Kota Bharu dan pasukan pelawat diberikan kemenangan percuma apabila KAFA dipersalahkan kerana didakwa tidak menyediakan padang yang sempurna sehingga perlawanan tersebut dibatalkan kerana hujan lebat dan padang digenangi air.
Kejadian tersebut menimbulkan rasa tidak puas hati dalam kalangan peminat dan desakan demi desakan yang dilakukan menyebabkan FAM menukar keputusan tersebut untuk mengadakan semula perlawanan berkenaan.
Sejarah yang tidak mungkin lenyap dalam memori para peminat bola sepak Malaysia pastinya insiden yang berlaku pada 7 April 2009 apabila sebuah trak polis dibakar dan kereta penonton dipecahkan selepas penyokong Kelantan mengamuk di Stadium Sultan Muhammed Ke-IV dalam saingan separuh akhir Piala FA pertama menentang Negeri Sembilan.
Padahnya, FAM mendenda KAFA sebanyak RM90,000 dan Stadium Sultan Muhammad Ke-IV digantung daripada mengadakan sebarang perlawanan Liga Malaysia sehingga akhir musim.
Keputusan tersebut nyata mewujudkan konfrantasi antara peminat Kelantan dan FAM apabila mereka menganggap keputusan tersebut sebagai keterlaluan dan tidak masuk akal.
Atas desakan peminat, akhirnya FAM mula menggunakan budi bicara dan Stadium Sultan Muhammed Ke-IV hanya digantung enam perlawanan dan sepanjang digantung, Kelantan terpaksa beraksi di Stadium Nasional, Bukit Jalil yang nyata memberi impak kepada prestasi pasukan pada waktu itu.
Jika isu denda akibat kelakuan penonton, KAFA mungkin antara persatuan yang paling banyak di denda dan puluhan ribu ringgit telah dihabiskan oleh KAFA untuk membayar denda kepada FAM gara-gara ketaksuban para penyokong sehinggga situasi membaling mercun dan objek ke dalam padang menjadi satu tabiat yang cukup sukar untuk dibendung.
Terbaharu, kemarahan penyokong Kelantan kembali meledak apabila Timbalan Presiden FAM, Annuar yang juga Presiden KAFA dikenakan tindakan gara-gara kenyataan dikeluarkan mengenai pasukan Harimau Malaya dianggap sebagai kritikan yang mengaibkan FAM.
FAM sebagai sebuah badan induk yang menguruskan bola sepak negara menerusi beberapa individu kemudiannya bangkit 'membantai' kenyataan yang dikeluarkan oleh Annuar itu yang tidak seharusnya disebarkan kepada media.
Bagi FAM, sebarang kritikan haruslah melalui saluran yang betul dan pasukan Harimau Malaya di bawah kelolaan FAM tidak harus direndah tarafkan oleh sesiapa sahaja termasuklah Annuar yang merupakan orang ketiga di dalam FAM.
Akhbar sebelum ini menyiarkan laporan Annuar sebagai berkata:
"Terus terang saya katakan secara peribadi prestasi tidak menentu dan kadang kala kita dengar alasan-alasan yang tidak semua orang boleh terima. Tiap kali kita kata nak cuba. Bola sepak adalah benda yang berjalan sepanjang masa. Kita tidak boleh kata kita buat ini untuk empat tahun akan datang. Siapa boleh jamin kita akan lebih baik empat tahun lagi".
Mungkin dengan kenyataan itulah, membuatkan ramai yang tersinggung malah, tidak kurang pula yang menggunakan kedudukan masing-masing untuk menyerang Annuar.
Kritikan tersebut dilihat sebagai satu dosa yang tidak boleh diampunkan kerana ada yang berpendapat kenyataan itu menyebabkan maruah Malaysia sebagai pemenang Piala AFF Suzuki dan pingat emas Sukan SEA baru-baru ini tercalar teruk.
Sejarah sebelum ini juga membuktikan mereka yang lantang mengkritik FAM dalam usaha membangunkan bola sepak negara akhirnya 'diterajang'.
Lihat sahaja apa yang berlaku kepada allahyarham Datuk Ahmad Basri Akil, pengurus pasukan Johor era 90-an, Datuk Suleiman Mohd. Nor dan Datuk Taha Arifin dari Sarawak serta Datuk Raja Ahmad Zainuddin Raja Omar (Perak).
Kesemua mereka ini telah membuktikan mereka berjaya melakukan reformasi dalam persatuan bola sepak masing-masing tetapi, apabila mereka lantang mengkritik untuk menjadikan FAM itu sebuah persatuan yang lebih baik, mereka akhirnya terpaksa menerima padah.
FAM seharusnya dilihat sebagai sebuah institusi yang mempunyai 'jiwa' yang besar, menerima kritikan dengan lapang dada terutama apabila ia melibatkan usaha untuk melakukan penambahbaikan.
Sebagai sebuah badan yang bertanggungjawab membangunkan sukan bola sepak di negara ini, tidak ada pihak mampu untuk mempertikaikan jasa dan pengorbanan FAM mengekalkan bola sepak sebagai sukan paling popular.
Oleh yang demikian, FAM tidak perlu menjadi sebuah badan yang kebal sehinggakan tidak mampu untuk 'diusik' mana-mana pihak walaupun kritikan tersebut dilihat sebagai relevan.
Apa pun, Annuar sudah berdepan Jawatankuasa Tatatertib dan seperti dijangka, dia digantung selama 30 bulan tanpa boleh terlibat dalam semua aktiviti bola sepak kelolaan FAM.
Sekiranya Annuar percaya apa yang dilakukan itu betul demi maruah bola sepak negara, dia tidak perlu gentar demi sebuah kebenaran.

President Warriors Dipotong Mata.


Berita buruk buat pengurusan Piala Presiden Kelantan apabila dipotong 14 mata ekoran menurunkan pemain tidak sah dalam tujuh perlawanan Liga Presiden Malaysia 2012.


Menurut Pengerusi Jawatankuasa Pertandingan Tempatan (JKPT) FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin, skuad liga simpanan Kelantan dikenakan pemotongan selepas menurunkan Syazwan Yusoff pada pertandingan tersebut.

Syazwan yang didaftarkan untuk Liga Super tidak dibenarkan beraksi kerana peraturan yang telah digariskan FAM menyatakan seseorang pemain yang didaftarkan di peringkat tertinggi tidak dibenarkan beraksi di kejohanan bawah.

Justeru itu, Sang Kijang diputuskan mengalami kekalahan pada semua tujuh perlawanan tersebut dengan jaringan 3-0 dan mata tersebut diberikan kepada pasukan yang dilawan, jelasnya.

Sementara itu, reaksi awal pengurus pasukan, Encik Yusri kepada kelatebola, beliau tidak memberikan sebarang komen tentang perkara ini dan hanya menantikan surat rasmi FAM sebelum membuat satu sidang media untuk menjelaskan situasi yang berlaku.

Catatan Popular