KELATEBOLA

LESEN

Lesen Creative Commons
karya ini dilesen dibawah satu Lesen Pengiktirafan 2.5 Malaysia Creative Commons.

Jumaat, 10 Disember 2010

Siapa Salah?

Isu perpindahan tiga pemain Kelantan ke T-Team FC semakin panas apabila bekas pemain sayap, Norfarhan Mohamad tampil membalas kembali kritikan presiden KAFA, Tan Sri Annuar Musa.

Norfarhan yang ditemui pihak media (Kosmo) mengatakan tawaran yang dikemukakan Kelantan tidak sah dan tidak boleh diterima pakai setelah dirujuk kepada pihak FAM kerana dikatakan tidak lengkap dari segi kandungannya.

Pemain yang telah membantu Kelantan muncul juara Piala Malaysia baru-baru ini turut menyatakan surat yang diberikan KAFA tidak ditulis perlu dijawab dalam tempoh masa 30 hari selain tidak meletakkan berapa gaji yang ditawarkan mereka.

Walaupun diletakkan terma dan syarat, surat tawaran tersebut dianggap hanya sebagai surat sahaja tidak lebih daripada itu.

Sebelum ini, Tan Sri Annuar Musa telah mengeluarkan kenyataan bahawa tindakan tiga pemain ini menyertai pasukan lain akan menyebabkan mereka digantung semusim dari saingan Liga Malaysia kerana melanggar kontrak dengan pasukan Red Warriors.

Kenyataan Annuar diperkukuhkan lagi Datuk Takiyudin Hasan dimana Pengerusi Jawatankuasa Status Pemain FAM itu telah mengumumkan bahawa mana-mana pemain yang cuba melanggar kontrak bakal digantung dari menyertai kancah liga bola sepak tempatan.

Persoalan kini, siapa yang salah? KAFA atau tiga pemain yang bertindak keluar dari skuad Kijang.

Dinyatakan sebelum ini bahawa Indra Putra Mahayudin dan Norfarhan Mohamad sudah beberapa bulan membuat permohonan untuk keluar dari skuad Kelantan.

Mereka mahu menamatkan kontrak dengan lebih awal setelah keadaan pasukan yang bercelaru pada permulaan saingan tempoh hari namun membatalkan niat setelah dipujuk.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Catatan Popular